Tuesday, August 11, 2009

BiHuN KuNinG aYaH

Semalam, ayah cakap, dia teringin nak makan bihun. Saya cakap, nanti saya masakkan. Kemudian ayah tersenyum sinis. Saya tanya kenapa ayah senyum begitu. Katanya "boleh ke kak nah buat? ayah nak bihun macam di kedai". Di minda ni dah bayangkan dah cara nak masak dan bahan bahannya. Alah, bukannya susah sangat, sebab kata ayah, dia suka yang di kedai kerana warna bihunnya yang kekuningan. Nak kuningkan bihun je dah dapat level di kedai...kira cam senanglah kan. Saya sahutlah cabaran senyuman sinis ayah yang menunjukkan bahawa saya tak mampu nak buat.
Petang tu saya cuci kereta ayah n abang,tetiba mama ajak drivekan dia ke kedai fotostat belakang kawasan rumah ni untuk dia fax surat penting. Saya pun capai kunci kereta dan terus start kereta. Sampai di kedai mama turun dan kembali semula ke kereta setelah fax berjaya dihantar. Setiba di dalam kereta, mama bertanyakan menu makan malam, saya cakaplah yang saya nak buat bihun sup. Kemudian mama minta diturunkan di kedai JS Store untuk beli bahan membuat bihun. Kebetulan bersebelahan dengan kedai JS tu ada restoren. Sebagai langkah mudah, mama terus beli bihun sup di restoren tersebut dan niat saya untu masak berkubur. Saya segera memandang wajah ayah yang turut ikut temani kami, nyata senyuman sinisnya milik saya. Mungkin bagi ayah saya cuma pandai cakap je nak buat bihun sup. Saya tanya mama, kenapa mama beli yang dah siap,kerana saya sudah sedia nak masak. Kata mama, "senang". Tapi bagi saya mungkin mama juga seperti ayah yang tak yakin saya boleh buat sendiri.

Hari ni, tetiba ayah mintak lagi bihun sup. Kebetulan depan rumah ada pasar malam, saya bercadang nak beli. Kata ayah dan mama, mereka suruh saya masak. Pelik, saya nak masak disuruh beli, nak beli disuruh masak. Namun seperti biasa saya hanya menuruti kehendak mereka. Bila semuanya siap, saya panggil mereka untuk menjamu selera, dan inilah yang saya buat...



Ada taugeh celur, sawi celur, sup ayam, bawang goreng, daun sup, daun bawang, asam limau, cili merah, cili padi berkicap dan cili jeruk pun ada. Nampak macam nyum3...tapi rasanya, entahlah. Mulanya saya confident, tapi bila ayahmana sendiri tak yakin dengan saya, saya jadi kondifen je..ilang sudah confident nye....


Apa yang penting, bihun kuning ni ada. Bihun ni je yang saya harap sangat menjadi, sebab itu yang ayah idamkan semalam. Banyak juga yang ayah makan. Best pulak rasanya bila dah tunaikan pemintaan org tersayang. Ayah tanya," macam mana kak nah buat bihun jadi kuning?" Saya dengan nakal menjawab " kak nah jampi abrakadabra, tetibe je jadi kuning.." Mereka tertawa, mama pastinya dah tau cara saya menguningkannya,tapi saya biarkan ayah terus berteka teki. Kesian ayah,hehe. Mereka takkan puji masakan saya, mereka akan komen je kalau xsedap. Tapi tadi mereka diam...so, saya fahamlah...heheh...Burrpp...Alhamdulillah.

Sunday, August 9, 2009

C.I.N.T.A...???

Topik ni agak sensitif sikit bagi diri saya...ini kerana bagi saya, ini adalah hak peribadi, tapi sejak akhir2 ni, ramai yang email dan bagi personal message to my blog n tagged n also my friendster to discuss bout it. Actually saya yang tanya dan minta cadangan mereka untuk nak buka topik baru, alih2 saya yang dikantoikan... Masalahnye, hampir majoriti yang menyuarakan pendapat yang sama. Kalau tak amik idea mereka, kecik pula hati mereka, yerlah, mereka dah perah otak nak fikirkan topik untuk saya, atas permintaan saya, takkanlah endingnya saya ignore je idea mereka.
Kalau nak amik, apa yang harus saya bincangkan?? Hak peribadi, xkan nak dibincangkan secara umum?...huhu, maka di sini setelah berminit2, berjam2 dan berhari2 saya fikir, saya decide nak amik lagi pndapat umum luar ttg CINTA. Saya lompat2 blog n copy paste jawapan mereka yang menarik minat saya yang berkisarkan tentang cinta ...Maka, inilah hasilnya...

1) To love someone is nothing, To be loved by someone is something, To be loved by somenone you love is exciting, But to be loved by ALLAH is EVERYTHING...

2) jika ia sebuah cinta…ia tidak mendengar…namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…ia tidak cantik namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…ia tidak hanya berjanji..namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…ia mungkin tidak suci..namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…
semuanya.. jika ianya sebuah cinta………

3) Sebenarnye cinta itu indah dan suci,tapi manusia yang buat cinta tu jadi buta.. sayang sekali kerna cinta manusia sekarang adalah cinta buta… Cinta yang yang penuh dengan nafsu semata-mata,tiada keiklasan di ati,,, manusia sekarang hanye memetingkan nafsu dari segala-galanye…….. bila cinta di tinggalkan baru lah di sedari cinta itu adalah cinta palsu…kepada anak remaj zaman sekarang fikir-fikarkanlah, jaga lah diri mu baik-baik,,, sentiasa ingat pada allah.. hanye pada dia kita berserah diri…***CINTA ITU BUTA ADN SERING BUAT MANUSIA LUPA DIRI***

4) tak yah nak cinta2 lahhhh…..kadang cinta sebelom kawen ni..banyak yg HANCUS..bila da kawen….pada masa cinta semua BAHAGIA….telinga ada kurap pon kata lawa……….bila da kawen..bau badan sikit…….da totop idung………pergh……….kalau cinta berlandaskan norma2 akhlak dan gama…ke jalan yg lurus..insyaallah..berkat lah PERCINTAAN itu…….

5) cinta e2 indah.. seronok bilew d lmun cinta.. tp cinta 2 suka singgh jerk lam diri haku,… haku kah yg x mampu menyinta.. yg x lyk mnyinta.. or haku sll dicintai oleh org2 yg x pnh knl apa e2 cinta.. cinta bkn simpaty.. cinta bkn suka.. cinta bkn paksa.. tp dr suma nie.. lahirlah cinta.. luas mkne cinta 2.. mngkin haku telalu muda untk fahami erti cinta yg sbnr…. =)Cinta sukar dimengerti.. Hanya diri yang akan dapat mentafsir apa itu cinta.. Namun mengapa ada cinta yang menyiksakan diri.. Hakikatnya kta tahu orang yang kta sayang tidak pasti akan bersatu kerna dihatinya tidak dapat kta miliki..

6) Mengapa harus terjadi pada cinta pertama??.. Dunia penuh dengan dugaan dan setiap dugaan itu harus ditempuh dengan kesabaran dan akhirnya kta akan menangisi takdir bahawa kta tidak dapat memiliki insan yang benar2 kta cintai… Hanya padamu ya Allah yang dapat membantu setiap insan yang senasib denganku.. Biarlah hanya waktu yang menentukan segalanya…Cinta…pengertiannya terlalu luas. Setiap orang lain cara nya mengintrepertasikan apa itu cinta. Bagi aku, cinta itu satu pengorbanan,pasrah dan redha. Kenapa? Kerana…seandainya cinta yang di bina berakhir di jinjang pelamin,kita perlu korbankan byk benda such as our leisure time with friend, keinginan yang tak berapa disukai oleh pasangan kita, kadang2 perasaan kita juga perlu dikorbankan demi yang tersayang. Kita juga perlu pasrah dan redha seandainya pasangan yang kita pilih untuk sehidup semati ada kekurangan yang sukar untuk di perbetulkan. Kekurangan yang tak nampak di mata semasa bercinta, tapi bila dah kahwin everything revealed. Kena redha dan pasrah lah kan.
Tapi kalau cinta kita tak kesampaian??? Sama juga.. Kita perlu korbankan perasaan sayang, kasih kita padanya demi untuk kebahagiaannya. Jangan sesekali brdendam. Redha dan pasrah yang dia bukan milik kita…

7) Aku pernah di kecewakn oleh seorg lelaki,aku amat menyayanginya dan aku rasakn dialh lelaki yg akn menjadi teman hidup aku utk slamanya. Tapi aku silap krn ada org ke-3 dlm hidupnya. Aku dtg keje kt KL dn hbungan aku dgn dia mmg xde msalah,dia pn slalu call dan htr msj kt aku. Tapi suatu hari dia tersilap htr msj,selama ni dia x pnh pggl aku syg wlaupn dlm msj,dan ada perkataan lain lg yg xde kaitan dgn aku. Aku kuatkn hati aku utk bertanya pdnya,mula2 dia x mengaku tp aku tekan2,bru dia mengaku yg dia ada org lain dan alsannya krn aku berjauhan ngan dia. Aku tanya utk kali terakhir siapa yg dia pilih, dan dia menjawabnya bg dia masa,pdhal aku spatutnya bg dia msa.Dan mulai dr saat itu aku dh xde apa2 hbgn dgn dia lg.Dia ada nk balik semula ngan aku,dan itu x mgkn berlaku krn aku sudah jd tunangan org.

8) patutkah cinta itu terus dipertahankan apabila dia telah memilih yang lain…patutkah kita membiarkan diri menderita sekadar untuk membuktikan cinta kita yang tidak berbalas itu…cintailah seseorang itu seadanya, kelak kita tak akan terlalu kecewa seandainya dia berlalu pergi…sentiasalah percaya bahawa apabila ALLAH mengambil semula sesuatu daripada kita, DIA akan menggantikan sesuatu yang lebih baik…

9) Wahai wanita berhati-hati dengan lelaki yang manis mulut mengatakan akan masuk meminang. Ada juga lelaki yang pandai memancing perempuan dia akan menceritakan rancangsn hendak hidup mati bersama anda, planing dapat anak la.Orang yang menggunakan strategik begini adakalanya hendak sesuatu dpd. anda contohnya untuk seks, duit atau main-main.Lelaki begini memang pandai dan tahu biasanya perempuan memang suka dengar cerita tersebut. Jika banyak kali pasangan anda gagal mengotakan janjinya harap lupakan saja dia o.k…

10) tak kenal maka tak cinta…“CINTAILA MALAYSIA KITA”

11)SALAM KAWAN2….MINGGU LALU SY DA BC RUANGAN SOAL JWB BERSAMA PUTERI BEST GILA. CERITA TU MEMBERI MOTIVASI DAN CAHAYA KPD YG. SUKAR MENCARI JODOH YG. SESUAI.WANITA ITU SELALU MENUNAIKAN SOLAT HAJAT DAN ISTIKHARAH.DIA MEMAMG PERASAN MEMPUNYAI WAJAH YG SERIUS MENYEBABKAN DIA SUKAR UTK M’DPT JODOH. DIA DINASIHATKAN OLEH SEORANG SENIOR SUPAYA KERAP MELAKUKN SOLAT HAJAT DAN ISTIKHARAH. WALAPUN DIA KERAP MELAKUKN SOLAT HAJAT TAP HUBUNGAN DIA PUTUS JUGA D TENGAH JALAN. SELAMA TUJUH TAHUN DIA BUAT SOLAT SUNAT TERSEBUT. AKHIRNY DIA HAMPIR PUTUS ASA…DIA TAWAKKAL SAJA.PD. SUATU HARI DIA BERMIMPI MEMAKAI PAKAIAN YG BERCAHAYA MENUNGGU SSORG DI ATAS KATIL. KORANG NK TAU APA JADI KEESOKAN HARINYA.DIA DI PINANG OLEH SESEORANG YG BERIMAN DAN BERTANGGUNGJWB SEPETI YG DIIDAM2KAN SELAMA INI.WALOPN DIA SUDAH B’RUMATANGGA DIA STIL MELAKUKN SOLAT SUNAT TERSEBUT DEMI KEBAHAGIAN KELUAGANY.IYAA..TUHAN MASE SYGKN KT. SEBENONY….:)

12) KeNaPa kAdAnG2 KiTe M’CiNtAi s’seOrAnG 2 DaLaM KITe sEdAr DiA iNgIn M’NiNgGaLkN kiTE,CheNtA 2hArUs d cARi bKn M’lePaSkN iA peRGi..Ade hAl2 yG X InGiN KiTe lAfAzkN, OrG2 Yg X InGiN KiTe TiNGgAlkN.taPi iNgAtLh m’lePaSkN bUkAn B’MaKnE B’AkHir sEgAlAnYe..

13) aku klu kira2 balik.. dr Jun 2006 smpi skrg.. dah ada 7 gf..aku bkn playboy dulu bercinta separuh mati,dr 1995-Mei 2006 (dekat 10 tahun tu, giler!!)
10 tahun beb, korang bayangkanla… apa je yg tak pernah dibuat tapi, last2 dia kawen ngan org lain gak..lps tu aku jadi bengong skjp lps tu aku cari gf…3-4 bulan tukar gf…skrg ni aku da slow sikit rasa mcm dah boleh bercinta balik tp x tahulah, nak buat janji dah serik takut pisang buah 2 kali.

14) boboy: salah tu..fokus cinta bukan hanya untuk kekasih jer..ia termasuk cintakan Allah, cintakan Nabi, ibubapa,saudara-mara,kawan2,binatang dan juga alam sekeliling. hidup tanpa rasa cinta…tak lengkap, tak sempurna, kerana dari rasa cinta lah lahirnya belas kasihan, kasih sayang, pengorbanan dsb. Cinta yang membawa kepedihan itu adalah ujian. Ujian supaya kita kembali mengingti-Nya, kembali mengadu kasih pada-Nya. Insyaallah, bahagia pasti menjelma.buat apa fikir cinta? layan perasaan…berangan je!!! baik fokus benda lain klu student, fokus jadi best student
klu keje, fokus utk cpt naik pangkat klu business, fokus bagi cepat kaya. org lembik suka cinta , org jiwang suka layan cinta. masanya akan tiba, x payah pening,x payah patah hati dah ditetapkan Jodoh, ajal di tgn Tuhan tapi hati mau ikhlas, usaha sikit...

Hmmm...., begitulah pendapat umum tentang C.I.N.T.A ....pendapat saya??? pendapat ke 15, pendapat yang terakhir utk topik kali ni...:

15) Cinta itu adalah "sukar melepaskan"...cinta saya adalah dia....

DIA yang telah menjadikan saya seorang hamba dimuka bumi ini.
Dia yang menjadi junjungan mulia para umat zaman ahkir ini.
Dia yang menyumbangkan benih untuk disenyawakan dan untuk membentuk diri saya.
Dia yang menghilangkan haus tekak saya dengan susu yang berkhasiat.
Dia yang sering bertepuk tampar dengan saya semenjak saya lahirkan.
Dia yang menjadikan saya contoh untuk dia terus membesar.
Dia yang akan terus membimbing tangan saya, memimpin saya ke syurga.

Merekalah cinta hati saya. Walaupun mereka banyak tegur saya, kuat membebel, suka buli saya, suka marah saya, suka suruh saya kemas bilik dia, suka picit hidung saya, suka sorokkan patrick saya dalam almari, suka habiskan syampu saya, suka kutuk saya, suka cakap saya masak tak sedap,suka cakap saya tak pandai mekap,suka suruh saya buat itu dan ini, suka pau duit saya untuk beli transformer dia, suka kerja tanpa sedar saya tunggu dia, suka sangat buat kesilapan yang sama dan asyik minta maaf, suka cakap saya cantik walaupun masa tu saya punya tudung senget benget,suka tinggalkan saya demi kerjanya, suka kedekut dengan saya, suka buat saya sunyi dan bosan tunggu dia,suka suruh saya kejutkan dia tidur padahal dia silent phone, sukakan apa yang saya tak suka....hmmm, semuanyalah...Walaupun mereka begitu dan begini, mereka tetap cinta hati saya walaupun saya kuat merajuk, kuat mengamuk, kuat makan, kuat tidor atau mungkin saya nakal atau suka usik dia, atau saya asyik pau dia, atau saya asyik menyusahkan dia, atau saya asyik membuli dia....walau apa2 jela, mereka tetap saya cinta,dan saya yakin saya juga cinta hati mereka.

“You are never given a dream without also being given the power to make it true.”

Cinta yang tertanam di hati saya adalah milik abadi mereka, biar siapapun mereka selepas ini, saya tetap akan terus menyintai mereka kerana mereka adalah mereka hari ini. Biar dengan siapa pun mereka berjumpa, keluar, bekerja, makan, main atau bergaduh, mereka tetap saya sayang...dan sukar melepaskannya keluar dari hidup saya, adalah cara saya bercinta. Sukar membiarkan ayahmama drive atau tinggal sorang2, sukar melepaskan abang saya untuk dia beristeri dan bekerja lewat malam,sukar membiarkan adik saya balik ke kampus atau merayau ke 7up untuk beli big gulp sendirian, sukar menerima hakikat bahawa dia susah nak bangun tidur, sukar hadapi kenyataan bahawa dia terpaksa meletakkan telefon, sukar berjauhan..hhmm, macam macam lagi..biar sesukar mana pun ia, saya akan tetap melepaskan mereka dari mata saya bersama iringan doa, namun jauh di dalam diri saya, mereka tak pernah lepas dari mata hati saya, kerana saya cintakan mereka.

Thursday, August 6, 2009

Perginya seorang jelitawan...

Macam2 yang berlaku sejak akhir2 ni...pada 23hb 7 lepas, saya mendapat khabar, bahawa nenek saya di kampung sedang sakit teruk. Memandangkan pada masa yang sama ayah juga berada dalam keadaan yang tidak stabil untuk 'travel', hasrat untuk menziarah nenek terkubur begitu sahaja. Selang 2 hari, ayah,mama dan adik menziarahi nenek, kata mereka, nenek agak tenat. Saya dan abang terpaksa tinggal dirumah memandangkan kami perlu berkerja. Ayah dan mama berjanji pada nenek untuk pulang kembali pada hujung minggu sekiranya doktor mengizinkan ayah untuk 'travel', malangnya pada hari yang di janjikan, ayah di tahan di wad untuk rawatan lanjut, mama segera menghubungi kampung untuk memaklumkan bahawa kami tidak jadi pulang. Alhamdulillah nenek faham situasi kami. Dan pada 4hb 8, ayah telah dibenarkan pulang untuk melawat nenek dengan syarat akan kembali meneruskan rawatan pada 6hb 8. Petang 4hb tersebut, ayah berehat di rumah, lenyap sudah suasana hospital. Keesokan harinya, di pagi hari lagi kami sudah bertolak ke kampung untuk menziarah nenek. Saya, abang dan mama berpakat untuk mengambil cuti. Kami pulang dengan penuh harapan agar kepulangan kami akan memberi semangat pada nenek untuk terus pulih.

Setibanya di kampung di Jitra Alor setar, azan zohor berkumandang, kami sempat mencari warung selera kampung untuk mengalas perut yang sudah berkeroncong menyanyikan lagu sumbang. Hasrat untuk singgah ke masjid terbatal apabila memikirkan bahawa kami boleh men'jama'kan' waktu solat, maka kami meneruskan perjalanan ke rumah nenek. Nenek di tempatkan di rumah anak saudaranya memandangkan anak saudaranya merupakan seorang doktor. Setibanya di rumah tersebut, kami di pelawa masuk oleh adik nenek yang merupakan ibu kepada tuan rumah. Apabila melangkah masuk, keadaan ayah kembali lemah,langkahan kakinya longlai dan kami memimpin ayah ke katil untuk berehat. Ayah yang kepenatan tertidur lena. Pelik, ayah jarang lena di tempat orang, ayah juga biasanya akan berehat di bilik nenek. Namun kali ini, wajah nenek tidak di sapa terlebih dahulu.

Kami beserta mama terus melangkah ke kamar nenek, kami lihat wajah nenek kian tenat..Saya segera mengucup dahi dan pipi nenek, kata mereka, nenek sudah tidak membuka matanya sejak semalam. Hanya mata kanan sahaja yang mampu dibuka,itupun hanya suku sahaja yang di biarkan terbuka. Namun apabila mendengar suara kami, mata kanannya terbuka separuh. Tambah ajaib mata kiri nenek turut digagah dan terbuka suku. Ya allah, sebaknya meniti detik itu. Saya segera mencari ayah, saya pujuk ayah untuk menjengah nenek di kamar sebelah, namun ayah menolak dengan memberi alasan bahawa kepalanya pusing dan matanya berpinar. Teringat pesanan doktor, saya tidak memaksa ayah. Kali kedua memujuk, ayah tetap tidak mahu berjalan. Lalu, saya terus ke katil nenek. Dalam keriuhan adik2 nenek bebual sesama sendiri, saya menyusun langkah dihadapan mereka, dan melabuhkan punggung di sisi nenek. Tangan nenek saya usap dengan penuh kasih sayang. Sejuk tangan itu bagai isi mentimun kampung. Saya mengucup dahi nenek, dan bergenanglah air di kelopak mata ini. Lantas di dalam hati, saya segera memasang doa, " Ya Allah, jika derita yang di tanggung tokmama ini menyesakkan hidupnya, Kau bawalah rohnya bersama Mu dalam keadaan yang baik"...begitulah doa ku berkali2. Saya sedih melihat betapa sukarnya untuk nenek bernafas. Saya lebih rela membiarkan nenek pergi daripada menahannya sambil melihat dirinya terseksa.

Tidak lama kemudian, nafas nenek kian perlahan. Saya segera mencari ayah. Dalam hati, saya sudah merancang untuk memaksa ayah jika ayah masih berdegil. Namun sebaliknya, apabila ayah terjaga, ayah segera bangun dan menyusun langkah longlai ke kamar nenek. Dari langkahan ayah yang terhuyung hayang, saya tahu ayah masih lemah dan sedang memaksa dirinya sendiri. Ayah bagai tahu bahawa nenek sudah ingin mengucap selamat tinggal. Saya mengajak adik untuk memapah ayah. Alhamdulillah, ayah berjaya menyusun tapak. Namun apabila tiba di katil nenek, ayah rebah dibawah katil. Ayah bersila sambil memanggil2 nenek..."mak...mak...makk..." ayah manangis...sebak dihati ini kian parah... Ya Allah, Kau selamatkanlah keduanya...

Nenek sudah 2 hari tidak berkata kata. Tubuhnya terlantar, nafasnya terus berbunyi kuat. Mendengar suara ayah, nenek meraba raba tangannya mencari jemari ayah. Saya yang menyedari keadaan itu, segera saya menyatukan tangan mereka. Dan beberapa detik selepas itu, saya sudah kehilangan seorang nenek. Saya sempat melihat sebelum berlalunya detik itu, mimik muka nenek sedikit berkerut, mungkin itulah detik nyawanya dicabut. Matanya di pejam menahan sakit dan tiba tiba, wajahnya tersenyum dan dia terus berlalu hanyut ke alam baru. Saya menggoncang lutut nenek, kata mereka, nenek sudah tiada, saya menafikan tanpa sebarang alasan. Sukar untuk saya terima situasi itu. Nenek pergi buat selamanya. Dihati ini, saya yakin mereka silap. Saya pasang niat untuk menggoncang tubuh nenek apabila mereka tiada di sisi nenek nanti. Saya lihat muka adik dan abang merah padam menahan pilu. Saya terpinga2. Tiba tiba, nama saya di panggil, mereka menyuruh saya meluruskan kaki nenek. Saya akur tapi jauh di sudut hati, saya yakin mereka silap. Kaki nenek saya ikat untuk di luruskan. Berderai airmata saya menyembah bumi, saya sedih dengan tindakan saya. Saya tahu jasad nenek sakit dibuat begitu, tambahan saya yakin nenek masih hidup, tapi begitulah lumrah si mati yang perlu diikat kakinya untuk diluruskan. Ya Allah, apakah ini kesudahan untuk nenek? Namun, Alhamdulillah kami sempat bertemu nenek dan ada disisinya disaat dia ingin pergi. Mungkin inilah hajat nenek, mungkin inilah permintaan terakhir nenek yang telahpun dimaqbulkan. Terima kasih Ya Allah kerana mengaturkan kesudahan yang indah buat nenek.

Bilik nenek dibiarkan sepi kerana masing masing sibuk membuat persiapan membersihkan nenek dan menempatkannya di tempat yang lebih sesuai. Ketika itu, saya melangkah ke sisi nenek. Saya membuka lembaran Surah Yassin dan membacanya dengan penuh tertib dan tartil. Sekali sekala bacaan saya tenggelam dalam sedu sedan dan sebak pilu. Inilah yang dinamakan cinta. Sukarnya untuk dilepaskan. Selesai di ayat kedua terakhir, saya kuatkan suara sambil melihat raut wajah nenek. Disitulah letaknya ayat keramat surah tersebut. Saya berharap, apabila dibaca ayat itu dihadapan nenek, nenek akan sedar dari pengsan. Berkali kali saya mohon nenek bergerak. Nyata saya yang silap. Nenek memang sudah tiada. Saya sudahi surah itu dan saya terus memeluk tubuh nenek. Saya goncang tubuhnya sekuat hati. Bergoyang pipi nenek digerakkan oleh saya. Menyedari tindakan saya hanya menyakiti jasad nenek, saya akur bahawa hakikat ini,harus saya terima. Saya tutup wajah nenek selepas mengucup wajahnya berkali kali.

Kemudian,kami bersihkan nenek, kami tempatkannya di atas katil di ruang tamu, agar mudah diziarahi sanak saudara. Detik itu, nenek cukup jelita. Teringat saya akan potret seorang wanita jelita yang digantungkan di dinding ruang telefon rumah nenek. Jelita sungguh pemilik wajah itu, makin terserlah kejelitaannya disebalik kebaya biru yang dipakainya. Saya pernah bertanya,kenapa gambar itu di gantung di rumah nenek. Kata ayah, itu adalah nenek. Tapi sedikit pun saya tidak percaya. Maklumlah, nenek ketika itu sudah tua, badannya juga tidak seramping dahulu. Tapi hari ini, saya lihat dengan mata sendiri, wajah nenek seakan akan raut wajah potret itu. Dan hari ini, saya yakin di potret itu, memang nenek. Malam itu, saya tidur di sisi nenek. Saya usap kepala nenek. Saya menepuk nepuk bahu nenek bagai mendodoikan anak kecil. Berjuraian airmata ini,tanpa saya sedar apa yang sedang saya lakukan. Nyamuk yang mengganggu tidak saya hiraukan. Esok saya sudah tak dapat melihat nenek, maka biarlah hari ini, saya menemaninya. Menjelang pukul 3pagi, ramai yang datang untuk persiapan keranda. Saya melangkah ke bilik. Saya tinggalkan nenek di ruang tamu. Agak kurang manis apabila melihat anak gadis melepak di ruang tamu ketika ramai yang bertandang ke rumah. Saya tertidur di sofa bilik dan terus hanyut di alam maya.

Pagi esoknya, saya mama dan beberapa orang saudara lagi memandikan nenek. Saya sabun tubuh nenek mengikut tunjuk ajar 2 orang makcik yang sememangnya ditugaskan untuk menguruskan jenazah nenek. Kata mereka, tubuh nenek lembut sangat. Airmata saya ketika itu sudah kering. Bagai sudah bengkak mata ini. Kemudian kami kafankan nenek. Apabila nenek dibedak dan di celakkan, berderai lagi airmata ini. Jelita sungguh wajah itu. Hanya Kau yang tahu, betapa kagumnya aku melihat wajah nenek. Ramai yang datang menziarah juga tersenyum melihat raut wajah nenek. Berseri seri wajahnya. Hidungnya yang mancung terletak indah. Matanya yang di celak menambahkan seri yang memang sedia ada. Bagaimana pula kesudahan saya nanti? Saya berterima kasih yang tidak terhingga buat Sultan Kedah berserta isterinya yang sudi mencemar duli menjejak rumah rakyat biasa untuk memberi penghormatan terkhir buat nenek. Selesai semuanya, nenek di usung ke masjid untuk di solatkan. Sesudah disolatkan, nenek di bawa ke Langgar, Alor Setar untuk disemadikan. Perjalanan yang mengambil masa hampir 20 minit itu ditemani titisan hujan renyai seakan akan hujan itu hadir untuk menyejukkan hari yang terik. Hujan bermula dari nenek selesai dimasukkan ke dalam van jenazah sehinggalah van tersebut berhenti di perkarangan kubur. Setibanya di tempat pengebumian, hujan rahmat tersebut berhenti bagai ingin memudahkan urusan pengebumian. Nenek disemadikan di Makam diraja Langgar berdekatan dengan makam suaminya.

Saat talkin dibaca, saya pula yang kehujanan cuba menahan kantung mata dari menumpahkan air hangat, namun kelopak mata ini lemah. Tidak mampu lagi menahan sebak. Bermula kami melangkah keluar dari tanah permakaman, nenek tinggal di situ buat selamanya. Teringat kembali di saat akhir melihat wajah nenek sebelum di tutup buat selamanya dirumah itu, berkali kali pipi dan dahinya saya kucup. Bibir inilah yang paling akhir meninggalkan kesan di wajah nenek. Kasih dan sayang ini bukan paksaan. Sungguhpun beliau hanyalah nenek angkat bagi saya, namun, kerana kasih sayangnya yang dicurahkan buat kami sekeluarga, sejak ayah berada dalam jagaannya,sejak mama mula menjadi milik ayah, sejak kami 5 beradik mula mengenal alam,sejak itulah cinta telah membunuh jurang erti keluarga angkat antara kami. Kami intim bagai keluarga kandung. Bermula detik ini, saya sudah tiada atuk dan nenek. Dimanakah arah tuju untuk saya pulang ke kampung berhari raya selepas ini??

Selesai semuanya, kami pulang ke rumah nenek untuk mandi dan solat zohor. Saya melirik ke arah jam di tangan. Bagai di rancang, kami pulang sebelum azan zohor. Barulah saya tersedar, setiap yang dirancang semalam, semuanya tiba dan berlalu tanpa sedikit pun kelewatan, semuanya tetap pada waktunya. Tidak terlalu awal, tidak juga lewat. Mungkin kerana berkat amalan nenek di kala hidupnya yang sering beramal setiap malam dan sering berpuasa sepanjang rejab, syaaban dan ramadhan. Bertahun tahun nenek kekal dengan amalannya. Tewasnya saya berhadapan dengan amalan nenek. Tidak setanding dengan usianya yang uzur. Semasa saya bersiap2 untuk mandi, saya terpandang timbunan buku amalan nenek, saya cuba mengemas2 bukunya. Lusuh dan hampir reput bukunya,sudah terleraipun helaiannya, sampai begitu sekali amalannya. Sebak rasanya melihat semuanya sudah tinggal kenangan. Sejak kecil lagi, saya melihat buku itulah yang nenek usung kemana saja dia pergi. Dan buku itulah tempat nenek meluahkan rasa cintanya pada Rabbul Izzati sebelum nenek menutup mata setiap malam. Dan tiba tiba, dada saya rasa berdebar. Saya terpandang album gambar fuji photo yang terselit di celahan buku. Bergetar tangan saya cuba mencapainya. Semakin sakit dada saya cuba menahan sebak. Gambar itu saya belek satu persatu sambil menahan airmata. Tiba tiba mama yang terlihat pergerakan saya segera meluru ke arah saya. Album tersebut sudah bertukar tangan, segera saya capai tuala di bahu dan terus melindung kepala. Langkahan kaki saya semakin laju ke kamar mandi di iringi deras airmata yang tidak sedikit pun saya cuba tahan. Saya rasa disaat itu, saya perlu jujur. Air itu perlu mengalir.. Teresak esak saya di kamar mandi. Saya pasang air sekuatnya agar dapat menenggelamkan esak tangisan saya. "Ya Allah, betapa dalamnya rindu nenek buat saya dan keluarga yang Kau tanamkan dihatinya, saya sendiri tidak menatap gambar nenek setiap hari...ampuni daku ya Allah..." Pedihnya hati saya meniti hakikat ini. Namun siapalah saya untuk mengubah Qada' dan Qadar Mu...semakin kerdil diri ini. Moga doa saya akan buat nenek terus bahagia di alam baru.

Nenek, untuk segala rasa cinta yang wujud di hati ini buat nenek ,saya akan selalu menghadiahkan al-fatihah dan yassin buat nenek...Saya sayang nenek saya...!!! Tolong saya sedekahkan fatihah buat nenek...AL-FATIHAH...

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP