ZAKAT EMAS DAN PERAK
"Kan tadi ibu dah bagi sedekah kat pak cik tu, kenapa nak bagi lagi?"...tanya seorang anak kecil kepada ibunya. Sedekah yang dimaksudkan adalah Zakat fitrah yang wajib dibayar oleh umat islam di bulan ramadhan amnya. Tapi anak kecil itu tidak mengerti tentang zakat emas dan perak. Dan ibu tersebut menjelaskan.... "tadi tu zakat fitrah,ini zakat emas"... Mendengar perbualan mereka, terdetik dihati saya untuk bercerita tentang itu. Sekadar maklumat untuk dikongsi bersama bagi yang pertama kali mendengarnya atau yang lebih mengetahui tentangnya bolehlah membetulkan saya sekiranya saya silap.
~sekadar hiasan, emas seperti ini juga wajib di keluarkan zakat kerananya jika disimpan melebihi timbangan yang sepatutnya gugur zakatnya.~
Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.::Dalil Wajib Zakat::
Firman Allah s.w.t:
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"(Surah At-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka". (Hadis riwayat Abu Hurairah)
::Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak::
* Emas Yang Disimpan:
~ Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.
~ Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100.
* Emas Yang Dipakai:
~ Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.
~ Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.
~cukup disini, jumpa lagi akan datang..~~~@
_____________________________________________________
6 comments:
terimaksih..info baik faraulah
sama2, jemput menziarah lagi untuk berkongsi info...
nak tanya cikit nie...kalau seseorang itu membeli emas 1 gram rm 50 pada tahun 1990. dan dia mempunyai 100 gram bernilai rm5k. adakah dia perlu membayar zakat itu mengikut zaman sekarang yang nilainya rm 103 1gram yang bernilai rm10300?..soalan nya dia perlu membayar zakat mengikut nilai emas mula2 pembeliannya dulu atau mengikut nilai emas sekarang??
salam,maaf lambat balas...saya lama tak on internet. macam ni,kalau awak ada emas YANG TIDAK DIPAKAI, bawa emas tu utk ditmbang, ke kedai emas.jika berat emas tu melebihi 85gram, awak tanyalah harga semasa emas tu.katalah dulu awak beli harganya 500 je, skarang nilainya jadi 5000 pulak, so,awak kena keluarkan zakat 25% dari nilai 5000 tersebut.IKUT HARGA SEMASA.
tapi, kalaulah emas tu awak guna selalu, atau setahun sekali..lain pulak.kalau emas tu nilainya lebih dari 5000 barulah awk wajib dikenakan zakat. kalau tak, tak payah.
Sbg contoh,bila dah di tanya di kedai emas, nilai emas awak 6000rm, sedangkan selangor telah tetapkan kebiasaan wanita memakai emas di selangor adalah 5000rm je. so, 6000-5000=1000. maka, zakat awak adalah 25% dari nilai lebih tersebut. maknanya 25% drpada 1000 je yg perlu awak bayar...
harap maklum dan maaf jika ayat saya memeningkan.
Salam saudari, saya ade satu pertanyaan, berkenaan dengan zakat, katakan seseorang itu pernah mempunyai simpanan dalam akaun RM22k tetapi belum membayar zakat dan dari tahun ke tahun duit tersebut telah susut. Jadi wajarkah membayar semula qada zakat? Seterusnya bagaimana dengan pengiraan zakat kwsp pula? Soalan terakhir, kategori manakah yg patut membayar zakat sekiranya setiap bulan hanya tinggal amaun yang sedikit sahaja untuk belanja sebulan (maksud saya zakat pendapatan) setelah ditolak pembayaran bulanan dan komitmen lain.. harap saudari sudi berkongsi ilmu yang saudri pelajari :) terima kasih
salam...terima kasih bertanya...tapi saya bukanlah terlalu arif tentang bab ini. saya sekadar meminatinya, insyaallah saya akan cuba menjawab sebaik mungkin dalam artikel saya akan dtg..insyaallah, maaf tak dapat jawab sekarang, terpaksa keluar.ada hal..terima kasih.
Post a Comment