Sunday, November 30, 2008

Hukum Gugur Janin

Hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurakn janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.

Sekadar itu dahulu, semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua, sebarang teguran membina amatlah dialu-alukan.

7 comments:

Anonymous

dear amienah..

berminat dgn soalan yg dikemukan..ehm,actly hal ni still jadi issue dalam bidang perubatan..in medical term its called induced abortion..n mmg paling baik dilakukan between 5 weeks to 12 weeks by medication or surgical..

mmg dgn latest technology by fetal echo,genetic screening n so on,we can diagnose some disease even baby belum lahir lagi..bab bidan yg xde sijil tue,better advice patient jumpe doktor or speacialist for a better view..sb abortion conduct by bidan nie biasanye illegal n byk complication di kemudian hari..

so,kat sinilah pentingny MUSLIM doktor..doktor yang faham hukum dari ulama utk diaplikasikan dengan ilmu perubatan yg dipelajari..

opss..panjang pulak ana membebel nih..hihihi..jangan marah ek tuan rumah!!

Anonymous

wah, terharunyer...itulah untungnya berlainan bidang, ana kaji dlm fiqh, ana jawab ikut fiqh, ana kemukakan tentang fiqh...anti dlm medic, berbincang tajuk yang sama, dari sudut pandangan berbeza...best sgt..keep it up.. moga kita saling melengkapi...

Anonymous

HeRo:

thanks pada kawtsar, dan thanks juga pada FaRauLaH kerana memberi pendapat pada soalan yang saya utarakan.. saya bukan apa saja nak berkongsi pendapat berkenaan dengan masalah ini, saya setuju sangat masalah nie memang menjadi issue dalam bidang perubatan pada masa sekarang.eehehe cuba kita kembali pada zaman dahulu pada ketika itu tiada lagi peralatan modern atau orang yang bergelar doktor..ehehe contohnya pada zaman Rasullullah dahulu...daripada manakah bukti2 atau information ini diperolehi??

cuba kita melihat semula sejarah sebelum adanya seorang doktor bersalin?siapakah yang memikul tanggungjawab tersebut?ehehe

kita kembali juga pada zaman ibu dan bapa kita bilamana mereka dilahirkan, pada ketika itu mungkin bidan2 juga yang menyambut, apa yang saya nak berkongsikan disini bidan yang saya maksudkan memang sudah berpengalaman dalam hal2 janin, hal2 melahir dan mengubati.
adakah kita tidak boleh memakai teory2 mereka walau tanpa sebarang sijil?? apakah hukum kalau janin itu digugurkan jika mereka yng memberi information berikut??
ehehehe mari kita kongsikan bersama kerana dizaman ini tak perlu risau lagi sebab mana ada lagi nak jumpa bidan2 kampung kan??ehehehe
kalo ada salah silap tolong perbetulkan k.
yang baik itu dari allah dan yang kurang itu dari diri saya sendiri..

Anonymous

Ilmu perubatan modern hari nie byk dikembangakn dr kajian Ibn Sina sendiri,seorang tokoh ilmuan islam..dan kalau kita kembali melihat seerah pun,banyak contoh sunnah Rasulullah yg terkait dgn perubatan dan contoh yg plg mudah sekali amalan pemakanan Rasulullah..dlm Islam sendiri pun ade jelaskn metode perubatan menurut Islam yg telah diamalkan sejak dulu lagi walaupun zaman tue modern medicine masih belum wujud..

So,kalau nak relatekn dgn kes bidan nie,ilmu yang dipegang bidan ni byk ilmu turun temurun n pengalamannya sendiri..modern medicine today more systematic n scientific in order to diagnose a disease..tuelah bezanya..

in term of hukum, ape2 pun kena kembalikan ke ahlinya right??so bg ana,klo zaman dulu2 yg mmg xde doktor n ramai org percaya kat bidan nie,bidan nie pun dah dianggap ahli dan mampu bertanggung jawab dgn keputusan yg dia ambil..so,bolehlah kt ikut ape yg dia advice..

skrg nie pun,normal delivery kat hospital still conduct by mid wife..still macam dulu cuma more sterile n more systematic..doctor mostly conduct cases yang ade complication n caesar..

ehmm..kalau ade yg tersalah, betulkan lah ek terutamany bab hukum tue..wallahualam..

Anonymous
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous

HeRo

woow bagusnya jawapan tu kawtsar..
ehehehe sebenarnya elok juga kolo setiap apa yang kita bincangkan disini dibaca dan difahami orang lain juga..bukan apa, dalam zaman2 sekarang nie masih ramai lagi yang belum sedar tentang bertapa pentingnya hukum2 allah nie..main bedal jerk..
makin maju n canggih negara nie, makin ramai n makin jauh umat2 islam terpesong...
wallahualam,
semoga tak terjadi pada diri kita semua insyaallah...

Anonymous

Yes undoubtedly, in some moments I can bruit about that I agree with you, but you may be considering other options.
to the article there is stationary a without question as you did in the downgrade issue of this beg www.google.com/ie?as_q=iss blackice pc protection 3.6 cqm + server ?
I noticed the utter you have in the offing not used. Or you use the dark methods of inspiriting of the resource. I possess a week and do necheg

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP