Monday, November 30, 2009

Persoalan tentang Zakat

Dalam artikel saya mengenai Zakat Emas dan Perak, ada seseorang yang sudi bertanya soal hukum berkaitan dengan zakat pada saya melalui komen. Terima Kasih. Tiga soalan di ajukan, dan saya rasakan bahawa, menjawabnya melalui artikel lebih menarik daripada menjawab dalam komen. Maklumlah, jawapannya agak panjang. Saya juga tidak menjanjikan jawapan yang tepat, namun saya sekadar mengutarakan pendapat saya berdasarkan ilmu di dada, sekiranya ada yang silap atau tidak tepat, mohon maaf dan bolehlah menegur dengan sopan...terima kasih.


SOALAN 1 :
" katakan seseorang itu pernah mempunyai simpanan dalam akaun RM22k tetapi belum membayar zakat dan dari tahun ke tahun duit tersebut telah susut. Jadi wajarkah membayar semula qada zakat? "

Membayar zakat semula, setelah mengabaikannya merupakan tindakan men'qada' zakat. Mengenai hukum qada zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib tetapi tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Qada zakat bermaksud bayaran zakat yang diterima pada tahun semasa tetapi untuk bayaran zakat yang tidak dibayar pada tahun-tahun yang sebelumnya. Beberapa pegawai Zakat ketika diaju pertanyaan mengenai perkara tersebut menjelaskan, sekiranya mereka ditanya tentang qada’ zakat maka mereka akan menerangkan tentang kewajipan membayarnya kepada orang yang bertanya (berdasarkan pendapat dalam kitab fiqh dan amalan semasa). Sungguhpun begitu mereka tidak memaksa orang yang bertanya membayarnya sekaligus, tetapi menasihatkan mereka mendahulukan bayaran zakat semasa dan sekiranya mampu mereka boleh membayar zakat yang tertunggak itu secara beransur-ansur.

Namun ditinjau dari sudut fatwa pula, setakat ini tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri-negeri atau Kebangsaan membincangkan tentang hukum qada’ zakat. Kemungkinan ia tidak difatwakan kerana hukum qada zakat adalah jelas sebagaimana termaktub di dalam kitab-kitab fiqh.

Kesimpulannya di sini, hukum qada zakat adalah wajib, namun lebih perlu di utamakan zakat semasa, bukanlah zakat tunggakan. Jika berkemampuan, zakat yang tertunggak bolehlah di keluarkan walau secara ansuran.

SOALAN 2
"bagaimana dengan pengiraan zakat kwsp pula?"

Zakat KWSP dikenakan apabila dikeluarkan apabila genap umur persaraan atau deposit membeli rumah dan sebagainya. Jumlah yang dikeluarkan perlu didarabkan dengan kadar zakat 2.5 peratus... Setahu saya, jika ianya tidak di keluarkan, maka tidak perlu di keluarkan zakat kerananya...Namun sebaik sahaja dikeluarkan, wajib digunakan 2.5% dari jumlah pengeluaran untuk mengeluarkan zakat...Sebaik sahaja dikeluarkan wang tersebut, barulah bermula hukum wajib zakat keatas harta itu. Ini pendapat peribadi saya. Maafkan saya jika tidak tepat.


SOALAN 3

"Soalan terakhir, kategori manakah yg patut membayar zakat sekiranya setiap bulan hanya tinggal amaun yang sedikit sahaja untuk belanja sebulan (maksud saya zakat pendapatan) setelah ditolak pembayaran bulanan dan komitmen lain.."

Zakat wajib dikeluarkan apabila kita mempunyai lebihan harta selama tempoh yang di tetapkan iaitu setahun dan dengan kadar wajib yang ditetapkan. Jika harta tidak mencukupi, maka gugur hukum wajib zakat keatasnya...sebaliknya boleh melayakkan diri menjadi calon layak menerima zakat. Lagipun 'haul' (tempoh) wajib zakat adalah setahun bersamaan dengan 354 hari dalam kalendar hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Zakat yang wajib bukanlah di keluarkan mengikut bulan. Oleh sebab itu, bagi golongan yang kurang pendapatan, maka gugurkan padanya zakat pendapatan dan yang wajib baginya zakat fitrah sahaja.

Semoga jawapan ini menjawab tepat kepada persoalan yang diutarakan...Insyaallah...




6 comments:

Anonymous

Salam boleh saudari ulaskan tentang golongan yg tak mampu bayar hutang tapi kita guna duit yg kita zakat kan utk bantu selesaikan hutang contoh pinjaman pelajaran

Anonymous

Salam boleh saudari ulaskan tentang golongan yg tak mampu bayar hutang tapi kita guna duit yg kita zakat kan utk bantu selesaikan hutang contoh pinjaman pelajaran

aMieNaH riDZwaN @ riDZ

insyaallah, saya cuba, tapi soalan tak fahamlah...

maksudnye soalan awak tu, kita tlg org bayar hutang, adakah itu dikira zakat ker?

jika itu maksud soalan tu, pendapat saya, boleh. ini kerana 'gharimin'(org berhutang) adalah 1 antara 8 golongan(asnaf) yang layak terima zakat. tapi dengan syarat
1- org tu mmg tak mampu nak bayar balik pnjmn tu
2- peminjam tu dah menuntut bayaran semula.
3-pnjaman itu bertujuan pada perkara2 yg harus dlm islam (tiada unsur pnjaman pd kemaksiatan atau kejahatan)

wallahua'lam

Anonymous

Terima kasih atas jawapan yg diberikan. Ketiga2 syarat itu bertepatan cuma andai berpegang pada pengakuan hamba Allah terbabit yg beliau ada komitmen lain dan menyebabkan bayaran hutang tersebut belum dpt diselesaikan adakah dia dikategorikan sbg yg tak mampu bayar hutang? Terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu. Semoga Allah memberkati niat suci kita semua.

Anonymous

Saudari mcmana dgn zakat kwsp yg ingin dikeluarkan memang perlu byr zakat kwsp atau kita gunakan utk dizakatkan kpd golongan yg memerlukan.

Mak Su

tq dgn perkongsian maklumat zakat ni

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP