Thursday, February 19, 2009

Alhamdulillah ya rahman, ya rahhim... akhirnya 2 tahun mengembara ke lautan ilmu di bumi anbiya' Urdun, bertemu dengan noktahnya...seperti yang dirancang, 6 semester berlalu penuh dengan suka duka yang mendewasakan. Dan sebelum pulang ke tanah air, Ayah Mama dan Abang Qarnain (abg sulung) telah datang berkunjung ke rumah mewah Nailofar saya di Jordan. Sempat juga saya bawa mereka mengunjungi Damascus. Alhamdulillah. Alfu syurkan buat kalian yang sudi menjejak kaki ke rumah mewah saya di sana, walaupun di sana tiada sofa, tiada TV dan tiada banyak keperluan hidup. Sekurang kurangnya kehadiran kalian lebih memewahkan kasih sayang kami ahli bayt Nailofar dan kita sekeluarga...

Disini ada beberapa keping gambar ketika di jordan,iaitu di Aqobah dan Ashabul Kahfi:








Dan kini, saya mula bergelar penggangur tetap, merangkap suri rumah kepada kedua insan yang paling bermakna buat saya. Kehidupan yang mengajar saya erti kematangan dan mungkin sebagai persediaan sebagai seorang isteri yang entah bila waktunya.
Berbicara soal rumah tangga, tak lama lagi, pak cik saya akan bernikah di rumah saya, kemeriahannya telah saya rasai bermula sekarang. Alangkah indahnya berkumpul beramai ramai. Hampir 3 kali hari keluarga telah saya ponteng, atas alasan berada dirantauan, kini, perhimpunan keluarga bakal berlangsung lagi. Semoga semuanya berjalan lancar, Ammeen..
Juga buat teman seperjuangan, Aiman, Akmal, Attiyah dan Lailatul Asma yang sudah pun mempuanyai keluarga sendiri, tahniah buat kalian dan semoga berkekalan selamanya. Juga yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tak lama lagi iaitu buat teman bernama Izzuddin dan adik Baiti, semoga jodoh kalian di berkati Ilahi. Seronok rasanya bila mendengar perihal teman sepermainan, sepergaduhan dan seperjuangan mula mengorak langkah menempuh kehidupan baru, namun jauh disudut hati, terasa sedih. Mungkin bila tanggungjawab kalian bertambah, makin sempitlah ruang yang diperuntukkan untuk teman. Apapun, inilah lumrah kehidupan insani. Ini masa mereka, masa saya belum tiba, kalau dah tiba, pasti ada juga yang akan merasa kehilangan seperti yang saya rasakan, namun biarlah antara kita sentiasa di ikat dengan doa yang tidak putus. Pernah saya di ajar, bahawa doa yang cepat makbul adalah JUGA dari teman yang mendoakan sahabatnya tanpa sahabatnya tahu bahawa namanya terselit dalam doa tersebut. Maka, biarlah semua tidak tahu samaada saya, anda atau kalian mendoakan teman atau tidak. Yang penting marilah sama sama kita mendoakan agar ada juga doa yang diperuntukkan buat kita... seperti mana yang termaktub dalam kalam suci "wa kafa billahi syahida"...yang membawa maksud, "cukuplah Allah yang menjadi saksi"..
Buat masa ini, saya masih runsing lagi. Bosan betul menganggur. Pelbagai borang telah cuba di isi, rezekinya dimana, Allahu a'lam. Semoga diberi ruang yang cerah untuk terus ke medan dakwah. Esok, 21hb 2, saya bakal menempuh 1 lagi ujian kelayakan untuk satu jawatan yang mama terlalu inginkan untuk saya. Namun jauh di sudut hati saya, saya tertanya tanya, "kenapalah saya isi borang tu dari awal?" Yerlah, saya tak berapa berminat, keluarga juga tak menyuruh saya isi, semuanya saya pohon atas kehendak diri. Bila dah dapat ujian kelayakan, tak berminat pula...kurniakanlah kekuatan mu ya Allah...

2 comments:

pakDean

terima kasih banyak2 amienah! doakan kami berjaya melayari bahtera ini dengan jayanya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah... terima kasih banyak2!
kalu ade kesempatan, datang la yer.. doakan yg terbaik untuk kami..

disampaikan salam dari bakal isteri saya, nik nurbaiti mohd badarudin dgn ucapan assalamualaikum wmh

www.mywedding.com/izzuddinbaiti

pakDean

jazakillah banyak2 kawan.. mienah, doakan kami berjaya melayari bahtera perkahwinan ini dengan jayanya mengikut acuan Allah dan RasulNya.. doakan kjuga rezeki kami dimurahkan dan segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah SWT.. jazakillah..

ada masa nanti datang la kenduri kami yer..

disampaikan salam bakal isteri saya, nik nurbaiti mohd badarudin dengan ucapan assalamualaikum wmh

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP