Tuesday, August 2, 2011

Tahu Tak???




Tahukah anda ? Tentang malam rahsia itu...

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."
[Al Qadr: 1-5]
-Jom sama2 mula mencari hari itu dari sekarang..


Tahukah anda...Doa mustajab adalah dari 3 golongan ini?

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi, dan orang yang musafir."
[Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi]
- Oleh sebab itu, mestilah selalu berdoa pada bulan ini, antara waktu mustajab doa dalam bulan ramadhan adalah di ambang azan maghrib. Nak lebih mustajab, bacalah yasin terlebih dahulu. Dalam surah yasin ada 7x perkataan 'Mubien'..setiap kali bertemu perkataan itu,berhentilah seketika dan niatkan doa...Amalkanlah sepanjang Ramadhan dan lihatlah keberkesanannya..dengan syarat, yakinlah dan bersangka baiklah dengan Allah.


Tahukah anda ?..Untuk diampunkan segala dosa yang lalu...

"Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan baginya apa dosanya yang lalu."
[Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmidzi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi]

Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan diikat;
"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan."
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Perisai dari siksaan neraka;
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka."
[Hadis riwayat Ahmad]

aFter a YeaR...


Lebih 1 tahun berlalu...baru nak update blog..??? 23 july 2010..dan hari ini...3 ogos 2011...lamanya masa berlalu....

Friday, July 23, 2010

LETAK JAWATAN~~!!!

Hmm, rupanya dah genap setahun berkhidmat di KPDNKK cawangan Gombak, seorang demi sorang pergi meninggalkan kami di pejabat tu kerana mendapat tawaran kerjaya yang lebih meyakinkan. Bermula dengan Wafie yang dapat kerjaya dalam bidangnya sendiri di sebuah universiti tempatan, kemudian lebih kurang 3bulan, Suhaila dan Edwin keluar dengan hala tuju masing masing dan yang terakhir buat masa itu, Kak Zaini Nawi keluar untuk memberi tumpuan penuh pada suaminya yang tercinta. Dan kini, tibalah giliran ku mengorak langkah menyusun tapak memasuki bidang kerjaya yang lebih mencabar.

Mengenali kalian sejak 1 Julai 2009, dan kini, selamat tinggal buat kalian semua, kerana esok, 1 Julai 2010, kita terpaksa berpisah... Ukhuwah kita tidak berakhir di sini. Insyaallah ada masa, kita pasti bertemu kembali.. Terima kasih yang tidak berpenghujung untuk segala jasa dan bakti yang di hulurkan...Huhu..sedeynya nak keluar bila kemesraan dah berputik..

Untuk abang Faroul, Abg Zaid n Kak Aishah,Kak Sha, Kak Midah terima kasih untuk keprihatinan kalian selaku abang kakak pada Ami...Untuk Hani, terima kasih sebab salu teman Amie tidor dalam surau...=p ..untuk Amal dan Ina, best dapat kawan cam korang sonok lepak ngan korang. Dan yang teristimewa buat Kak Mai yang selalu ada di sisi Amie..xtau nak kata apa bila terpaksa tinggalkan akak sendiri waktu ni...xde ucapan utk akak..speechless...Ukhuwah kita, pertengkaran kita, perselisihan kita, gurauan kita, kemesraan kita , memori kita dan segalanya tentang kita sudah sebati menggungkapkan barisan ayat yang indah buat renungan akak...cukuplah semua tu sbg kenangan abadi.. Hati ini terlalu menyayangi kalian semua..Semoga pertemuan terus dicipta menjadi milik abadi kita di dunia dan akhirat..

Tidak dilupakan, bos2 tersayang, Encik Ramli dan Encik Musa, serta rakan sekerja Abg Nazri, En.Yus , Ebal, Aimi, K.Ras , En. Syamsul, K.Suzi dan Abg Reza serta makcik cleaner dan yang terakhir skali Raja n Selvi yang sentiasa mengejar kami mengutip duit parking ::: terima kasih kerana sudi merakamkan kenangan bersama amie...





Doakan ketabahan amie menempuh suasana baru bersama teman2 baru membuka buku baru dan melakarkan kenangan baru..doakan amie selalu...Semoga kalian juga cepat2 dapat rezeki baru yang lebih menjamin masa hadapan. Terima kasih untuk majlis istimewa yang diaturkan untuk Amie di Secret Recipe tu...Luv u All...

Monday, March 1, 2010

Maulidur Rasul



Ya allah, sempena mengambil keberkatan Maulidirrasul ini, ku pohon keampunan MU yang tak bertepi, untuk setiap salah dan silap ku sebagai hamba yang hina. Ku pohon marghfirah MU untuk setiap dosa ku yang masih belum sempat aku tangisi di sepertiga malam MU. Ku pohon kemaafan MU untuk setiap khilafku yang aku tidak sedar apatah lagi yang aku sendiri tidak terfikir untuk bertaubat.

Ya Allah, jauhi aku dari kematian yang mengaibkan, Elakkan aku dari penyeksaan di alam kubur dan hindari aku dari azab neraka mu Ya Allah. Sungguh Ya ALLAH, tubuh ini tidak mampu menahan terik matahari MU, apalagi untuk merasa bahang api neraka MU Ya ALLAH. Kaki ini mudah goyah untuk melangkah di jalan MU, apatah lagi untuk meniti titian Sirotol Mustaqim Mu Ya ALLAH. Ya ALLAH, bantulah aku Ya ALLAH…

Dengan sifat Maha Pemaaf MU, aku mohon agar dihapuskan segala dosa2 ku yang lalu Ya ALLAH. Dengan sifat Maha Pengasih MU, aku seru kasih sayang MU agar aku juga tergolong di kalangan hamba MU yang KAU cintai.

Ya ALLAh, aku menyintai kekasih MU Ya ALLAH. Biarpun aku tidak pernah mendengar ajarannya melalui bibirnya sendiri, biarpun aku tidak pernah melihat jasadnya melalui mata ku sendiri, biarpun aku tidak pernah menatap wajah suci miliknya, namun di hati ini, sudah tertanam cinta yang mendalam buatnya. Aku malu sebenarnya dengan cinta ku ini Ya ALLAH. Aku menyintainya, namun aku masih lagi melanggar ajaran kekasih ku, aku merinduinya, tetapi aku sering melupakan sunnahnya…aku mengasihinya,namun aku masih tidak melakukan apa2 perubahan Ya ALLAH. Benarlah aku kekasih yang tidak setia. Atau barangkali aku tidak layak menyintainya…ampuni aku Ya ALLAH, maafkan aku Rasulullah.

Ya ALLAH, lindungilah kesilapan dan dosa2 ku dari pengetahuan kekasih MU itu Ya ALLAH, aku tidak mahu beliau kecewa memiliki umat seperti ku..jauhi aku dari godaan syaitan MU dan hindari aku dari gelojak nafsu yang membinasakan. Izinkanlah kekasih MU meletakkan serban agungnya di atas mizan ku, agar berat neraca timbangan amalan kebaikan ku, izinkan aku meneguk air dari telaga kauthar MU melalui jemari kudus kekasih MU sekenyang2nya, Izinkan aku melihat dan menatap wajahnya ,benarkan aku berada di taman syurga bersamanya Ya ALLAH.

Ya ALLAH, ampuni aku Ya ALLAH, sungguhpun aku tidak layak memiliki itu semua dek kerana amalan ku yang tidak membanggakan ini,walaupun aku bukanlah hamba MU yang taat, aku tetap berharap agar memiliki kelebihan itu…aku juga ingin menatap wajah MU ILAHI, agar kenyang perut ku ini tanpa aku berkeinginan lagi pada makanan , aku benarnya inginkannya Ya ALLAH. Penuhilah permintaan ku ini….Ampuni aku kerana masih gagal membuktikan lambing cinta ku pada MU dan baginda. Bantulah aku untuk menyempurnakan fitrah ku sebagai hamba dan umat yang kerdil…amen Ya Robb.

Tuesday, February 9, 2010

Salam Semuaaa...!!!

Lama benar dah tak menjenguk blog ni...dah bersawang dah ruangan ni....maaf lah yer...nanti ada masa saya upload lagi... Pada yang memberikan komen atau sapaan di ruangan ini, mohon maaf kerana tak berkesempatan nak balas. insyaallah ada masa nanti saya update..bukan per, sekarang sibuk dengan kerja... kontrak dah nak tamat staff semakin berkurang...kerja semakin banyak... life enjoy...tapi masa macam tak cukup jer...tambah kontrak dah disambung semula...bayak benda nak di buat..maaf yer...insyaallah sebelum hujung bulan ni saya update...tq 4 d support...wassalam.

Wednesday, December 9, 2009

BANTUAN KEWANGAN


"Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini…Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan….


~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih... ~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

Monday, November 30, 2009

Persoalan tentang Zakat

Dalam artikel saya mengenai Zakat Emas dan Perak, ada seseorang yang sudi bertanya soal hukum berkaitan dengan zakat pada saya melalui komen. Terima Kasih. Tiga soalan di ajukan, dan saya rasakan bahawa, menjawabnya melalui artikel lebih menarik daripada menjawab dalam komen. Maklumlah, jawapannya agak panjang. Saya juga tidak menjanjikan jawapan yang tepat, namun saya sekadar mengutarakan pendapat saya berdasarkan ilmu di dada, sekiranya ada yang silap atau tidak tepat, mohon maaf dan bolehlah menegur dengan sopan...terima kasih.


SOALAN 1 :
" katakan seseorang itu pernah mempunyai simpanan dalam akaun RM22k tetapi belum membayar zakat dan dari tahun ke tahun duit tersebut telah susut. Jadi wajarkah membayar semula qada zakat? "

Membayar zakat semula, setelah mengabaikannya merupakan tindakan men'qada' zakat. Mengenai hukum qada zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib tetapi tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Qada zakat bermaksud bayaran zakat yang diterima pada tahun semasa tetapi untuk bayaran zakat yang tidak dibayar pada tahun-tahun yang sebelumnya. Beberapa pegawai Zakat ketika diaju pertanyaan mengenai perkara tersebut menjelaskan, sekiranya mereka ditanya tentang qada’ zakat maka mereka akan menerangkan tentang kewajipan membayarnya kepada orang yang bertanya (berdasarkan pendapat dalam kitab fiqh dan amalan semasa). Sungguhpun begitu mereka tidak memaksa orang yang bertanya membayarnya sekaligus, tetapi menasihatkan mereka mendahulukan bayaran zakat semasa dan sekiranya mampu mereka boleh membayar zakat yang tertunggak itu secara beransur-ansur.

Namun ditinjau dari sudut fatwa pula, setakat ini tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri-negeri atau Kebangsaan membincangkan tentang hukum qada’ zakat. Kemungkinan ia tidak difatwakan kerana hukum qada zakat adalah jelas sebagaimana termaktub di dalam kitab-kitab fiqh.

Kesimpulannya di sini, hukum qada zakat adalah wajib, namun lebih perlu di utamakan zakat semasa, bukanlah zakat tunggakan. Jika berkemampuan, zakat yang tertunggak bolehlah di keluarkan walau secara ansuran.

SOALAN 2
"bagaimana dengan pengiraan zakat kwsp pula?"

Zakat KWSP dikenakan apabila dikeluarkan apabila genap umur persaraan atau deposit membeli rumah dan sebagainya. Jumlah yang dikeluarkan perlu didarabkan dengan kadar zakat 2.5 peratus... Setahu saya, jika ianya tidak di keluarkan, maka tidak perlu di keluarkan zakat kerananya...Namun sebaik sahaja dikeluarkan, wajib digunakan 2.5% dari jumlah pengeluaran untuk mengeluarkan zakat...Sebaik sahaja dikeluarkan wang tersebut, barulah bermula hukum wajib zakat keatas harta itu. Ini pendapat peribadi saya. Maafkan saya jika tidak tepat.


SOALAN 3

"Soalan terakhir, kategori manakah yg patut membayar zakat sekiranya setiap bulan hanya tinggal amaun yang sedikit sahaja untuk belanja sebulan (maksud saya zakat pendapatan) setelah ditolak pembayaran bulanan dan komitmen lain.."

Zakat wajib dikeluarkan apabila kita mempunyai lebihan harta selama tempoh yang di tetapkan iaitu setahun dan dengan kadar wajib yang ditetapkan. Jika harta tidak mencukupi, maka gugur hukum wajib zakat keatasnya...sebaliknya boleh melayakkan diri menjadi calon layak menerima zakat. Lagipun 'haul' (tempoh) wajib zakat adalah setahun bersamaan dengan 354 hari dalam kalendar hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Zakat yang wajib bukanlah di keluarkan mengikut bulan. Oleh sebab itu, bagi golongan yang kurang pendapatan, maka gugurkan padanya zakat pendapatan dan yang wajib baginya zakat fitrah sahaja.

Semoga jawapan ini menjawab tepat kepada persoalan yang diutarakan...Insyaallah...




Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP