Tuesday, November 17, 2009
Saturday, September 12, 2009
SaYa daN haDiaH....beSt...!!!
Baru baru ni, saya ada terima banyak hadiah. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, Namun malangnya, pemberi hadiah itu terhijab dari pengetahuan saya. Entah siapalah dia yang sudi menghadiahkan anugerah ini begini sekali. Puas saya menghubungi orang yang bertanggungjawab dalam urusan penghantaran. Alhamdulillah sekali lagi, jawapannya... Oh yer, inilah hadiah pertama yang saya terima pada 5hb 9 lepas.
Mungkin kerana saya tak ucap terima kasih pada pemberi hadiah, dia menghantar sekali lagi buku tersebut 2 hari selepas itu, maka pada 8hb 9 lepas, saya terima lagi naskah yang sama. Maafkan saya kerana tak ucap terima kasih. Masa tu saya tak tahu pengirimnya. Masa tu saya tertanya2. Ragu rasanya nak membuka helaian buku tu. Dan bertambah pelikkan, selang 2 hari dari tarikh tu, saya terima kembali naskhah yang sama buat kali ke3. Kelakar betul. Saya terus menghubungi pihak galeri untuk menghentikan penghantaran, kerana saya dah ada 3 buku yang sama. Saya pesan pada mereka, kalau ada yang menghadiahkan saya buku yang sama lagi, mohon di ganti pada buku yang lain...hehe, suprise skit klo buka sampul dapat hadiah yang berlainan..hehe. Saya nak tunggulah lagi 2 hari...apakah saya akan dapat buku ke empat?? Namun apa pun saya tak kisah, sebab saya dapat panjangkan hadiah merangkap sedekah pemberi. Ini kerana hadiah2 misteri seperti itu tak pernah saya ambil, sebaliknya, semuanya saya sedekahkan semula pada sanak saudara. dan sahabat handai Risaulah nak simpan hadiah yang tak dikenali pemberinya. Alhamdulillah mereka gembira dengan buku yang saya berikan. Semoga si pemberi dilipat gandakan pahalanya...Ameen..
Erm, di office pula, saya dapat juga hadiah misteri. Kalini berbentuk makanan. Gembira bukan main mereka bila saya agihkan makanan tu pada mereka. berebut mereka memilih kuih kegemaran mereka. Kak Zai ambil bakul, angpau dan kuih coklat, Abang Zaid ambil kuih bakar, Ina ambil buku doa harian dan pada Abang Nazri, saya berikan dia 2 jenis kuih yang saya pun tak perasan kuih apa...Best rasanya dapat panjangkan rezeki orang di bulan ramadhan ni. Cantikkan hadiah pemberian dia ni...
Dan yang terakhir buat masa ini...saya terima ini sebagai hadiah.
Alhamdulillah pemberinya teramat dikenali. Saya terima hadiah ini sebagai milik saya dan tak perlu untuk diberikan kepada sesiapa. Biar pun kata pemberinya, harganya murah, namun nilainya tak mampu dibayar oleh sesiapa. Biar ia layu di muka bumi, namun kan tetap segar selamanya di hati ini. Jazakallahhu khairan kathira padanya. Simbolnya terlalu beerti. Kali pertama dalam hidup ini, saya menerima hadiah begini. Ya allah, tuhan yang menciptakan dua hati dan yang menyatukan hati hati ini, kepada mu jualah ku berserah takdiran ukhuwwah fillah ini. Peliharalah ukhuwah ini,ukhuwah teman sekerja, sekuliah, seagama dan seumur hidup...Jika terpisah dua hati ini, moga syurga tempat disatukan kembali. Terima Kasih teman...Moga syurga milik abadi bersama..ameen..
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 6:03 AM 3 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Ramadhan Kareem...
Salam..Terlebih dahulu, saya nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Beramal..Semoga amalan kita diterima di sisi Allah...hehe, maaflah lama tak update...busy sangat rasanya. Kalah 1st man..huhu. Yerlah, sejak bercatu kereta dengan abang ni, saya terpaksa bersiap awal untuk ke office...kereta abang rosak plak. Sampai skarang tak kuar bengkel lagi. Bila nak siap pun entah lah. So, buat masa ni,awal2 pagi dah kena bertolak keluar rumah. Samada saya hantar abang ke LRT atau abang yang hantar saya ke office. Untuk mengelak jalan yang sesak, kami terpaksa keluar seawal 6.45pagi...taklah awak sangat, tapi bagi saya, masih terlalu awal...hehe. Kadang2 saya tercongoklah depan office tunggu pintu office dibuka. Nak balik pula, pukul 5 baru dapat punch card. Bulan puasa ni, ramai yang kuar kul 4.30ptg, so, saya terpaksa menempuh sesak yang Yaallah Yarobbi...!!! Salu sampai rumah pukul 5.40-6ptg, bulan puasa ni, sampai rumah pukul 6.30-7ptg pula...Sampai di rumah je bersiap berbuka dan terus solat maghrib. Bila dah nak tarawikh, kami salu ikuti di Masjid yang bernazirkan Sheikh Fuad al-Maliki yang taklah dekat dengan rumah. Selesai solat pun dah pukul 11 malam. Sampai rumah, uruskan segala tugas harian sebagai anak then pukul 12 masuk tidur, sebab, esok pukul 5 dah nak bangun sahur pula..hmm, begitulah sibuknya dunia saya. Sebab tu lah tak dapat pun nak mencuri waktu untuk update blog. Walaupun hujung minggu, sebab hujung minggu sanak saudara berkumpul di rumah saya, lagilah sibuk..hehe...
Hmm, apa cerita yer, tak tahu nak tulis apa, saya up date kali ni pun atas permintaan beberapa orang teman. Terima kasihlah pada yang mesej n email pada saya terutamanya yang cakap rindu pada tulisan saya tu. Saya yakin anda mungkin 'wanana zulkifli' merngkp 'rizq'. Biar siapa pun anda, terima kasih fillah.
Khususan ila wanana zulkifli : resepi yang anda minta tu, terlalu simple, anda lebih mahir barangkali. Anda kan tahu segala2nya dengan mudah. Mustahil tak tau resepi simple tu. Dalam internet pun berlambak resepi...hehe, tapi kalau saya punya, saya buat sup biasa sahaja, then celur bihun,pastu untuk penyedap rasa letaklah bawang goreng dan yang seangkatan dengannya. Dan untuk kesihatan, janganlah letak ajinomoto...hehe...kan dah siap. Pasal tengah in love dengan siapa dan nak meniti saat bahagia tu bila, biarlah masa yang menentukan. "wamakaru wamakaralllah, wallahu khairul makirin"...seem personal...no need to discuss wif sum1 yg xclosed 2 me...sorry...well thanks coz sudi amik berat...
Lastly buat semua, teruskan beribadat. Semoga amalan kita hari ini menjadi pemberat neraca timbangan kita di akhirat kelak dan semoga kita semakin mulia hari demi hari. Bersama2 kita merebut kenikmatan malam Lailatul Qadar. Semoga izzah kita sebagai muslim menjadi contoh terbaik buat agama lain. Mohon kemaafan yang tak bertepi dan mohon dihalalkan segalanya. Segala yang baik datang dari Allah disandarkan pada saya sebagai lambang keagungannya sebagai pencipta. Segala yang buruk juga datang dari Allah, tapi disandarkan pada saya sebagai bukti saya hamba yang lemah. Wassalam.
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 5:27 AM 0 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Tuesday, August 11, 2009
BiHuN KuNinG aYaH
Semalam, ayah cakap, dia teringin nak makan bihun. Saya cakap, nanti saya masakkan. Kemudian ayah tersenyum sinis. Saya tanya kenapa ayah senyum begitu. Katanya "boleh ke kak nah buat? ayah nak bihun macam di kedai". Di minda ni dah bayangkan dah cara nak masak dan bahan bahannya. Alah, bukannya susah sangat, sebab kata ayah, dia suka yang di kedai kerana warna bihunnya yang kekuningan. Nak kuningkan bihun je dah dapat level di kedai...kira cam senanglah kan. Saya sahutlah cabaran senyuman sinis ayah yang menunjukkan bahawa saya tak mampu nak buat.
Petang tu saya cuci kereta ayah n abang,tetiba mama ajak drivekan dia ke kedai fotostat belakang kawasan rumah ni untuk dia fax surat penting. Saya pun capai kunci kereta dan terus start kereta. Sampai di kedai mama turun dan kembali semula ke kereta setelah fax berjaya dihantar. Setiba di dalam kereta, mama bertanyakan menu makan malam, saya cakaplah yang saya nak buat bihun sup. Kemudian mama minta diturunkan di kedai JS Store untuk beli bahan membuat bihun. Kebetulan bersebelahan dengan kedai JS tu ada restoren. Sebagai langkah mudah, mama terus beli bihun sup di restoren tersebut dan niat saya untu masak berkubur. Saya segera memandang wajah ayah yang turut ikut temani kami, nyata senyuman sinisnya milik saya. Mungkin bagi ayah saya cuma pandai cakap je nak buat bihun sup. Saya tanya mama, kenapa mama beli yang dah siap,kerana saya sudah sedia nak masak. Kata mama, "senang". Tapi bagi saya mungkin mama juga seperti ayah yang tak yakin saya boleh buat sendiri.
Hari ni, tetiba ayah mintak lagi bihun sup. Kebetulan depan rumah ada pasar malam, saya bercadang nak beli. Kata ayah dan mama, mereka suruh saya masak. Pelik, saya nak masak disuruh beli, nak beli disuruh masak. Namun seperti biasa saya hanya menuruti kehendak mereka. Bila semuanya siap, saya panggil mereka untuk menjamu selera, dan inilah yang saya buat...
Ada taugeh celur, sawi celur, sup ayam, bawang goreng, daun sup, daun bawang, asam limau, cili merah, cili padi berkicap dan cili jeruk pun ada. Nampak macam nyum3...tapi rasanya, entahlah. Mulanya saya confident, tapi bila ayahmana sendiri tak yakin dengan saya, saya jadi kondifen je..ilang sudah confident nye....
Apa yang penting, bihun kuning ni ada. Bihun ni je yang saya harap sangat menjadi, sebab itu yang ayah idamkan semalam. Banyak juga yang ayah makan. Best pulak rasanya bila dah tunaikan pemintaan org tersayang. Ayah tanya," macam mana kak nah buat bihun jadi kuning?" Saya dengan nakal menjawab " kak nah jampi abrakadabra, tetibe je jadi kuning.." Mereka tertawa, mama pastinya dah tau cara saya menguningkannya,tapi saya biarkan ayah terus berteka teki. Kesian ayah,hehe. Mereka takkan puji masakan saya, mereka akan komen je kalau xsedap. Tapi tadi mereka diam...so, saya fahamlah...heheh...Burrpp...Alhamdulillah.
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 7:04 AM 6 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Thursday, August 6, 2009
Perginya seorang jelitawan...
Macam2 yang berlaku sejak akhir2 ni...pada 23hb 7 lepas, saya mendapat khabar, bahawa nenek saya di kampung sedang sakit teruk. Memandangkan pada masa yang sama ayah juga berada dalam keadaan yang tidak stabil untuk 'travel', hasrat untuk menziarah nenek terkubur begitu sahaja. Selang 2 hari, ayah,mama dan adik menziarahi nenek, kata mereka, nenek agak tenat. Saya dan abang terpaksa tinggal dirumah memandangkan kami perlu berkerja. Ayah dan mama berjanji pada nenek untuk pulang kembali pada hujung minggu sekiranya doktor mengizinkan ayah untuk 'travel', malangnya pada hari yang di janjikan, ayah di tahan di wad untuk rawatan lanjut, mama segera menghubungi kampung untuk memaklumkan bahawa kami tidak jadi pulang. Alhamdulillah nenek faham situasi kami. Dan pada 4hb 8, ayah telah dibenarkan pulang untuk melawat nenek dengan syarat akan kembali meneruskan rawatan pada 6hb 8. Petang 4hb tersebut, ayah berehat di rumah, lenyap sudah suasana hospital. Keesokan harinya, di pagi hari lagi kami sudah bertolak ke kampung untuk menziarah nenek. Saya, abang dan mama berpakat untuk mengambil cuti. Kami pulang dengan penuh harapan agar kepulangan kami akan memberi semangat pada nenek untuk terus pulih.
Setibanya di kampung di Jitra Alor setar, azan zohor berkumandang, kami sempat mencari warung selera kampung untuk mengalas perut yang sudah berkeroncong menyanyikan lagu sumbang. Hasrat untuk singgah ke masjid terbatal apabila memikirkan bahawa kami boleh men'jama'kan' waktu solat, maka kami meneruskan perjalanan ke rumah nenek. Nenek di tempatkan di rumah anak saudaranya memandangkan anak saudaranya merupakan seorang doktor. Setibanya di rumah tersebut, kami di pelawa masuk oleh adik nenek yang merupakan ibu kepada tuan rumah. Apabila melangkah masuk, keadaan ayah kembali lemah,langkahan kakinya longlai dan kami memimpin ayah ke katil untuk berehat. Ayah yang kepenatan tertidur lena. Pelik, ayah jarang lena di tempat orang, ayah juga biasanya akan berehat di bilik nenek. Namun kali ini, wajah nenek tidak di sapa terlebih dahulu.
Kami beserta mama terus melangkah ke kamar nenek, kami lihat wajah nenek kian tenat..Saya segera mengucup dahi dan pipi nenek, kata mereka, nenek sudah tidak membuka matanya sejak semalam. Hanya mata kanan sahaja yang mampu dibuka,itupun hanya suku sahaja yang di biarkan terbuka. Namun apabila mendengar suara kami, mata kanannya terbuka separuh. Tambah ajaib mata kiri nenek turut digagah dan terbuka suku. Ya allah, sebaknya meniti detik itu. Saya segera mencari ayah, saya pujuk ayah untuk menjengah nenek di kamar sebelah, namun ayah menolak dengan memberi alasan bahawa kepalanya pusing dan matanya berpinar. Teringat pesanan doktor, saya tidak memaksa ayah. Kali kedua memujuk, ayah tetap tidak mahu berjalan. Lalu, saya terus ke katil nenek. Dalam keriuhan adik2 nenek bebual sesama sendiri, saya menyusun langkah dihadapan mereka, dan melabuhkan punggung di sisi nenek. Tangan nenek saya usap dengan penuh kasih sayang. Sejuk tangan itu bagai isi mentimun kampung. Saya mengucup dahi nenek, dan bergenanglah air di kelopak mata ini. Lantas di dalam hati, saya segera memasang doa, " Ya Allah, jika derita yang di tanggung tokmama ini menyesakkan hidupnya, Kau bawalah rohnya bersama Mu dalam keadaan yang baik"...begitulah doa ku berkali2. Saya sedih melihat betapa sukarnya untuk nenek bernafas. Saya lebih rela membiarkan nenek pergi daripada menahannya sambil melihat dirinya terseksa.
Tidak lama kemudian, nafas nenek kian perlahan. Saya segera mencari ayah. Dalam hati, saya sudah merancang untuk memaksa ayah jika ayah masih berdegil. Namun sebaliknya, apabila ayah terjaga, ayah segera bangun dan menyusun langkah longlai ke kamar nenek. Dari langkahan ayah yang terhuyung hayang, saya tahu ayah masih lemah dan sedang memaksa dirinya sendiri. Ayah bagai tahu bahawa nenek sudah ingin mengucap selamat tinggal. Saya mengajak adik untuk memapah ayah. Alhamdulillah, ayah berjaya menyusun tapak. Namun apabila tiba di katil nenek, ayah rebah dibawah katil. Ayah bersila sambil memanggil2 nenek..."mak...mak...makk..." ayah manangis...sebak dihati ini kian parah... Ya Allah, Kau selamatkanlah keduanya...
Nenek sudah 2 hari tidak berkata kata. Tubuhnya terlantar, nafasnya terus berbunyi kuat. Mendengar suara ayah, nenek meraba raba tangannya mencari jemari ayah. Saya yang menyedari keadaan itu, segera saya menyatukan tangan mereka. Dan beberapa detik selepas itu, saya sudah kehilangan seorang nenek. Saya sempat melihat sebelum berlalunya detik itu, mimik muka nenek sedikit berkerut, mungkin itulah detik nyawanya dicabut. Matanya di pejam menahan sakit dan tiba tiba, wajahnya tersenyum dan dia terus berlalu hanyut ke alam baru. Saya menggoncang lutut nenek, kata mereka, nenek sudah tiada, saya menafikan tanpa sebarang alasan. Sukar untuk saya terima situasi itu. Nenek pergi buat selamanya. Dihati ini, saya yakin mereka silap. Saya pasang niat untuk menggoncang tubuh nenek apabila mereka tiada di sisi nenek nanti. Saya lihat muka adik dan abang merah padam menahan pilu. Saya terpinga2. Tiba tiba, nama saya di panggil, mereka menyuruh saya meluruskan kaki nenek. Saya akur tapi jauh di sudut hati, saya yakin mereka silap. Kaki nenek saya ikat untuk di luruskan. Berderai airmata saya menyembah bumi, saya sedih dengan tindakan saya. Saya tahu jasad nenek sakit dibuat begitu, tambahan saya yakin nenek masih hidup, tapi begitulah lumrah si mati yang perlu diikat kakinya untuk diluruskan. Ya Allah, apakah ini kesudahan untuk nenek? Namun, Alhamdulillah kami sempat bertemu nenek dan ada disisinya disaat dia ingin pergi. Mungkin inilah hajat nenek, mungkin inilah permintaan terakhir nenek yang telahpun dimaqbulkan. Terima kasih Ya Allah kerana mengaturkan kesudahan yang indah buat nenek.
Bilik nenek dibiarkan sepi kerana masing masing sibuk membuat persiapan membersihkan nenek dan menempatkannya di tempat yang lebih sesuai. Ketika itu, saya melangkah ke sisi nenek. Saya membuka lembaran Surah Yassin dan membacanya dengan penuh tertib dan tartil. Sekali sekala bacaan saya tenggelam dalam sedu sedan dan sebak pilu. Inilah yang dinamakan cinta. Sukarnya untuk dilepaskan. Selesai di ayat kedua terakhir, saya kuatkan suara sambil melihat raut wajah nenek. Disitulah letaknya ayat keramat surah tersebut. Saya berharap, apabila dibaca ayat itu dihadapan nenek, nenek akan sedar dari pengsan. Berkali kali saya mohon nenek bergerak. Nyata saya yang silap. Nenek memang sudah tiada. Saya sudahi surah itu dan saya terus memeluk tubuh nenek. Saya goncang tubuhnya sekuat hati. Bergoyang pipi nenek digerakkan oleh saya. Menyedari tindakan saya hanya menyakiti jasad nenek, saya akur bahawa hakikat ini,harus saya terima. Saya tutup wajah nenek selepas mengucup wajahnya berkali kali.
Kemudian,kami bersihkan nenek, kami tempatkannya di atas katil di ruang tamu, agar mudah diziarahi sanak saudara. Detik itu, nenek cukup jelita. Teringat saya akan potret seorang wanita jelita yang digantungkan di dinding ruang telefon rumah nenek. Jelita sungguh pemilik wajah itu, makin terserlah kejelitaannya disebalik kebaya biru yang dipakainya. Saya pernah bertanya,kenapa gambar itu di gantung di rumah nenek. Kata ayah, itu adalah nenek. Tapi sedikit pun saya tidak percaya. Maklumlah, nenek ketika itu sudah tua, badannya juga tidak seramping dahulu. Tapi hari ini, saya lihat dengan mata sendiri, wajah nenek seakan akan raut wajah potret itu. Dan hari ini, saya yakin di potret itu, memang nenek. Malam itu, saya tidur di sisi nenek. Saya usap kepala nenek. Saya menepuk nepuk bahu nenek bagai mendodoikan anak kecil. Berjuraian airmata ini,tanpa saya sedar apa yang sedang saya lakukan. Nyamuk yang mengganggu tidak saya hiraukan. Esok saya sudah tak dapat melihat nenek, maka biarlah hari ini, saya menemaninya. Menjelang pukul 3pagi, ramai yang datang untuk persiapan keranda. Saya melangkah ke bilik. Saya tinggalkan nenek di ruang tamu. Agak kurang manis apabila melihat anak gadis melepak di ruang tamu ketika ramai yang bertandang ke rumah. Saya tertidur di sofa bilik dan terus hanyut di alam maya.
Pagi esoknya, saya mama dan beberapa orang saudara lagi memandikan nenek. Saya sabun tubuh nenek mengikut tunjuk ajar 2 orang makcik yang sememangnya ditugaskan untuk menguruskan jenazah nenek. Kata mereka, tubuh nenek lembut sangat. Airmata saya ketika itu sudah kering. Bagai sudah bengkak mata ini. Kemudian kami kafankan nenek. Apabila nenek dibedak dan di celakkan, berderai lagi airmata ini. Jelita sungguh wajah itu. Hanya Kau yang tahu, betapa kagumnya aku melihat wajah nenek. Ramai yang datang menziarah juga tersenyum melihat raut wajah nenek. Berseri seri wajahnya. Hidungnya yang mancung terletak indah. Matanya yang di celak menambahkan seri yang memang sedia ada. Bagaimana pula kesudahan saya nanti? Saya berterima kasih yang tidak terhingga buat Sultan Kedah berserta isterinya yang sudi mencemar duli menjejak rumah rakyat biasa untuk memberi penghormatan terkhir buat nenek. Selesai semuanya, nenek di usung ke masjid untuk di solatkan. Sesudah disolatkan, nenek di bawa ke Langgar, Alor Setar untuk disemadikan. Perjalanan yang mengambil masa hampir 20 minit itu ditemani titisan hujan renyai seakan akan hujan itu hadir untuk menyejukkan hari yang terik. Hujan bermula dari nenek selesai dimasukkan ke dalam van jenazah sehinggalah van tersebut berhenti di perkarangan kubur. Setibanya di tempat pengebumian, hujan rahmat tersebut berhenti bagai ingin memudahkan urusan pengebumian. Nenek disemadikan di Makam diraja Langgar berdekatan dengan makam suaminya.
Saat talkin dibaca, saya pula yang kehujanan cuba menahan kantung mata dari menumpahkan air hangat, namun kelopak mata ini lemah. Tidak mampu lagi menahan sebak. Bermula kami melangkah keluar dari tanah permakaman, nenek tinggal di situ buat selamanya. Teringat kembali di saat akhir melihat wajah nenek sebelum di tutup buat selamanya dirumah itu, berkali kali pipi dan dahinya saya kucup. Bibir inilah yang paling akhir meninggalkan kesan di wajah nenek. Kasih dan sayang ini bukan paksaan. Sungguhpun beliau hanyalah nenek angkat bagi saya, namun, kerana kasih sayangnya yang dicurahkan buat kami sekeluarga, sejak ayah berada dalam jagaannya,sejak mama mula menjadi milik ayah, sejak kami 5 beradik mula mengenal alam,sejak itulah cinta telah membunuh jurang erti keluarga angkat antara kami. Kami intim bagai keluarga kandung. Bermula detik ini, saya sudah tiada atuk dan nenek. Dimanakah arah tuju untuk saya pulang ke kampung berhari raya selepas ini??
Selesai semuanya, kami pulang ke rumah nenek untuk mandi dan solat zohor. Saya melirik ke arah jam di tangan. Bagai di rancang, kami pulang sebelum azan zohor. Barulah saya tersedar, setiap yang dirancang semalam, semuanya tiba dan berlalu tanpa sedikit pun kelewatan, semuanya tetap pada waktunya. Tidak terlalu awal, tidak juga lewat. Mungkin kerana berkat amalan nenek di kala hidupnya yang sering beramal setiap malam dan sering berpuasa sepanjang rejab, syaaban dan ramadhan. Bertahun tahun nenek kekal dengan amalannya. Tewasnya saya berhadapan dengan amalan nenek. Tidak setanding dengan usianya yang uzur. Semasa saya bersiap2 untuk mandi, saya terpandang timbunan buku amalan nenek, saya cuba mengemas2 bukunya. Lusuh dan hampir reput bukunya,sudah terleraipun helaiannya, sampai begitu sekali amalannya. Sebak rasanya melihat semuanya sudah tinggal kenangan. Sejak kecil lagi, saya melihat buku itulah yang nenek usung kemana saja dia pergi. Dan buku itulah tempat nenek meluahkan rasa cintanya pada Rabbul Izzati sebelum nenek menutup mata setiap malam. Dan tiba tiba, dada saya rasa berdebar. Saya terpandang album gambar fuji photo yang terselit di celahan buku. Bergetar tangan saya cuba mencapainya. Semakin sakit dada saya cuba menahan sebak. Gambar itu saya belek satu persatu sambil menahan airmata. Tiba tiba mama yang terlihat pergerakan saya segera meluru ke arah saya. Album tersebut sudah bertukar tangan, segera saya capai tuala di bahu dan terus melindung kepala. Langkahan kaki saya semakin laju ke kamar mandi di iringi deras airmata yang tidak sedikit pun saya cuba tahan. Saya rasa disaat itu, saya perlu jujur. Air itu perlu mengalir.. Teresak esak saya di kamar mandi. Saya pasang air sekuatnya agar dapat menenggelamkan esak tangisan saya. "Ya Allah, betapa dalamnya rindu nenek buat saya dan keluarga yang Kau tanamkan dihatinya, saya sendiri tidak menatap gambar nenek setiap hari...ampuni daku ya Allah..." Pedihnya hati saya meniti hakikat ini. Namun siapalah saya untuk mengubah Qada' dan Qadar Mu...semakin kerdil diri ini. Moga doa saya akan buat nenek terus bahagia di alam baru.
Nenek, untuk segala rasa cinta yang wujud di hati ini buat nenek ,saya akan selalu menghadiahkan al-fatihah dan yassin buat nenek...Saya sayang nenek saya...!!! Tolong saya sedekahkan fatihah buat nenek...AL-FATIHAH...
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 6:31 AM 4 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Thursday, July 9, 2009
Mula berkhidmat...
Hari ni, 10 Julai 2009 genaplah 10 hari saya menjadi sebahagian dari staff kerajaan, walaupun hanya untuk fatrah yang ditetapkan, namun saya sungguh berbesar hati kerana ada yang sudi menerima perkhidmatan dari saya. Masa yang ada akan saya peruntukkan untuk mengaut segala ilmu dan menyumbangkan sepenuh tenaga. Moga dari situ, akan lahirlah pelbagai lagi jawatan tetap yang lebih menjamin masa depan untuk saya.
Apa yang menariknya tentang jawatan ini, kami banyak sangat keluar, tugas kami di luar, setelah selesai tugasan luar, kami bagai semut pulang ke sarang. Masing masing membawa bekalan ke sarang dan mulakan tugas semula. Alhamdulillah tugasan yang diberi masih mampu digalas. Berhadapan dengan pelbagai kerenah teman sejawat, membuat bebanan yang dipikul terasa ringan.
Hari ni, saya berkesempatan untuk menulis, setelah sekian lama membisu, hati ini kembali merindu untuk melakar coretan di alam maya ini. Buat masa ni, hanya kesempatan di pejabat sahajalah yang saya gunakan untuk mencoret. Internet di rumah bermasalah.
Kelmarin, abang kedua saya yang belayar ke Indonesia telah pulang ke rumah..sebulan lebih tak bertemu buat saya rindukan kenakalannya. Dann semalam hari jadi ayah yang ke-58. Semoga ayah terus sihat dan semakin bertenaga untuk meneruskan amalan dan kegiatan harian yang Insyaallah akan diterima Allah..ameen..
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 8:30 PM 2 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Tuesday, May 19, 2009
Sepi yang berpanjangan....
Assalamualaikum Warahmatullah...
Lama sungguh rasanya sudah x di update blog ni...bukan sajer dah bersawang entah entah dah tak de yang datang menjenguk. Yerlah, setiap kali page ini di buka, hanya bahan yang sama sahaja...
Sejak balik ke Malaysia pada 15 februari lepas, masa kian suntuk untuk peribadi sendiri. Maklumlah, bila dah ada di sisi keluarga, banyaklah programnya. Tambahan pada 23 Februari lepas, saya dah mula bertugas di sebuah Tadika yang memang agak best, tapi setelah sebulan seminggu bergaji di situ, rasanya lebih indah jika hanya berkhidmat untuk keluarga. Dan masuk minggu kedua pada bulan kedua bekhidmat, keputusan untuk berhenti disuarakan dan Alhamdulillah, hati ini lebih tenang begini. Bekerja memang seronok, apatah lagi bila berkhidmat dengan setulus hati, terasa setiap hari bagai dihargai, namun kini, biarlah Allah sahaja yang mengetahui dan membalasnya...Ameen.. Semoga ada peluang pekerjaan yang lebih menjamin juga lebih amanah pimpinannya buat ku.. Ameen Ya Robb..
Apapun, sepanjang berkhidmat, hati saya benar benar terhibur dengan keletah anak anak pintar itu, mereka bagai penawar duka di hati. Apabila terpandang wajah mereka dan kenakalan mereka, hati yang panas menjadi sejuk. Benarlah, di usia seperti mereka , mereka masih suci dari segala dosa... Rindu rasanya pada semua 'khalifah di atfal' terutama my khalifah... semoga mereka terus maju dan berjaya tanpa saya di sisi.
Dan pada akhir bulan lepas, perlawanan sukan telah berangsung. Selama 1bulan 3minggu saya bersama mereka dalam latihan untuk sukan, maka saya di jemput untuk menghadiri hari perlawanan di Sport Planet, Ampang walaupun ketika itu saya telah berhenti dari perkhidmatan saya. Alhamdulillah my team iaitu Yellow Team bergelar Juara keseluruhan. Tahniah buat Kak Zura yang memang sejak awal mendidik team kami dengan cukup dedikasi. Juga tahniah buat Kak Izan yang mengantikan saya sebagai ketua team tersebut, walaupun hanya berkhidmat untuk team selama seminggu lebih,namun kesungguhannya juga menjadi semangat team kami. Sekalung tahniah buat Lily dan Shasha yang bagi saya mempunyai costum baju yang cukup2222 comel...teringin rasanya nak pakai costum team mereka. Buat Kak Fizah tabahkan hati, kuatkan semangat di sisi 'abang teacher'...Buat Intan, biarpun kalah dalam perlawanan, namun hatinya tetap gembira di hari perlawanan kerana kehadiran insan tersayang. Buat semua, semoga kalian terus tabah dan sabar dengan ujian yang melanda. Kuatkan kaki yang melangkah penuh yakin di jalan Allah, kerana segalanya pasti tidak terlepas dari perhitungan Ilahi, sama di dunia mahupun di akhirat nasib kita pasti terbela. Yang penting terus keikhlasan, semoga ianya menjadi pemberat neraca timbangan kita di akhirat nanti....Ameen.
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 7:18 PM 3 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Thursday, February 19, 2009
Alhamdulillah ya rahman, ya rahhim... akhirnya 2 tahun mengembara ke lautan ilmu di bumi anbiya' Urdun, bertemu dengan noktahnya...seperti yang dirancang, 6 semester berlalu penuh dengan suka duka yang mendewasakan. Dan sebelum pulang ke tanah air, Ayah Mama dan Abang Qarnain (abg sulung) telah datang berkunjung ke rumah mewah Nailofar saya di Jordan. Sempat juga saya bawa mereka mengunjungi Damascus. Alhamdulillah. Alfu syurkan buat kalian yang sudi menjejak kaki ke rumah mewah saya di sana, walaupun di sana tiada sofa, tiada TV dan tiada banyak keperluan hidup. Sekurang kurangnya kehadiran kalian lebih memewahkan kasih sayang kami ahli bayt Nailofar dan kita sekeluarga...
Disini ada beberapa keping gambar ketika di jordan,iaitu di Aqobah dan Ashabul Kahfi:
Dan kini, saya mula bergelar penggangur tetap, merangkap suri rumah kepada kedua insan yang paling bermakna buat saya. Kehidupan yang mengajar saya erti kematangan dan mungkin sebagai persediaan sebagai seorang isteri yang entah bila waktunya.
Berbicara soal rumah tangga, tak lama lagi, pak cik saya akan bernikah di rumah saya, kemeriahannya telah saya rasai bermula sekarang. Alangkah indahnya berkumpul beramai ramai. Hampir 3 kali hari keluarga telah saya ponteng, atas alasan berada dirantauan, kini, perhimpunan keluarga bakal berlangsung lagi. Semoga semuanya berjalan lancar, Ammeen..
Juga buat teman seperjuangan, Aiman, Akmal, Attiyah dan Lailatul Asma yang sudah pun mempuanyai keluarga sendiri, tahniah buat kalian dan semoga berkekalan selamanya. Juga yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tak lama lagi iaitu buat teman bernama Izzuddin dan adik Baiti, semoga jodoh kalian di berkati Ilahi. Seronok rasanya bila mendengar perihal teman sepermainan, sepergaduhan dan seperjuangan mula mengorak langkah menempuh kehidupan baru, namun jauh disudut hati, terasa sedih. Mungkin bila tanggungjawab kalian bertambah, makin sempitlah ruang yang diperuntukkan untuk teman. Apapun, inilah lumrah kehidupan insani. Ini masa mereka, masa saya belum tiba, kalau dah tiba, pasti ada juga yang akan merasa kehilangan seperti yang saya rasakan, namun biarlah antara kita sentiasa di ikat dengan doa yang tidak putus. Pernah saya di ajar, bahawa doa yang cepat makbul adalah JUGA dari teman yang mendoakan sahabatnya tanpa sahabatnya tahu bahawa namanya terselit dalam doa tersebut. Maka, biarlah semua tidak tahu samaada saya, anda atau kalian mendoakan teman atau tidak. Yang penting marilah sama sama kita mendoakan agar ada juga doa yang diperuntukkan buat kita... seperti mana yang termaktub dalam kalam suci "wa kafa billahi syahida"...yang membawa maksud, "cukuplah Allah yang menjadi saksi"..
Buat masa ini, saya masih runsing lagi. Bosan betul menganggur. Pelbagai borang telah cuba di isi, rezekinya dimana, Allahu a'lam. Semoga diberi ruang yang cerah untuk terus ke medan dakwah. Esok, 21hb 2, saya bakal menempuh 1 lagi ujian kelayakan untuk satu jawatan yang mama terlalu inginkan untuk saya. Namun jauh di sudut hati saya, saya tertanya tanya, "kenapalah saya isi borang tu dari awal?" Yerlah, saya tak berapa berminat, keluarga juga tak menyuruh saya isi, semuanya saya pohon atas kehendak diri. Bila dah dapat ujian kelayakan, tak berminat pula...kurniakanlah kekuatan mu ya Allah...
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 9:48 PM 2 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Thursday, January 22, 2009
MENYINGKAP KENANGAN BERSAMA
Kali pertama menjejak kaki di bumi anbiya' ini...saya rasa terlalu gembira, maklumlah, anak tunggal perempuan ayah dan mama akhirnya dilepaskan juga untuk belajar sejauh ini. Kalau di rumah, nak ke kedai pun payah, namun kerana ilmu, saya dibebaskan untuk mencari haluan sendiri. Panjang rupanya langkahan kaki saya.Alhamdulillah...
Pada 4 September 2006, saya mula mengorak langkah mencari bekalan masa hadapan. Sepanjang 6 semester saya di sini, semuanya dirasai terlalu lama, namun bila tiba saat terakhir pencarian, terasa bagai tak percaya pula bahawa pencarian selama ini telah ditemui...Ya Allah, terima kasih buat MU kerana telah menghadiahkan saya kekuatan dan semangat untuk terus kukuh menghadapi banyak rintangan, dugaan, suka, duka dan pengalaman disini. Namun yang paling bermakna adalah ilmu yang saya kutip di sini. Tuhan sahaja yang tahu. Dari seorang yang terlalu jahil tentang tatabahasa arab, tidak mengerti hampir 80% kalimah Arab, akhirnya kini, alhamdulillah saya sudah mampu bertutur dalam bahasa Syurga ini walaupun tidak sehebat lisan kaum mereka. Saya bersyukur, sekurang kurangnya saya memiliki kebolehan berbahasa asing. Banyak lagi ilmu yang tidak saya kutip, banyak lagi pelajaran yang masih belum cukup untuk bekalan memulakan kehidupan tetap di tanah air. Namun, kehendak diri dan keluarga lebih penting. Insyaallah bumi Anbiya' ini akan di tinggalkan tidak lama lagi. Terasa gembira teramat sangat untuk pulang ke tanah tumpah darah pertama ini, namun jauh di sudut hati, saya begitu sayu untuk meninggalkan bumi bertuah ini. Universiti ini terlalu banyak berbakti buat saya sebagai medan ilmu. Doktor2 juga banyak menyumbangkan bekalan dunia dan akhirat, tidak ketinggalan sahabat handai yang banyak membantu...semoga jasa kalian mendapat perhatian dari yang MAHA ESA.
Selautan penghargaan , kasih sayang, syukur dan terima kasih buat insan teristimewa yang menemukan saya pada kehidupan didunia, iaitu Ayah dan Mama.Juga untuk abang Qarnain, abang Imraan, adik Izzul dan adik Haadie..kerana cinta, kasih dan semangat kalianlah, kaki ini semakin gagah melangkah mencari bekalan ilmu.
Buat ahli bayt, Dayah, Cheng, Cha2, Ida..kenangan bersama kalian akan tetap terpahat di hati ini buat selamanya...
Sahabat seperjuangan Aishah yang kita sudah pun selamat menjejak kaki di Malaysia terima kasih untuk semangat, nasihat dan dorongan. Buat ahli bayt Hambra' Nana, Ziana, Ku, Fifah n K.ita terima kasih yang tidak terhingga dalam menjadi jiran yang teristimewa. Buat adik2 KUSZA yang lain, Lutfi, Hanan, Epoi, Hadi, Khairullah, Khairul anuar, Fitri, Zam, Hanis, Aki, Ika dan Kinah...teruskan perjuangan kalian. Bawalah nama harum KUSZA ke merata tempat dan jangan biarkan ianya tercemar. Jaga diri, hiasi peribadi. Buat adik2 lain yang ramai lagi..Raja, Pijah, Odah, k.Long, Syima, Tikah terima kasih untuk segalanya...terima kasih untuk kasih sayang yang dihulurkan untuk akak selama ini... Buat adik Faiz dan Fudhoil yang selama ini banyak membantu, menjadi murakib, jadi teman, menjadi adik buat akak, terima kasih yang tidak terhingga...semoga akan datang dapat jumpa kakak yang jauh lebih sempurna. Buat pasangan bahagia, K.sa' dan Abang Fadli terima kasih atas bakti kalian selaku abang dan kakak selama saya hidup berjauhan dari keluarga tercinta. Buat aMz, Fiq dan Wan, terima kasih juga untuk kalian sebagai teman, sahabat dan segalanya. Terutama sahabat sepergaduhan status yang kini sudah berdamai, Fiq, terima kasih kerana banyak repair laptop ini. Juga buat teman arab yang banyak membantu Baro'ah, Dima, Samah, Sana' Abu Haikal, Asma' Qataunah, Ala', Amani,dan ramai lagi yang saya sendiri lupa nama mereka. Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian yang telah membuatkan hidup saya disini begitu ceria dan bermakna...
Buat tenaga pengajar selaku pembimbing saya di sini, K.syafa, Farhana, K.salma, Adib, Fudhoil, Ifwat, Us Said, Us.angah..semualah...semoga di berkati ilmu yang diberikan dan semoga ilmu itu sebati di hati ini...ameen...
Semoga tujuan dan matlamat kita disini akan tercapai...
Juga buat teman yang sama-sama dapat menamatkan pelajaran pada semester yang sama, tahniah buat kalian juga dan terima kasih atas bimbingan selama ini. Moga semakin cerah peluang dan perjalanan hidup kita di dunia dan akhirat...ameenn..
Semakin hampir tarikh itu, semakin tertanam rasa cinta dan rindu sedalam dalamnya pada penduduk,cara hidup dan persekitaran di sini. Semakin sukar rasanya untuk melangkah pergi. Semoga akan bertemu kembali..Yang terakhir,saya memohon kemaafan dari lubuk hati ini buat kalian semua yang pernah saya lukai atau berkasar bahasa atau apa sahaja yang mempu mengguris hati kalian secara sedar atau tidak, secara segaja atau tidak. Maaf yang tidak berpenghujung dan dipinta agar dihalalkan segalanya. Semoga Allah membalas segala jasa kalian..Ameen.
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 1:29 PM 2 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Sunday, December 28, 2008
Tag kali pertama
Salam, first time saya di tag. Pengalaman pertama yang Mr. Shinja tinggalkan untuk saya. Mulannya a liltle bit confius, sebab ada juga laman web TAGGED, saya ingatkan ada kaitan dengan 'tag' ini, rupanya tidak...
Begini rasanya di'tag' yer...saya rasa terpukau untuk menjawab segala persoalan sejujur mampu, sangkaan saya ianya sekadar penulisan biasa, namun ia mampu membuatkan saya sebak dan menitiskan airmata apabila mencari jawapan yang jujur lagi ikhlas....inilah jawapan dari lubuk hati saya. Maaf jika ada yang menyakiti sesiapa, saya sekadar jujur dalam menjawab..
1> Do you think you are HOT?
erm, i dont think so..coz, its not a summer sem now..its winter...i felt so cold day by day...
2> Upload your fav picture of you!!
3> Why do like that picture?
Coz i like the way she smile..she look so happy, yesterday i put dis pic as her desktop background...then she changed with another pic 4 minutes later...mybe she hate dis pic..but i luv it..sorry dear..!
4> When was the last time you ate pizza?
erm, pada 6 disembar 2008, masa tu di ampang KL, masa saya balik malaysia baru ni, semua blank xtau nak masak aper..sebab sibuk dengan persiapan nak sambut raya haji, so kami masak untuk raya lah...tiba waktu magrib, semua dah lapar, nak makan makanan untuk raya, cam x suprise plak, so we decided to buy KFC and order pizza. Kami oder chicken+mushroom pizza and vege pizza. ayah xleh makan chicken n meat, thats y kami belikan untuk ayah yang vege..
5> The last song you listen to?
Permataku- mirwana...i luv dat song so much...ada kenangan abadi di situ...setiap hari saya dengar lagu tu...dalam winamp list saya, hanya lagu tu yang saya simpan...maafkan saya...
6> What are you doing right know beside this?
makan coklat cadbury dairy milk..sebab tengah presure...tertekan n tengah merajuk dengan seseorang, kata orang coklat leh buat kita cool...thats y i ate it...harap nak cool, tapi macam xcool jer, rasa manis je coklat ni..
7> What name would you prefer besides yours?
KaK NaH, FaRauLaH, FaRauLaH HaLiB,
8> People to tag:
a- Auriss Haira
b- daiayaya28
c- S.Y.I.F.A
d- lutfys
e- Lensa MinDa
9> Who is number one?
member d irbid, bakal doktor, dulu, masa saya g karisma di irbid, saya tumpang umah dia lah..best..
10> Number three is having a relationship with?
Wif me!...Kawtsar Ainol Azhar..dia juga bakal doktor, belajar di indonesia,my best fwen since 1999 maybe..
11> Say someting about number five?
teman yang terlalu mencintai ukhuwwah fillah, menjaga kami 1 batch bagai saudara kandung, tapi sejak akhir2 ni sudah mendapat title baru, namun dia tetap sahabat. semoga apa yang dia sendiri perjuangkan 1 ketika dahulu masih segar di ingatannya.
12> What about number four?
adik junior kusza...budak sabah..seorang adik yang baik dah memahami...
13> Who is number two?
my housemate...nothing to explain..terlalu banyak..xtau mana satu nak dihurai tentang dia, lebih baik diam dari terus ter'vibrate'...
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 11:10 PM 13 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Saturday, December 27, 2008
Permataku
Merindui detik bersama disaat kalimah ini di ungkapkan di cuping telinga...biar halangan sebesar gunung, biar beribu meter jarak terpisah, biar di cemuh talian kita, biar bertahun membisu khabar, biar penghujung tidak bersatu, rindu ini tak kan pernah padam, kasih ini tak kan suram dan kau lebih mengerti erti suratan takdir...memadai disyukuri atas perkenalan yang tercipta..Alhamduillah..
Sunyi...selubungi malam
Mengusik minda yang terlontar jauh
Masih..hangat terasa
Tangan yang membelai
Yang mengusik manja
Daku damba kasihmu
Biar jadi pedoman
Buat penyuluh jalan
Ku gapai impian
Angin..kau nyanyikan lagu
Untuk permataku..tenang selalu
Bayu..sampaikan berita
Daku kini ceria
Aman dan bahagia
Selimutkan rinduku
Bersama malammu
Hadirlah.. kau dalam mimpiku
Agar kau selalu ada di sisiku
Rindu..belaian kasihmu
Rindu senyumanmu
Penawar lukaku
Dengarkan laguku
Hadiah untukmu
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya
Dikaulah cahaya
Bila malam menjelma
Kasihku..bawa ke Syurga
Dan redha Yang Esa
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 11:23 AM 1 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Wednesday, December 24, 2008
Pergi dan pulang
Terlebih dahulu kata maaf dipohon sepenuh hati atas kelewatan update blog ini juga maaf di pinta kerana lama membisu. Ramai yang menghubungi saya melalui SMS, email, Yahoo Messenger dan tak kurang juga,yang apabila bersua muka terus menyembur saya dengan mengatakan saya sombong, atas kepulangan yang tidak dimaklumkan ini. Sebenarnya, bukan niat dihati untuk merahsiakan apatah lagi berdusta, sebaliknya semuanya berlaku terlalu pantas tanpa dirancang dengan rapi. Saya sendiri bagai tidak percaya dengan apa yang terjadi. Keputusan untuk pulang diambil setengah jam sebelum tiket dibeli. Pergi dan pulang selama 15 hari bagai perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Keluarga saya sendiri ramai yang terkejut, hatta abang saya sendiri mengetahuinya apabila terlihat kelibat saya di KLIA.Maka disini, diharap sahabat handai yang merasakan kehilangan saya (jika terasalah...)maaf dari lubuk hati ini...
Bagai tidak percaya, Raya kali ini saya menyambutnya dengan keluarga...walaupun raya haji, namun tetap bahagia rasanya. Kami membuat lemang, ketupat palas,rendang ayam, kuah kacang, erm, best sangat. Ada yang sibuk membasuh kereta, mengemas rumah, menggosok baju raya dan ayah saya pula, sekadar menanti semuanya selesai sambil menonton televisyen. Inilah masa untuk ayah berehat. Anak anak ayah dah besar, biar kami pula berbakti untuk ayah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan terlalu bahagia.
Tiba masa untuk kursus,pelbagai pengalaman yang dapat di ambil dari situ. Sesi pagi di mulakan dengan memberi pendapat dalam bahasa inggeris, sesi kedua pula kami berdebat dalam bahasa penjajah dan akhirnya petang itu di isi dengan latihan fizikal untuk memantapkan kudrat kami selaku anak muda. Untuk berjaya ke peringkat seterusnya, saya hanya yakin dengan apa yang Allah tentukan buat saya. Moga ada hikmah yang besar di sebalik semua ini.
Berkisar tentang sekembalinya saya ke bumi Mu'tah ini,seperti biasa, sibuk dengan exam dan bahas. Amat memeningkan, namun inilah kenangan manis yang akan di kenang apabila berjauhan nanti...Aidilahda disambut dengan meriah di sini. Namun ahli bayt terasa kesunyian kerana kehilangan 2 orang ahli di pagi raya. Maaf. Kami meninggalkan kalian demi tanggungjawab. Baru baru ini juga, saudari Mu'tah kami telah menamatkan zaman bujangnya dengan menyandang pangkat Puan Asma' Bt Othman, Alfu Mabruk kepada beliau, di doakan agar jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat dengan bahagia..ameen.
Kini, fatrah baru sedang bermula. Kami perlu bersiap sedia untuk mengorak langkah menempuh alam peperiksaan final. Persiapan perlu mantap. Sebagai pelajar semester akhir, inilah waktunya untuk saya bertungkus lumus. Di harap kepada semua pembaca agar dapat mendoakan kami semua di sini agar dapat berjaya dengan cemerlang. Bi'iznillah...wassalam.
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 5:08 AM 8 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Wednesday, December 3, 2008
Insyaallah...
Salam semua...tadi adik saya mesej suruh online...katanya, mama nak chat...saya terus berlari ke laptop...setelah menghubungi, kata mama, pulanglah jika berkesempatan...
Baru baru ni, saya telah ditakdirkan lulus dalam suatu peperiksaan memohon jawatan kerajaan. Alhamdulillah...Dan selanjutnya, saya diminta hadir untuk menduduki satu kursus Assesmennt Centre di INTAN Terengganu pada 12 disember 2008 demi penilaian lanjut untuk melayakkan saya menjawat jawatan yang dipohon...namun malangnya, saya masih di rantauan...
Kebetulan pada 5hb-13hb kami di Jordan bercuti demi menyambut Raya Aidil Adha...maklumlah, Arab lebih meraikan Raya Haji...seminggu kami bercuti..Raya AidilFitri dulu cuma 3 hari. Mujur raya hari tu jatuh pada hari rabu, maka dapatlah dicampur dengan cuti hujung minggu...jika raya jatuh pada hari ahad, pastinya kami bercuti sehingga rabu sahaja...huhu..
Sekarang ni saya masih bingung..nak balik atau tidak, mama kata, kawan dia cakap kursus itu jika di tangguh maka akan bermula dengan mengambil peperiksaan semula,kata mama juga, rugi sangat, sebab jawatan itu bukan senang untuk dipohon lagi.. kata kawan saya pula, kelulusan peperikssan itu adalah selama 5tahun...Jika tidak menghadiri kali ini, boleh hadir kursus akan datang, tapi dengan syarat dimaklumkan terlebih dahulu...Malang sekali lagi, tiket hanya ada pada 8hb dan return pada 13hb...tenysennyer...dahlah ada exam juz 25 pada 14hb...16hb pula ada 2 paper...bingungnya...
Saya sebenarnya tak risau mana tentang jawatan itu...bagi saya rezeki ada di mana mana...terlepas peluang tu, peluang lain insyaallah ada,klo xde tu, hikmahnya banyak sangat... rasa rugi benar membuang RM4700 untuk hadapi 1 exam di Malaysia dan hanya ada 5hari jer untuk ada bersama keluarga..peningnya...dah lah saya dh nak habis belajar...insyaallah akan tamat belajar pertengahan Januari...kiranya akhir januari atau awal februari nak balik mesia dah...erm, tahlah...tapi tujuan saya yang utama jika saya balik adalah untuk melihat ayah..hanya itu yang penting bagi saya....entahlah,sejak akhir2 ni, risau pula dengan kedaaannya. Ayah sakit...mukanya bengkak atau senget mungkin...entahlah,tak tahulah...ayah macam susah sangat nak pandang webcam sejak akhir akhir ni...apa yang di sembunyikan, saya pun tak tahu..mungkin tak nak saya risau kot...
Bertanya pada adik beradik, katanya semua okay saja...mama juga kata begitu...mama suruh doakan semuanya okay...tak ada sakit yang teruk pun katanya. Cuma ayah jatuh di mana entah 2 minggu lepas, dan dari situ, mungkin berpuncanya bengkak itu...Kata semua, bengkak ayah semakin surut...namun entahlah..hati seorang anak..apa yang mampu saya buat saat ini,hanyalah berendam air mata dalam tawa gembira di hadapan sahabat handai...sambil tu, saya berdoa..moga semuanya berjalan lancar..saya kena tabah...saya tak nak emosi mengganggu keputusan peperiksaan saya...saya kena capai target yang saya sendiri tetapkan...saya ingat nak buat solat istikhoroh dulu, untuk fikirkan mana yang terbaik..insyaallah..
Maka disini, saya meminta jasa baik semua yang membaca, tolong doakan agar ayah saya sihat walafiat dan cepat sembuh...doakan juga agar keputusan yang saya ambil adalah keputusan yang tepat...insyaallah..
Terima kasih atas segalanya....
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 10:39 AM 11 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Saturday, November 29, 2008
DISEBALIK NAMA ITU....
Masa kecil dahulu, saya terlalu bangga dengan nama itu...ke mana pergi,nama itu yang saya berikan jika ditanya. Namun, bila melangkah ke darjah satu, terdengar nama kawan yang lebih menarik, timbul rasa cemburu di hati...teringin rasanya mempersoalkan kepada mama, kenapa nama itu yang dipilih...? Tetapi didiamkan sahaja kerana khuatir nanti akan terusik hati seorang ibu...bukankah itu satu pemberian..kenapa perlu dipersoalkan?
Masuk ke darjah 3, saya mula belajar tentang Sirah Nabawiah..kata Muallimah Azlina, Nama wanita agung yang telah melahirkan manusia agung iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah Aminah juga...Muallimah turut memuji nama saya di dalam kelas...berbunga rasanya di hati ini...pulang dari sekolah, saya ajukan persoalan yang sekian lama dipendamkan kepada mama..Namun soalan saya yang bernada gembira tidak melukai hati mama.
Jawab mama.."ayah suka sangat nama tu, sejak tahu mama mengandungkan anak perempuan lagi ayah telah menyimpan hasrat menamakan amienah dengan nama Siti Aminah." Oh, nama itu memang milik saya sejak dalam kandungan lagi...? Kata mama lagi, mama dah cakap nak tukar pada nama lain..namun ayah tetap berkeras mahukan nama tersebut. Sanak saudara juga turut berkumpul untuk membincangkan nama saya...antara nama yang telah ditapis oleh ayah adalah:
1- Wardah (diambil sempena nama kedua mama anugerah atuk ketika mama kecil)
2- Raudhah (hasil persepakatan keluarga kembangan, barangkali...)
3- Amalina (yang membawa maksud harta kami-memandangkan saya anak perempuan pertama, nama ini cadangan dari seorang ustaz)
Namun, nama ini adalah sekadar tapisan dari ayah, bila di suruh pilih, ayah tetap memilih Siti Aminah...
Tiba saat 6 November, saya dilahirkan dan saya mula dipanggil dengan nama Aminah. Kata makcik makcik, mama sampai merajuk dengan ketegasan ayah yang tidak mahu mengubah nama itu. Sejauh mana kebenarannya tidak pula mama khabarkan pada saya, malu mungkin. Melihat keadaan ayah yang selamba dengan ketegasannya, akhirnya mama mengalah. Mama mencadangkan nama baru iaitu Amienah. Bukan lagi Siti Aminah. Ayah tersenyum, katanya, "apa apa sahaja asalkan ada bunyi Aminah"... dan pagi esoknya nama saya didaftarkan dan di saman kerana kelewatan membuat mendaftar kelahiran. Sejak mengetahui begitu sekali 'perjuangan' ayah mempertahankan nama saya, saya mulai menyintai nama saya sepenuh hati...
Dan kini, saya sudah sampai ke Tanah Arab, di mana di bumi ini, terkenal dengan sejarah para Anbiya'...setiap kali kehadiran saya di ambil ketika di dalam kelas, bangga rasanya. Doktor2 jamiah mudah menyebut nama saya dan selalu pening membaca nama sahabat saya..berkawan dengan masyarakat arab pula, seronok rsangat. Mereka bukan sahaja memuji nama saya, malah mudah mengingatinya. Dan kebetulan, hanya seorang sahaja Amienah Malayzi yang ada di Mantiqah Mu'tah ni... maka nama saya agak popular dikalangan mereka...Alhamdulillah..
Faraulah bermaksud Strawberry...nak kata saya suka strawberry, tak juga..sebab saya belajar makannya secara acap pun di sejak sampai di Jordan. Di Malaysia dulu, kalau mama pergi Cameron beli tu, saya buat tak tahu jer...bila dah lembik saya buat shake jer...nak makan mentah macam tu, tak berminat pulak...Nak kata saya minat Pink tak juga, sebab warna kegemaran saya adalah Ungu, kedua Biru dan ketiga barulah Pink...Tapi kenapa yer saya pilih nama tu?..entahlah, saya pun tak tahu...Erm, mungkin kerana ianya adalah anugerah dari seorang sahabat kot dari Mesir (Mal-bukan nama sebenar..hehe)...dia memanggil saya dengan nama Faraulah _ _ _ _ _. Hehe...sekadar mengimbas kenangan kot. Dan sejak itu rasanya semakin serasi dengan nama tu..Namun itu sekadar nickname dalam internet...Nama yang istimewa tetap Amienah...hehe...
Apa ertinnya...? Kalau tengok kamus, maksud mendikit tu lebih pada berdikit iaitu sedikit...tapi kenapa pula "sedikit redho"kan? Sebenarnya mendikit tu juga boleh di ta'rifkan sebagai menggamit dan menggapai. Maksudnye " menggapai atau menggamit redho Allah"
Erm, sebenarnya nama itu sempena tema majlis perpisahan kami (pelajar Sekolah Menengah Al-Hidayah tingkatan 4 uthman)... di hujung tahun tu. Kalau tak silap, nama tu atas cadangan Paksu( Muallim Azrulfazli). Majlis tu berlangsung sebelum exam untuk menggamit redho allah dan menggapai restu guru2 kami ketika itu...Dan sejak keluar dari sekolah tu, kami semua membawa haluan masing2...dah susah nak berhubung, rindu juga dengan hubungan dahulu...sebab tu di letak nama tu. Lagi pun, jika ada kawan kawan 4Uthman dulu yang teringat nama tu, dan jika mereke terfikir untuk menaipnya dalam google mungkin atau yahoo ke, pasti akan tersambung semula ukhuwah yang pernah terpisah..hehe...begitulah ceritanya.. dan saya juga ada satu lagi nickname yang saya minati, berkaitan dengan benda. Bukan buah2 lagi dah..hehe... Setakat ini saya hanya akan guna nama itu jika saya tidak mahu dikenali secara cepat...contohnya apabila saya memasuki blog orang dan meninggalkan komen...nak guna nama tu di sini cam malu..mungkin bila dah sampai malaysia baru nama tu di komersialkan kot..hehe..
Dia cakap.."apa lah, harumlah.., naiflah waraklah..hehe..."
di maklumkan di sini, itu sekadar rekaan dari satu laman web sahaja. Saya sekadar letak nama di situ dan di tafsirkan nama saya mengikut apa yang di tulis dalam blog tu...sesajer jer ...sekadar hiburan untuk diri sendiri, dan mungkin dari situ, jika ada yang membacanya, barangkali akan menjadi doa...so,tolong jangan salah faham... Kalau korang nak, korang leh test gak...tapi cari lah laman webnya sendiri..sebab saya pun xtau nak buat macam ner...kawan saya yang tolong buatkan...hehe..tapi kalau betul2 berminat leh tanya saya, nanti saya tolong tanya kawan saya tuh..hehe..
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 2:06 AM 2 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Saturday, November 15, 2008
SaNaH HeLwa Ya JaMiL..!!
Kek Yang Ziana dan Ahli baytnya hadiahkan...
Alhamdulillah pada tarikh 6 November baru ni, saya dah masuk umur 23 tahun. Bila tiba hari ulang tahun kelahiran, mesti semuanya gembira sangatkan?..Biasanya waktu ni, kita akan dapat hadiah, dapat ucapan...orang orang tersayang pasti akan teringatkan kita. Namun bagi saya, hari ulang tahun ni tak lain tak bukan adalah peringatan dari ILAHI bahawa ajal kita semakin hampir..semakin hampir rupanya dengan kematian. Takut pula rasanya...amalan macam tak bertambah,dosa pula yang semakin membiak...Hhhmmm, apalah amalan yang dibawa yer?? teringat pula ayat dari QURAN yang mafhumnya :
" bila datang maut pada seorang daripada kamu, maka tidak dilambatkan waktu, dan tidak juga dicepatkan"..ya allah, berilah keampuan mu..
Namun, tidak salah jika hari mulia ini kita raikan kan?? Tarikh lahir saya sama dengan tarikh lahir abang sulung. Abang dilahirkan pada 6 N0vember 1990, jarak kami cukup cukup 5tahun, selalu masa nak celebrate birthday, kami akan pergi makan malam beramai ramai di Parkeeza Ipoh...Yang bestnyer kat kedai tu ada pak cik yang boleh dendangkan makan malam kami dengan bermain piano...bila time birthday, best sangat pergi situ. Sebab kami boleh minta di mainkan lagu "happy birthday" guna piano...waktu tu,semua orang di kedai tu pun akan ucapkan selamat pada kami berdua bersama iringan mainan piano...wah, best sungguh masa tu...rasa bagai puteri...semua orang sayang!! Tapi itu zaman dulu...zaman kanak kanak. Kini dah besar, kami terbiasa dengan sekadar ucapan, pelukan dan kucupan mesra dari keluarga. Itulah yang paling bermakna dari segalanya. Namun kini, saya berjauhan dari keluarga...Tanpa kucupan dan pelukan mereka, terasa sunyi di hari bahagia...Kawan kawan ada di depan mata, namun mereka tidak mampu mengatasi kehangatan pelukan saudara sendiri. 2 tahun dirantauan, yang kebetulan membuatkan saya menyambut hari lahir 2kali tanpa mereka disisi.
Kini tiba lagi 6 November. Sambutan kali ketiga dirantauan. Apalah erti hari bahagia ini??? Tiba maghrib 5 Nov, saya mula duduk di jendela, merenung kegelapan malam, mencari kelibat bulan yang belum berhias untuk menjelmakan diri. Selepas solat, saya kembali ke jendela, terlihat sahaja sinar bulan, terdetik hati ini mengingati saat manis di Parkeeza dahulu. Jauh di sudut hati, saya mengucap kalimah alhamdulillah dan berdoa sepanjang lebar yang mampu sambil menadah tangan. kesunyian dan kesepian bilik ini (roommate keluar), membuatkan kekusyukan saya semakin asyik...setelah puas merayu doa, merintih dan menagih kemaafan Ilahi serta memohon apa yang patut, baru tersedar, pipi ini sudah lenjun, tudung juga sudah kebahasan...Ya allah, manisnya berbicara dengan Mu..airmata sendiri mengalir pun sudah tidak lagi disedari...
Tiba jam 12 malam- 6 Nov, ramai yang mula memberi mesej selamat, termasuk abang sulung...gembira hati ini. Abang turut menghadiahkan saya duit dalam akaun bank..banyak sangat yang diberi. Terkejut rasanya...katanya termasuk duit raya..Alhamdulillah..
Malam itu, saya sengaja stay up. Konon nak study, tapi baca apa pun tak masuk..mungkinkah rindu yang sedang bersarang di dada menggangu tumpuan ku? Tiba jam 1 pagi (6pagi Malaysia), telefon berdering, riangnya hati...tertera nama "Lovely Mama"...riang teramat riang, sebak mendengar suara mama dan ayah mendendangkan lagu "happy birthday" dari corong telefon...ceria sungguh kami berbual, hati yang gelojak gembira sudah dapat dikawal, namun senyuman masih tidak lekang dari bibir...Ya allah, terima kasih Allah, kerana Kau kurniakan aku ibubapa seperti mereka...Alhamdulillah..puas berbual, talian diputus hati ini mulai berbunga dan malam itu, saya boleh stay up sampai pagi. Maklumlah, sepanjang 2 tahun berjahuan, mama tak pernah call saya... mama pakai Celcom bil. Mana boleh call oversea kalau tak buat Roaming..? so, kalau ada apa apa, saya lah yang call. Kata mama, lagi 5hari mama nak ke Sweden dan mama baru sahaja aktifkan roaming.Kalau saya tahu mama nak call, pasti saya record...hehe..
Selepas isya' 6-Nov, saya mengikuti program perasmian TDI(Tour De Ilmi-lebih kurang macam USRAH). Perasmian merangkap TDI pertama kami dalam oranisasi pemerintahan baru. Kebetulan, kami 1 rumah(bayt Nailofar) dijadualkan membuat persembahan sajak...saya juga tak lepas peluang mengambil bahagian. Maklumlah, ini kali pertama kami berkumpul perempuan sahaja, bila lagi nak tunjuk bakat kan??Lawak sungguh rasanya, sehingga sekarang, nama, gaya dan cara penyampaian saya teru terusan menjadi buah mulut sahabat, TERUTAMA ahli bayt..hehe,malu sangat..namun semuanya terus berlalu. Biarlah jadi sejarah yang indah di hati ini selamanya...Tamat perasmian dan persembahan, kami di menonton 1 tayangan, sebelum bermula tayangan, tiba tiba pengerusi majlis bangun dan mengajak sahabat handai yang lain menyanyikan lagu selamat untuk saya...terharu rasanya...semua menyanyi sambil melihat saya dengan pandangan ceria, gamat suara mereka...terasa hangat di pipi menahan sebak bercampur gembira dan malu. Pertama kalinya di perlaku begini...Alhamdulillah Ya allah, kerana Kau kurniakan aku sahabat seperti mereka....
Dan hari ini, 15 Nov, saya meraikan ulang tahun kelahiran ini bersama teman sebilik, Nor Aishah Rais. Kebetulan hari lahirnya 4 hari selepas hari bahagia saya. Majlis simple teramat simple. Sekadar mee kari, agar agar, nasi kunyit dan kentang goreng. Ditambah teh panas...maklumlah, musim sejuk, tak kan nak minum ais..? Majlis sekadar mengabungkan rumah ini(bayt Nailofar) dan rumah depan (bayt Hambra'). Kek yang saya tempah dari Ziana menjadi hadiah darinya sempena hari lahir kami. dia tak nak di bayar pula... Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah..
Majlis berjalan lancar, kami makan, menyanyikan lagu selamat, bermain, bergurau,bergelak ketawa dan sembang bagai lama tak jumpa. Segalanya bersama..Indah sungguh malam ini...Terima kasih adik adik ku....terima kasih ahli bayt Hambra'- Ku Mawaddah, Ziana, Nana, Fifah, Neji, Odah, Pijah... terima kasih ahli bayt Nailofar- Cheng2, Dayah, Ida dan terutama teman sebilik- Nor Aishah Rais... kasih sayang kalian akan terus di ingati...
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 1:09 PM 4 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH
Saturday, November 8, 2008
ALFU MABRUK!!!!
Posted by aMieNaH riDZwaN @ riDZ at 1:17 PM 2 comments
Labels: KiSaH FaRauLaH