Monday, November 30, 2009

Persoalan tentang Zakat

Dalam artikel saya mengenai Zakat Emas dan Perak, ada seseorang yang sudi bertanya soal hukum berkaitan dengan zakat pada saya melalui komen. Terima Kasih. Tiga soalan di ajukan, dan saya rasakan bahawa, menjawabnya melalui artikel lebih menarik daripada menjawab dalam komen. Maklumlah, jawapannya agak panjang. Saya juga tidak menjanjikan jawapan yang tepat, namun saya sekadar mengutarakan pendapat saya berdasarkan ilmu di dada, sekiranya ada yang silap atau tidak tepat, mohon maaf dan bolehlah menegur dengan sopan...terima kasih.


SOALAN 1 :
" katakan seseorang itu pernah mempunyai simpanan dalam akaun RM22k tetapi belum membayar zakat dan dari tahun ke tahun duit tersebut telah susut. Jadi wajarkah membayar semula qada zakat? "

Membayar zakat semula, setelah mengabaikannya merupakan tindakan men'qada' zakat. Mengenai hukum qada zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib tetapi tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Qada zakat bermaksud bayaran zakat yang diterima pada tahun semasa tetapi untuk bayaran zakat yang tidak dibayar pada tahun-tahun yang sebelumnya. Beberapa pegawai Zakat ketika diaju pertanyaan mengenai perkara tersebut menjelaskan, sekiranya mereka ditanya tentang qada’ zakat maka mereka akan menerangkan tentang kewajipan membayarnya kepada orang yang bertanya (berdasarkan pendapat dalam kitab fiqh dan amalan semasa). Sungguhpun begitu mereka tidak memaksa orang yang bertanya membayarnya sekaligus, tetapi menasihatkan mereka mendahulukan bayaran zakat semasa dan sekiranya mampu mereka boleh membayar zakat yang tertunggak itu secara beransur-ansur.

Namun ditinjau dari sudut fatwa pula, setakat ini tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri-negeri atau Kebangsaan membincangkan tentang hukum qada’ zakat. Kemungkinan ia tidak difatwakan kerana hukum qada zakat adalah jelas sebagaimana termaktub di dalam kitab-kitab fiqh.

Kesimpulannya di sini, hukum qada zakat adalah wajib, namun lebih perlu di utamakan zakat semasa, bukanlah zakat tunggakan. Jika berkemampuan, zakat yang tertunggak bolehlah di keluarkan walau secara ansuran.

SOALAN 2
"bagaimana dengan pengiraan zakat kwsp pula?"

Zakat KWSP dikenakan apabila dikeluarkan apabila genap umur persaraan atau deposit membeli rumah dan sebagainya. Jumlah yang dikeluarkan perlu didarabkan dengan kadar zakat 2.5 peratus... Setahu saya, jika ianya tidak di keluarkan, maka tidak perlu di keluarkan zakat kerananya...Namun sebaik sahaja dikeluarkan, wajib digunakan 2.5% dari jumlah pengeluaran untuk mengeluarkan zakat...Sebaik sahaja dikeluarkan wang tersebut, barulah bermula hukum wajib zakat keatas harta itu. Ini pendapat peribadi saya. Maafkan saya jika tidak tepat.


SOALAN 3

"Soalan terakhir, kategori manakah yg patut membayar zakat sekiranya setiap bulan hanya tinggal amaun yang sedikit sahaja untuk belanja sebulan (maksud saya zakat pendapatan) setelah ditolak pembayaran bulanan dan komitmen lain.."

Zakat wajib dikeluarkan apabila kita mempunyai lebihan harta selama tempoh yang di tetapkan iaitu setahun dan dengan kadar wajib yang ditetapkan. Jika harta tidak mencukupi, maka gugur hukum wajib zakat keatasnya...sebaliknya boleh melayakkan diri menjadi calon layak menerima zakat. Lagipun 'haul' (tempoh) wajib zakat adalah setahun bersamaan dengan 354 hari dalam kalendar hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Zakat yang wajib bukanlah di keluarkan mengikut bulan. Oleh sebab itu, bagi golongan yang kurang pendapatan, maka gugurkan padanya zakat pendapatan dan yang wajib baginya zakat fitrah sahaja.

Semoga jawapan ini menjawab tepat kepada persoalan yang diutarakan...Insyaallah...




Tuesday, November 17, 2009

ADAB MENEGUR

Rasulullah bersabda;
المسلم من سلم المسلمين من لسانه ويده
"Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya(percakapan) dan tangannya"



ADAB MENEGUR (DO’s and DON’T)

1 : Adab memulakan teguran, Panggillah dengan apa-apa gelaran yang sesuai, berhentilah merendah-rendahkan orang lain, teruskan berkongsi kerana ia sangat penting buat kita. Panggillah Abang (bagi yang sudah halal ikatannya), Pakcik, Makcik, atau apa jua panggilan sekalipun yang melembutkan hati kepada mereka yang lebih tua. Juga panggillah Anakku, cahaya mataku, Ibuku, ayahku, atau jua kesukaan yang mententeramkan jiwa kepada jiwa pemuda-pemudi kita. Agar keduanya tidak terabai dari menerima kebaikan dari manfaat ditegur.

2 : Alternatif baik: sampaikan idea dalam teguran.
Contohnya memulakan ayat seperti “Sahabat, ana fikir sepatutnya begini begini…”
Ataupun dalam bentuk cerita atau qias yang LOGIK. Jangan terlalu memberi contoh yang meriakkan diri anda dan jangan terlalu menekankan isu remeh temeh. Jika perlu juga ditegur, janganlah terlalu mendesak sehingga mereka rasa terpaksa dan bosan.

3 : DON’T : ‘Holier than thou’ / ‘Gua’ lagi mulia dari ‘lu’. Amat menakutkan sekali golongan ini yang menegur dek kerana memikirkan diri itu mulia. Iya, mungkin ada benarnya kata-kata seseorang yang menegur, tetapi harus di ingat bahawa kita tidak mungkin mulia jika niat kita terpesong sedari awal.

Bukankah ALLAH swt ada berfirman dalam surah Al-Hujuraat ayat 13;
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Lalu mana kita tahu amalan siapa yang lebih tinggi darjatnya? Mana kita tahu amalan siapa pula yang diterimaNya. Jadi, diingatkan di sini agar kita buat usaha kita sebagai manusia (salah satunya tanggungjawab menegur ini) dan tinggalkan urusan selebihnya kepada Allahu subhanahu wa ta’ala (ALLAH yang maha Haq menilai iman dan taqwa seseorang).
TEGURAN DAN JIWA BESAR, SABAR DAN HUSNUDZON YANG TINGGI
Teguran itu ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia berhubungan dengan perasaan. Perlu tulus dan ikhlas. Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baharu disusun kata dalam nasihat.Di sini selalunya timbul masalah apabila kita kurang sabar dalam memerhati perubahan seseorang setelah di tegur.
Contohnya isu yang bertunas dikalangan para daie dan badan jemaah, apabila seorang ahli punya nilai yang sedikit lemah seperti dalam cara beroganisasi atau permasalah umat yang bertunjang kini iaitu pemakaian. Ramai yang pasti mengutuk ‘kedegilan’ mereka untuk menerima teguran sedangkan mereka hidup dalam jemaah yang roh tarbiyyahnya kuat.
Mengulas sedikit tentang isu ini, terdapat ulasan dari Syeikh dr. yusuf al-qardhawi bahawa;


'Mereka yang berpenyakit hati (cinta dunia) ini seperti pesakit yang menghdp suatu penyakit. Lalu tentu penyakit dan ubatannya berbeza mengikut jenis dan tahapnya. Namun bg pesakit apa yang lbh penting sbnrnya adalah perhatian para doctor (pengamal perubatan) yang memberi motivasi, sabar dalam mengubati dan hemah dalam berhadapan dengan pesakit. Lalu para daie, haruslh belajar memahami situasi penyakit hati dan bersabar srta berhemahlah dalam mengubati'
Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata yang di petik di dalam buku La tahzan karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni:

Janganlah kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaannya, dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan suatu kesalahan.’
Oleh itu cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya; pertimbangkanlah ia dengan pandangan yang objektif; dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu. Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnya dan penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan.”
TegurlahNak menegur tidak salah, malah diperintah agama!

Dari surah Al-Asr,
“Dan mereka pula berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”
Hadis riwayat Muslim,
“Agama itu nasihat”

Dua dalil ini menunjukkan nasihat itu tuntutan agama. Tapi nasihatlah dengan tawaduk dan rendah diri. Buangkan ego dan buruk sangka.
Sabarlah…Akhir sekali saya ingin katakan pada sahabat-sahabat saya yang saya sayang, sabarlah…

Sabarlah kerana memang inilah janji Allah. Inilah sunnatullah terhadap sang pejuang. Biarlah kita ini pejuang bak debu, kadang kala hadirnya kita hanya menyusahkan yang lain, dek kerana debu itu melekat-lekat di pakaian dan kenderaan sang pejuang besar, tapi sekurang-kurangnya kita mendapat berkatnya sang pejuang itu.
Sabarlah…

Nabi pernah digelar gila, dilempar najis dan batu. Kita sekadar sedih dikata macam-macam. Jangan dilayan kemuncup di tengah jalan. Ingat pesan Tuan Guru. Perjuangan kita ini tidak akan tercabut kerana tunjangnya Islam. Janganlah terlalu rakus mengharap perubahan insani. Berilah mereka ruang berfikir dan tegurlah dengan berhemah. Supaya kita tidak dibenci, benci yang menyebabkan kita hilang ruang untuk terus menegur.

LATIHAN MENEMBAK

(Sarjan yang mengajar kami dgn spoting sgt2)


Hari ini dalam sejarah. Saya pegang pistol polis yang sebenar...selalunya tengok dalam tivi je. Hari ni saya dapat sentuh sendiri dan dapat gunakannya sendiri. Dan hari ni juga, saya dah lepaskan 85 das tembakan..yeah..!!! best sesangat.. first tyme pegang pistol, berat betul..masa nak tarik sorong yang atas tu,bagi peluru standby dan keluar dari magezin...macam susah sangat. Gelabah punya pasal, tersepit tapak tangan dalam tu dan berdarah sikit. Tapi kerana semangat kepahlawanan (pahlawan lah sangattt...) saya test juga berkali2 sampai dapat. Masa mula berdarah, cepat2 saya cover..takut kena marah sebab tarik tak ikut cara yang di ajar, tapi bila dah belajar bebetul, alhamdulillah, tak de lah susah sangat...

Actually, bila nak mula menembak pada sasaran ni, berdebar yang teramat sangat. Tambah2 tembakan yang pertama tu menggegarkan seluruh lemak di badan. Tersentap rasanya, namun bila dah berkali2 tembak rasa best n dapat lepaskan segala rasa tensyen...bila peluru dlm mgazin habis...sedih jer...nak tembak lagi....!!!

Part yang paling menarik adalah apabila kami jadikan latihan pertama kami ni sebagai pertandingan. Fuhh... kelakar betul. Saya mewakili KPDNKK cawangan Gombak, berentap dengan wakil dari FINAS dan KEKKWA. Wakil lain, kebanyakannya mahir sangat menembak...langsung tak tersasar. Manakala wakil dari KPDNKK sebahagiannya merupakan penembak yang baru mula mengenal pistol. Masa mula d umumkan pertandingan, saya konfem dapat nombor corot...Mana tak nye, wakil mereka tembak 10das, kesemuanya ada dalam bowl... saya pula, 10 das diberi hanya 6 sahaja dalam bowl..lagi 4 hilang entah kemana...huhu..

Peserta yang terdiri daripada 7 perempuan dan 17 lelaki membentuk 6 kumpulan. Kumpulan A,B,C,D,E,F. Pasukan mahir adalah kumpulan C. Pusingan pertama kumpulan B dan D tersingkir. Pusingan kedua F dan A tersingkir. Dan final adalah kumpulan C lawan E...Kalau saya tak bagitau sapa juara pun leh agak2 sendiri lah kan... apa yang menariknya, ahli kumpulan E ni, merupakan 3perempuan yang baru belajar menembak hari ni dan seorang lagi lelaki (tuan haji) manakala Kumpulan C terdiri dari 4lelaki merangkap penembak handal, Mestilah dorg menang kan...dan untungnya, saya merupakan ahli kumpulan kumpulan E...Naib juara pun, jadilah kan.. Kalah menang bukan ukuran, yang penting pengalaman dan kemahiran yang dikutip akan kekal di ingatan..Insyaallah.


(Semua peserta dan team PGA)

Jazakalllahu khairan kathira buat FINAS dan KEKKWA kerana menjayakan aktiviti ini bersama kami. Juga terima kasih buat Pngarah Finas yg turut hadir mmberi semangt juga bantuan terutama untuk group kami. Then Tq so much juga utk PGA yang telah menyesiTak dilupakan Boss kami, Encik Ramli Nayan, Tq so much kerana membuka peluang ini kepada kami. Semoga ukhuwah bersama ini, tidak berakhir di sini. Dengan harapan..next tyme nak main tembak2 lagi... To abang2 polis...jangan lupa invite kami tq...k, bye...c u next artcle...!

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP