Thursday, August 6, 2009

Perginya seorang jelitawan...

Macam2 yang berlaku sejak akhir2 ni...pada 23hb 7 lepas, saya mendapat khabar, bahawa nenek saya di kampung sedang sakit teruk. Memandangkan pada masa yang sama ayah juga berada dalam keadaan yang tidak stabil untuk 'travel', hasrat untuk menziarah nenek terkubur begitu sahaja. Selang 2 hari, ayah,mama dan adik menziarahi nenek, kata mereka, nenek agak tenat. Saya dan abang terpaksa tinggal dirumah memandangkan kami perlu berkerja. Ayah dan mama berjanji pada nenek untuk pulang kembali pada hujung minggu sekiranya doktor mengizinkan ayah untuk 'travel', malangnya pada hari yang di janjikan, ayah di tahan di wad untuk rawatan lanjut, mama segera menghubungi kampung untuk memaklumkan bahawa kami tidak jadi pulang. Alhamdulillah nenek faham situasi kami. Dan pada 4hb 8, ayah telah dibenarkan pulang untuk melawat nenek dengan syarat akan kembali meneruskan rawatan pada 6hb 8. Petang 4hb tersebut, ayah berehat di rumah, lenyap sudah suasana hospital. Keesokan harinya, di pagi hari lagi kami sudah bertolak ke kampung untuk menziarah nenek. Saya, abang dan mama berpakat untuk mengambil cuti. Kami pulang dengan penuh harapan agar kepulangan kami akan memberi semangat pada nenek untuk terus pulih.

Setibanya di kampung di Jitra Alor setar, azan zohor berkumandang, kami sempat mencari warung selera kampung untuk mengalas perut yang sudah berkeroncong menyanyikan lagu sumbang. Hasrat untuk singgah ke masjid terbatal apabila memikirkan bahawa kami boleh men'jama'kan' waktu solat, maka kami meneruskan perjalanan ke rumah nenek. Nenek di tempatkan di rumah anak saudaranya memandangkan anak saudaranya merupakan seorang doktor. Setibanya di rumah tersebut, kami di pelawa masuk oleh adik nenek yang merupakan ibu kepada tuan rumah. Apabila melangkah masuk, keadaan ayah kembali lemah,langkahan kakinya longlai dan kami memimpin ayah ke katil untuk berehat. Ayah yang kepenatan tertidur lena. Pelik, ayah jarang lena di tempat orang, ayah juga biasanya akan berehat di bilik nenek. Namun kali ini, wajah nenek tidak di sapa terlebih dahulu.

Kami beserta mama terus melangkah ke kamar nenek, kami lihat wajah nenek kian tenat..Saya segera mengucup dahi dan pipi nenek, kata mereka, nenek sudah tidak membuka matanya sejak semalam. Hanya mata kanan sahaja yang mampu dibuka,itupun hanya suku sahaja yang di biarkan terbuka. Namun apabila mendengar suara kami, mata kanannya terbuka separuh. Tambah ajaib mata kiri nenek turut digagah dan terbuka suku. Ya allah, sebaknya meniti detik itu. Saya segera mencari ayah, saya pujuk ayah untuk menjengah nenek di kamar sebelah, namun ayah menolak dengan memberi alasan bahawa kepalanya pusing dan matanya berpinar. Teringat pesanan doktor, saya tidak memaksa ayah. Kali kedua memujuk, ayah tetap tidak mahu berjalan. Lalu, saya terus ke katil nenek. Dalam keriuhan adik2 nenek bebual sesama sendiri, saya menyusun langkah dihadapan mereka, dan melabuhkan punggung di sisi nenek. Tangan nenek saya usap dengan penuh kasih sayang. Sejuk tangan itu bagai isi mentimun kampung. Saya mengucup dahi nenek, dan bergenanglah air di kelopak mata ini. Lantas di dalam hati, saya segera memasang doa, " Ya Allah, jika derita yang di tanggung tokmama ini menyesakkan hidupnya, Kau bawalah rohnya bersama Mu dalam keadaan yang baik"...begitulah doa ku berkali2. Saya sedih melihat betapa sukarnya untuk nenek bernafas. Saya lebih rela membiarkan nenek pergi daripada menahannya sambil melihat dirinya terseksa.

Tidak lama kemudian, nafas nenek kian perlahan. Saya segera mencari ayah. Dalam hati, saya sudah merancang untuk memaksa ayah jika ayah masih berdegil. Namun sebaliknya, apabila ayah terjaga, ayah segera bangun dan menyusun langkah longlai ke kamar nenek. Dari langkahan ayah yang terhuyung hayang, saya tahu ayah masih lemah dan sedang memaksa dirinya sendiri. Ayah bagai tahu bahawa nenek sudah ingin mengucap selamat tinggal. Saya mengajak adik untuk memapah ayah. Alhamdulillah, ayah berjaya menyusun tapak. Namun apabila tiba di katil nenek, ayah rebah dibawah katil. Ayah bersila sambil memanggil2 nenek..."mak...mak...makk..." ayah manangis...sebak dihati ini kian parah... Ya Allah, Kau selamatkanlah keduanya...

Nenek sudah 2 hari tidak berkata kata. Tubuhnya terlantar, nafasnya terus berbunyi kuat. Mendengar suara ayah, nenek meraba raba tangannya mencari jemari ayah. Saya yang menyedari keadaan itu, segera saya menyatukan tangan mereka. Dan beberapa detik selepas itu, saya sudah kehilangan seorang nenek. Saya sempat melihat sebelum berlalunya detik itu, mimik muka nenek sedikit berkerut, mungkin itulah detik nyawanya dicabut. Matanya di pejam menahan sakit dan tiba tiba, wajahnya tersenyum dan dia terus berlalu hanyut ke alam baru. Saya menggoncang lutut nenek, kata mereka, nenek sudah tiada, saya menafikan tanpa sebarang alasan. Sukar untuk saya terima situasi itu. Nenek pergi buat selamanya. Dihati ini, saya yakin mereka silap. Saya pasang niat untuk menggoncang tubuh nenek apabila mereka tiada di sisi nenek nanti. Saya lihat muka adik dan abang merah padam menahan pilu. Saya terpinga2. Tiba tiba, nama saya di panggil, mereka menyuruh saya meluruskan kaki nenek. Saya akur tapi jauh di sudut hati, saya yakin mereka silap. Kaki nenek saya ikat untuk di luruskan. Berderai airmata saya menyembah bumi, saya sedih dengan tindakan saya. Saya tahu jasad nenek sakit dibuat begitu, tambahan saya yakin nenek masih hidup, tapi begitulah lumrah si mati yang perlu diikat kakinya untuk diluruskan. Ya Allah, apakah ini kesudahan untuk nenek? Namun, Alhamdulillah kami sempat bertemu nenek dan ada disisinya disaat dia ingin pergi. Mungkin inilah hajat nenek, mungkin inilah permintaan terakhir nenek yang telahpun dimaqbulkan. Terima kasih Ya Allah kerana mengaturkan kesudahan yang indah buat nenek.

Bilik nenek dibiarkan sepi kerana masing masing sibuk membuat persiapan membersihkan nenek dan menempatkannya di tempat yang lebih sesuai. Ketika itu, saya melangkah ke sisi nenek. Saya membuka lembaran Surah Yassin dan membacanya dengan penuh tertib dan tartil. Sekali sekala bacaan saya tenggelam dalam sedu sedan dan sebak pilu. Inilah yang dinamakan cinta. Sukarnya untuk dilepaskan. Selesai di ayat kedua terakhir, saya kuatkan suara sambil melihat raut wajah nenek. Disitulah letaknya ayat keramat surah tersebut. Saya berharap, apabila dibaca ayat itu dihadapan nenek, nenek akan sedar dari pengsan. Berkali kali saya mohon nenek bergerak. Nyata saya yang silap. Nenek memang sudah tiada. Saya sudahi surah itu dan saya terus memeluk tubuh nenek. Saya goncang tubuhnya sekuat hati. Bergoyang pipi nenek digerakkan oleh saya. Menyedari tindakan saya hanya menyakiti jasad nenek, saya akur bahawa hakikat ini,harus saya terima. Saya tutup wajah nenek selepas mengucup wajahnya berkali kali.

Kemudian,kami bersihkan nenek, kami tempatkannya di atas katil di ruang tamu, agar mudah diziarahi sanak saudara. Detik itu, nenek cukup jelita. Teringat saya akan potret seorang wanita jelita yang digantungkan di dinding ruang telefon rumah nenek. Jelita sungguh pemilik wajah itu, makin terserlah kejelitaannya disebalik kebaya biru yang dipakainya. Saya pernah bertanya,kenapa gambar itu di gantung di rumah nenek. Kata ayah, itu adalah nenek. Tapi sedikit pun saya tidak percaya. Maklumlah, nenek ketika itu sudah tua, badannya juga tidak seramping dahulu. Tapi hari ini, saya lihat dengan mata sendiri, wajah nenek seakan akan raut wajah potret itu. Dan hari ini, saya yakin di potret itu, memang nenek. Malam itu, saya tidur di sisi nenek. Saya usap kepala nenek. Saya menepuk nepuk bahu nenek bagai mendodoikan anak kecil. Berjuraian airmata ini,tanpa saya sedar apa yang sedang saya lakukan. Nyamuk yang mengganggu tidak saya hiraukan. Esok saya sudah tak dapat melihat nenek, maka biarlah hari ini, saya menemaninya. Menjelang pukul 3pagi, ramai yang datang untuk persiapan keranda. Saya melangkah ke bilik. Saya tinggalkan nenek di ruang tamu. Agak kurang manis apabila melihat anak gadis melepak di ruang tamu ketika ramai yang bertandang ke rumah. Saya tertidur di sofa bilik dan terus hanyut di alam maya.

Pagi esoknya, saya mama dan beberapa orang saudara lagi memandikan nenek. Saya sabun tubuh nenek mengikut tunjuk ajar 2 orang makcik yang sememangnya ditugaskan untuk menguruskan jenazah nenek. Kata mereka, tubuh nenek lembut sangat. Airmata saya ketika itu sudah kering. Bagai sudah bengkak mata ini. Kemudian kami kafankan nenek. Apabila nenek dibedak dan di celakkan, berderai lagi airmata ini. Jelita sungguh wajah itu. Hanya Kau yang tahu, betapa kagumnya aku melihat wajah nenek. Ramai yang datang menziarah juga tersenyum melihat raut wajah nenek. Berseri seri wajahnya. Hidungnya yang mancung terletak indah. Matanya yang di celak menambahkan seri yang memang sedia ada. Bagaimana pula kesudahan saya nanti? Saya berterima kasih yang tidak terhingga buat Sultan Kedah berserta isterinya yang sudi mencemar duli menjejak rumah rakyat biasa untuk memberi penghormatan terkhir buat nenek. Selesai semuanya, nenek di usung ke masjid untuk di solatkan. Sesudah disolatkan, nenek di bawa ke Langgar, Alor Setar untuk disemadikan. Perjalanan yang mengambil masa hampir 20 minit itu ditemani titisan hujan renyai seakan akan hujan itu hadir untuk menyejukkan hari yang terik. Hujan bermula dari nenek selesai dimasukkan ke dalam van jenazah sehinggalah van tersebut berhenti di perkarangan kubur. Setibanya di tempat pengebumian, hujan rahmat tersebut berhenti bagai ingin memudahkan urusan pengebumian. Nenek disemadikan di Makam diraja Langgar berdekatan dengan makam suaminya.

Saat talkin dibaca, saya pula yang kehujanan cuba menahan kantung mata dari menumpahkan air hangat, namun kelopak mata ini lemah. Tidak mampu lagi menahan sebak. Bermula kami melangkah keluar dari tanah permakaman, nenek tinggal di situ buat selamanya. Teringat kembali di saat akhir melihat wajah nenek sebelum di tutup buat selamanya dirumah itu, berkali kali pipi dan dahinya saya kucup. Bibir inilah yang paling akhir meninggalkan kesan di wajah nenek. Kasih dan sayang ini bukan paksaan. Sungguhpun beliau hanyalah nenek angkat bagi saya, namun, kerana kasih sayangnya yang dicurahkan buat kami sekeluarga, sejak ayah berada dalam jagaannya,sejak mama mula menjadi milik ayah, sejak kami 5 beradik mula mengenal alam,sejak itulah cinta telah membunuh jurang erti keluarga angkat antara kami. Kami intim bagai keluarga kandung. Bermula detik ini, saya sudah tiada atuk dan nenek. Dimanakah arah tuju untuk saya pulang ke kampung berhari raya selepas ini??

Selesai semuanya, kami pulang ke rumah nenek untuk mandi dan solat zohor. Saya melirik ke arah jam di tangan. Bagai di rancang, kami pulang sebelum azan zohor. Barulah saya tersedar, setiap yang dirancang semalam, semuanya tiba dan berlalu tanpa sedikit pun kelewatan, semuanya tetap pada waktunya. Tidak terlalu awal, tidak juga lewat. Mungkin kerana berkat amalan nenek di kala hidupnya yang sering beramal setiap malam dan sering berpuasa sepanjang rejab, syaaban dan ramadhan. Bertahun tahun nenek kekal dengan amalannya. Tewasnya saya berhadapan dengan amalan nenek. Tidak setanding dengan usianya yang uzur. Semasa saya bersiap2 untuk mandi, saya terpandang timbunan buku amalan nenek, saya cuba mengemas2 bukunya. Lusuh dan hampir reput bukunya,sudah terleraipun helaiannya, sampai begitu sekali amalannya. Sebak rasanya melihat semuanya sudah tinggal kenangan. Sejak kecil lagi, saya melihat buku itulah yang nenek usung kemana saja dia pergi. Dan buku itulah tempat nenek meluahkan rasa cintanya pada Rabbul Izzati sebelum nenek menutup mata setiap malam. Dan tiba tiba, dada saya rasa berdebar. Saya terpandang album gambar fuji photo yang terselit di celahan buku. Bergetar tangan saya cuba mencapainya. Semakin sakit dada saya cuba menahan sebak. Gambar itu saya belek satu persatu sambil menahan airmata. Tiba tiba mama yang terlihat pergerakan saya segera meluru ke arah saya. Album tersebut sudah bertukar tangan, segera saya capai tuala di bahu dan terus melindung kepala. Langkahan kaki saya semakin laju ke kamar mandi di iringi deras airmata yang tidak sedikit pun saya cuba tahan. Saya rasa disaat itu, saya perlu jujur. Air itu perlu mengalir.. Teresak esak saya di kamar mandi. Saya pasang air sekuatnya agar dapat menenggelamkan esak tangisan saya. "Ya Allah, betapa dalamnya rindu nenek buat saya dan keluarga yang Kau tanamkan dihatinya, saya sendiri tidak menatap gambar nenek setiap hari...ampuni daku ya Allah..." Pedihnya hati saya meniti hakikat ini. Namun siapalah saya untuk mengubah Qada' dan Qadar Mu...semakin kerdil diri ini. Moga doa saya akan buat nenek terus bahagia di alam baru.

Nenek, untuk segala rasa cinta yang wujud di hati ini buat nenek ,saya akan selalu menghadiahkan al-fatihah dan yassin buat nenek...Saya sayang nenek saya...!!! Tolong saya sedekahkan fatihah buat nenek...AL-FATIHAH...

Sunday, July 12, 2009

SaBuN beSt...!!!

Kelakar pulak, dulu tak berminat langsung dengan direct selling nih, tapi bila kuar je sabun ni, macam best je...kulit jenis macam saya ni, cukup alah pada bendasing. Semua jenis pencuci muka atau toner dah di cuba, malangnya kesan sampingan membuat kulit saya semakin alah. Sebelum ni saya memang tak pernah pakai apa2 product, melihat keseronokan kawan kawan menempek pelbagai product di raut wajah mereka, buat keinginan di hati melonjak untuk mencari produk pilihan sendiri.
Tapi nak buat cammana, saya tak sesuai pun dengan apa2 product, sehinggalah saya temui sabun ni. Baru ni, kulit saya berjerawat barangkali bagai lopak di bulan purnama,hehe... bila saya try sabun ni, alhamdulillah, jerawat semakin mengecil dan masalah kulit berkurang. Nak kata tak mahal, tipu lah kan....mahal juga,tak padan dengan saiz. Tapi hasilnya mengagumkan. apalah sangat ertinya beberapa ringgit itu untuk dibandingkan dengan kulit yang bersih dan sihat dan cantik...untuk yang alami masalah rambut pun boleh cuba...saper yang berminat untuk mencuba, hubungi saya ya...ada kesempatan, pos pun saya sanggup...hehehe...ha...tengoklah muka anda, dah cukup seri ker? hehe...kawan2 ker..awek ker...sdara mara ker..cuba lah key...!!





Sabun
EUMORA merupakan sabun ALL IN ONE yang memang ajaib.
Hanya 3 minit sahaja anda akan dapat melihat perubahannya. 30 minit wajah anda
akan bertambah cantik dan berseri. EUMORA adalah 100% semulajadi.

Antara
bahan-bahan yang terkandung dalam EUMORA adalah :-

1) -Hma - Algae yg kaya dengan antioksida, vitamin dan mineral dari Europe untuk mengembalikan
keremajaan dan menyembuhkan kulit.

2) Heilmoor Clay – Terdiri daripada beratus herba, bahan organic, antibiotic
yang semulajadi, hormon tumbuhan dan banyak lagi.

Kebaikan Menggunakan EUMORA :

* mengecilkan pori-pori
* mengawal blackheads dan whiteheads
* mengawal keseimbangan pH pada kulit
* mengawal masalah jerawat dan kulit sensitive
* mengurangkan kesan parut pada kulit
* mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
* mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah
* membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmarks,
kesan selulit dsbnya
* kulit kelihatan 1 tona lebih cerah kerana proses exfoliation
* kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
* meningkatkan keupayaan kitaran sel kulit, menjadikan kulit sentiasa
anjal,sihat dan berseri
* sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak
* mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak
dan bikini line
* bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala
* melembutkan rambut dan menyihatkannnya
* Matikan jerawat muka @ badan
* Kurangkan kedut muka, facelift up, eyebag, dark circles, jeragat,
pigmentation
* Menegangkan muka & berseri2
* Menjadi syampu utk menjadikan rambut lebih sihat, berkilat dan lembut.

Menggunakan Eumora selama seminggu, kulit muka yang berjerawat sudah kering. Parut masih ada tapi slowly clear lah...
Anda juga boleh mencuba.

Cara-cara Penggunaan EUMORA

1. Bersihkan tangan sebelum guna, gosokkan pada tapak tangan untuk keluarkan buih. Ambil buih dan letakkan di kawasan yang bermasalah seperti jeragat, parut, kedut dan liang-liang roma yg besar sambil gosok perlahan-lahan (buat bulatan) hingga meresap kedalam kulit kemudian basahkan tangan, gosok lagi hingga keluar buih dan gosok ke seluruh bahagian muka. Untuk pertama kali guna, massage muka sehingga buih menyerap ke dalam kulit tetapi untuk seterusnya..hanya gosokkan buih ke seluruh muka sahaja.
2. Kemudian biarkan selama lebih kurang 3 minit, kurang tidak apa. Jika sudah lama guna, cuma biarkan 1-2 minit sahaja)
3. Basuh muka dan biarkan kering sendiri (Jangan lap) Berita Baik!! Tidak perlu gunakan toner dan cleanser lagi. Hanya perlu guna moisturizer & sunblock sahaja.
4. Sesuai digunakan 2 x sehari (pagi dan malam)
5. Sabun ini boleh mencerahkan kawasan yang gelap seperti celah ketiak, peha dan leher. Pada bahagian badan boleh dibiarkan lebih dari 3 minit sebelum cuci.
6. Boleh juga digunakan sebagai shampoo (Tak perlu guna shampoo dan conditioner lain lagi). Caranya adalah:- basahkan rambut kemudian keluarkan buih pada tapak tangan dan gosok seluruh kepala dan rambut. Tidak perlu buih yang banyak seperti shampoo yang lain. Rambut akan lebih lembut, bersinar, hitam, lebat dan Insyaallah tiada kelumumur.

BERJANJILAH UNTUK MENJAGA JANTUNG ANDA..



Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.

Sesaorang itu boleh menghidap dua jenis penyakit jantung, Iaitu penyakit jantung kongenital dan bukan kongenital.

Sakit jantung kongenital berlaku ketika dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung manakala sakit jantung bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

Faktor Risiko Serangan jantung:-

* Kurang bersenam atau tidak aktif.
* Merokok.
* Pemakanan yang tidak sihat.
* Kegemukkan
* Diabetes
* Penyakit tekanan darah tinggi.
* Tekanan perasaan.

Tanda Serangan Jantung:-

* Sesak nafas.
* Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan lazimnya merebak ketengah atau kiri dada dan selalunya merebak kelengan kiri dan leher.
* Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
Berpeluh dingin.
* Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
* Pening kepala dan loya.

Cara mencegah serangan jantung:-

* Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu, 20 hingga 30 minit setiap kali senaman.
* Kekalkan berat badan unggul.
* Makan secara sihat.
* Berhenti merokok.
* Belajar menangani tekanan perasaan.
* Periksa tekanan darah.
* Periksa glukosa darah.
* Awasi paras kolesterol.
* Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Thursday, July 9, 2009

Mula berkhidmat...

Hari ni, 10 Julai 2009 genaplah 10 hari saya menjadi sebahagian dari staff kerajaan, walaupun hanya untuk fatrah yang ditetapkan, namun saya sungguh berbesar hati kerana ada yang sudi menerima perkhidmatan dari saya. Masa yang ada akan saya peruntukkan untuk mengaut segala ilmu dan menyumbangkan sepenuh tenaga. Moga dari situ, akan lahirlah pelbagai lagi jawatan tetap yang lebih menjamin masa depan untuk saya.
Apa yang menariknya tentang jawatan ini, kami banyak sangat keluar, tugas kami di luar, setelah selesai tugasan luar, kami bagai semut pulang ke sarang. Masing masing membawa bekalan ke sarang dan mulakan tugas semula. Alhamdulillah tugasan yang diberi masih mampu digalas. Berhadapan dengan pelbagai kerenah teman sejawat, membuat bebanan yang dipikul terasa ringan.
Hari ni, saya berkesempatan untuk menulis, setelah sekian lama membisu, hati ini kembali merindu untuk melakar coretan di alam maya ini. Buat masa ni, hanya kesempatan di pejabat sahajalah yang saya gunakan untuk mencoret. Internet di rumah bermasalah.
Kelmarin, abang kedua saya yang belayar ke Indonesia telah pulang ke rumah..sebulan lebih tak bertemu buat saya rindukan kenakalannya. Dann semalam hari jadi ayah yang ke-58. Semoga ayah terus sihat dan semakin bertenaga untuk meneruskan amalan dan kegiatan harian yang Insyaallah akan diterima Allah..ameen..

Tuesday, May 19, 2009

Sepi yang berpanjangan....

Assalamualaikum Warahmatullah...

Lama sungguh rasanya sudah x di update blog ni...bukan sajer dah bersawang entah entah dah tak de yang datang menjenguk. Yerlah, setiap kali page ini di buka, hanya bahan yang sama sahaja...
Sejak balik ke Malaysia pada 15 februari lepas, masa kian suntuk untuk peribadi sendiri. Maklumlah, bila dah ada di sisi keluarga, banyaklah programnya. Tambahan pada 23 Februari lepas, saya dah mula bertugas di sebuah Tadika yang memang agak best, tapi setelah sebulan seminggu bergaji di situ, rasanya lebih indah jika hanya berkhidmat untuk keluarga. Dan masuk minggu kedua pada bulan kedua bekhidmat, keputusan untuk berhenti disuarakan dan Alhamdulillah, hati ini lebih tenang begini. Bekerja memang seronok, apatah lagi bila berkhidmat dengan setulus hati, terasa setiap hari bagai dihargai, namun kini, biarlah Allah sahaja yang mengetahui dan membalasnya...Ameen.. Semoga ada peluang pekerjaan yang lebih menjamin juga lebih amanah pimpinannya buat ku.. Ameen Ya Robb..

Apapun, sepanjang berkhidmat, hati saya benar benar terhibur dengan keletah anak anak pintar itu, mereka bagai penawar duka di hati. Apabila terpandang wajah mereka dan kenakalan mereka, hati yang panas menjadi sejuk. Benarlah, di usia seperti mereka , mereka masih suci dari segala dosa... Rindu rasanya pada semua 'khalifah di atfal' terutama my khalifah... semoga mereka terus maju dan berjaya tanpa saya di sisi.

Dan pada akhir bulan lepas, perlawanan sukan telah berangsung. Selama 1bulan 3minggu saya bersama mereka dalam latihan untuk sukan, maka saya di jemput untuk menghadiri hari perlawanan di Sport Planet, Ampang walaupun ketika itu saya telah berhenti dari perkhidmatan saya. Alhamdulillah my team iaitu Yellow Team bergelar Juara keseluruhan. Tahniah buat Kak Zura yang memang sejak awal mendidik team kami dengan cukup dedikasi. Juga tahniah buat Kak Izan yang mengantikan saya sebagai ketua team tersebut, walaupun hanya berkhidmat untuk team selama seminggu lebih,namun kesungguhannya juga menjadi semangat team kami. Sekalung tahniah buat Lily dan Shasha yang bagi saya mempunyai costum baju yang cukup2222 comel...teringin rasanya nak pakai costum team mereka. Buat Kak Fizah tabahkan hati, kuatkan semangat di sisi 'abang teacher'...Buat Intan, biarpun kalah dalam perlawanan, namun hatinya tetap gembira di hari perlawanan kerana kehadiran insan tersayang. Buat semua, semoga kalian terus tabah dan sabar dengan ujian yang melanda. Kuatkan kaki yang melangkah penuh yakin di jalan Allah, kerana segalanya pasti tidak terlepas dari perhitungan Ilahi, sama di dunia mahupun di akhirat nasib kita pasti terbela. Yang penting terus keikhlasan, semoga ianya menjadi pemberat neraca timbangan kita di akhirat nanti....Ameen.

Monday, March 30, 2009


Hasan Al Banna
Imam Asy- Syahid Hasan Al Banna adalah imam para dai di abad 20, sesuai dengan namanya beliau adalah pembangun generasi yang baik. Imam Hasan bin Ahmad bin Abdurrahman Al-Banna lahir pada tahun 1906 M di daerah Mahmudiyah kota kecil dekat Iskandariyah Mesir. Ayahnya seorang ulama yang diakui keilmuannya oleh ulama lain. Disamping itu beliau bekerja sebagai tukang reparasi jam dan penjilidan buku sehingga ayahnya dikenal dengan julukan Asy-Syaikh As-Sa’ati.

Lingkungan pedesaan yang jauh dari hiruk-pikuk suasana kota turut membantu perkembangan Hasan Al Banna. Sehingga dalam usia yang masih muda beliau sudah berhasil menghafal Al-Qur’an. Beliau disamping berguru pada ayahnya juga berguru pada ulama lain, sampai akhirnya mengantarkan beliau belajar di Universitas Darul Ulum Kairo.

Ghirah keislamannya sudah tumbuh semenjak kecil. Beliau sangat rajin ibadah dan suka mengunjungi para ulama untuk berdiskusi tentang masalah agama dan problematika umat. Sehingga tidak aneh para ulama dan gurunya sangat mencintai beliau dan menaruh harapan yang besar terhadap Hasan Al-Banna. Kegundahannya terhadap kemaksiatan menyebabkan Hasan Al-Banna kecil bersama teman-temannya membuat organisasi Menolak Keharaman. Dan diantara aktivitasnya, mengingatkan umat Islam yang melakukan dosa dan meninggalkan kewajiban Islam seperti shalat, puasa, dan lain-lain. Hasan Al-Banna juga punya kegiatan yang dilakukannya ketika masih kecil, yaitu membangun-bangunkan orang tidur dari rumah ke rumah untuk shalat Subuh berjamaah di masjid.

Pada tahun 1928 pada saat berusia 22 tahun, beliau mendirikan Jama’ah Ikhwanul Muslimun. Tokoh-tokoh yang bergabung di jama’ah ini di antaranya Syaikh Muhibbuddin Al-Khatib, ulama hadits; Syaikh Dr. Musthafa As-Siba’i, ahli hukum; Syaikh Amin Al-Husaini, mufti Palestina. Dan sekarang dakwah yang dirintisnya sudah masuk ke lebih dari 70 negara. Hampir tidak ada gerakan reformasi di dunia Islam yang tidak terpengaruh oleh pemikiran Jama’ah Ikhwanul Muslimun. Kelebihan Imam Hasan Al-Banna bukan pada kemampuannya ta’liful kutub (mengarang buku), tetapi pada ta’liful qulub (menyatukan hati) dan ta’lifur rijal (mencetak generasi muslim). Tidak aneh jika pengikutnya hampir ada di seluruh penjuru dunia. Penamaan Jama’ah Ikhwanul Muslimun juga tidak lain dari keinginan beliau untuk menyatukan umat Islam dan mengembalikan mereka dalam kejayaan Islam.

Berkata ulama India Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadawi tentang imam Hasan Al Banna, ”Kehadirannya cukup mengejutkan Mesir, dunia Arab dan dunia Islam secara keseluruhan. Semua terkejut oleh dakwah, tarbiyah, jihad dan kekuatannya yang unik. Allah telah mengumpulkan pada dirinya berbagai kemampuan yang kadang-kadang tampak kontradiktif di mata psikolog, sejarawan, dan kritikus, yaitu pemikiran yang brilian, pemahaman yang cemerlang, wawasan yang luas, perasaan yang kuat, hati yang penuh berkah, semangat yang membara, lisan yang fasih, zuhud dan qanaah –tanpa menyiksa diri– dalam kehidupan pribadinya. Cita-cita dan kepedulian yang tinggi dalam menyebarkan da’wah.”

Perhatian Hasan Al Banna terhadap Islam dan umat Islam sangat besar termasuk umat Islam yang jauh dari Mesir, seperti Indonesia. Hal ini yang menjadikan beliau memimpin sendiri Komite Solidaritas bagi Kemerdekaan Indonesia. Dan utusan Indonesia yang berkunjung ke Mesir saat itu, yaitu H. Agus Salim, Dr. H.M. Rasyidi, M. Zein Hasan dan lain-lain, mengucapkan terima kasih kepada Hasan Al-Banna atas dukungan untuk kemerdekaan Indonesia.

Imam Hasan Al Banna berpesan kepada pengikut-pengikutnya, ”Anda sekalian adalah ruh baru yang mengalir dalam jasad umat ini.” Dakwah dan jihad Hasan Al-Banna membuat kecut thaghut (penguasa yang lalim) yang hidup pada masa beliau. Tidak ada cara lain kecuali memusnahkan dakwah Hasan Al Banna. Tepat di depan kantor Organisasi Pemuda Islam yang didirikannya, Hasan-Al Banna ditembak. Sebagian pelaku membawa Hasan Al-Banna ke rumah sakit dan meminta kepada penjaga rumah sakit untuk membiarkannya tanpa penanganan medis.

Sampai setelah dua jam tanpa pertolongan medis, Hasal Al-Banna meninggal dunia. Tahun itu tahun 1949 M. Hasan Al-Banna dishalatkan oleh ayahnya yang sudah sepuh dan 4 orang wanita. Begitulah Hasan Al-Banna yang hidup untuk Islam dan umat Islam. Meninggal akibat konspirasi yang menginginkan dakwahnya redup. Tetapi kematiannya tidak membuatnya mati. Dakwahnya tetap hidup dan namanya tetap harum. Pendukung gerakan dakwahnya semakin banyak.

Demikianlah Allah akan menjaga agama-Nya. Dia selalu mengutus pada setiap abad ulama yang akan mengembalikan Islam pada kemurnian dan kejayaannya. Rasulullah saw. Bersabda, “Sesungguhnya Allah akan mengutus pada umat ini pada setiap satu abad orang yang memperbarui urusan agamanya.” (Abu Dawud, Al-Hakim dan Al-Baihaqi). [http://askarullah.wordpress.com]


Fatwa Syaikh Abdullah bin Jibrin Tentang Hasan Al-Banna dan Sayyid Quthb

Segelintir pemuda mengelompokkan Sayyid Quthb dan Hasan Al-Banna sebagai ahli bid’ah berikut melarang membaca buku-buku mereka, serta menuduh beberapa ulama lainnya sebagai penganut faham khawarij. Alasan mereka melakukan itu semua adalah dalam rangka menjelaskan kesalahan kepada masyarakat, sedang status mereka sendiri masih sebagai para penuntut ilmu. Saya sangat mengharapkan jawaban yang dapat menghilangkan keragu-raguan dan kebingungan saya mengenai hal ini.

Jawab:

Segala puji bagi Allah semata …

Menggelari orang lain sebagai mubtadi’ (pelaku bid’ah) atau fasik (pelaku dosa besar) adalah perbuatan yang tidak dibenarkan atas umat Islam, karena Rasulullah bersabda:

{مَنْ قَالَ لأَخِيْهِ يَا عَدُوَّ اللهِ وَلَيْسَ كَذلِكَ حَارَ عَلَيْهِ} (رواه مسلم).

“Barangsiapa yang mengatakan kepada saudaranya: “Wahai musuh Allah”, sedang kenyataannya tidak seperti itu, maka ucapannya itu menimpa dirinya sendiri.” (HR. Muslim).

{مَنْ كَفَّرَ مُسْلِماً فَقَدْ بَاءَ بِهِمَا أَحَدُهُمَا} (رواه البخاري ومسلم).

“Barangsiapa yang mengkafirkan seorang muslim, maka ucapan itu tepat adanya pada salah satu di antara keduanya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

{… أَنَّ رَجُلاً مَرَّ بِرَجُلٍ وَهُوَ يَعْمَلُ ذَنْباً فَقَالَ: وَاللهِ لاَ يَغْفِرُ اللهُ لَكَ . فَقَالَ: مَنْ ذَا الَّذِيْ يَتَأَلَّى عَلَيَّ أَنِّيْ لاَ أَغْفِرُ لِفُلاَنٍ ، إِنِّيْ غَفَرْتُ لَهُ وَأَحْبَطْتُ عَمَلَكَ} (رواه مسلم).

“… bahwa ada seseorang yang melihat orang lain melakukan dosa, lalu ia berkata kepadanya: ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengampunimu’. Maka Allah berfirman: ‘Siapakah gerangan yang bersumpah atas (Nama)Ku bahwa Aku tidak akan mengampuni si fulan? Sesungguhnya Aku telah mengampuninya dan Aku gugurkan (pahala) amalmu’.” (HR. Muslim).

Kemudian saya ingin mengatakan bahwa Sayid Quthub dan Hasan Al-Banna termasuk para ulama dan tokoh dakwah Islam. Melalui dakwah mereka berdua, Allah telah memberi hidayah kepada ribuan manusia. Partisipasi dan andil dakwah mereka berdua tak mungkin diingkari. Itulah sebabnya, Syaikh Abdulaziz bin Baaz[2] mengajukan permohonan dengan nada yang lemah lembut kepada Presiden Mesir saat itu, Jamal Abdunnaser – semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang setimpal - untuk menarik kembali keputusannya menjatuhkan hukuman mati atas Sayid Quthub, meskipun pada akhirnya permohonan Syaikh Bin Baaz tersebut ditolak.

Setelah mereka berdua (Sayid Quthub dan Hasan Al-Banna) dibunuh, nama keduanya selalu disandangi sebutan “Asy-Syahid” karena mereka dibunuh dalam keadaan terzalimi dan teraniaya. Penyandangan sebutan “Asy-Syahid” tersebut diakui oleh seluruh lapisan masyarakat dan tersebarluaskan lewat media massa dan buku-buku tanpa adanya protes atau penolakan.

Buku-buku mereka berdua diterima oleh para ulama, dan Allah U memberikan manfaat - dengan dakwah mereka - kepada hamba-hambaNya, serta tak ada seorang pun yang telah melemparkan tuduhan kepada mereka berdua selama lebih dari duapuluh tahun. Bila ada kesalahan yang mereka lakukan, maka hal yang sama telah dilakukan oleh Imam Nawawi, Imam Suyuthi, Imam Ibnul Jauzi, Imam Ibnu ‘Athiyah, Imam Al-Khaththabi, Imam Al-Qasthalani, dan yang lainnya.

Saya telah membaca apa yang ditulis oleh Syaikh Rabie’ Al-Madkhali tentang bantahan terhadap Sayid Quthub, tapi saya melihat tulisannya itu sebagai contoh pemberian judul yang sama sekali jauh dari kenyataan yang benar. Karena itulah, tulisannya tersebut dibantah oleh Syaikh Bakr Abu Zaid[3] hafidzhahullah …

وَعَيْنُ الرِّضَا عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَةٌ وَلكِنَّ عَيْنَ السُّخْطِ تُبْدِي الْمَسَاوِيَ

Mata cinta
terasa letih memandang aib
Tapi mata murka
selalu menampakkan aib

Abdullah bin Abdurrahman bin Jibrin

26 Shafar 1417 H.

___
Catatan Kaki:

[1] Anggota Hai-ah Kibaril ‘Ulama (Majelis Ulama Saudi Arabia).

[2] Mantan Ketua Umum Hai-ah Kibaril ‘Ulama (Majelis Ulama Saudi Arabia) dan Mantan Ketua Umum Dewan Riset Ilmiah, Fatwa, Dakwah dan Bimbingan Islam Kerajaan Saudi Arabia, rahimahullah.

[3] Anggota Hai-ah Kibaril ‘Ulama (Majelis Ulama Saudi Arabia).

Thursday, February 19, 2009

Alhamdulillah ya rahman, ya rahhim... akhirnya 2 tahun mengembara ke lautan ilmu di bumi anbiya' Urdun, bertemu dengan noktahnya...seperti yang dirancang, 6 semester berlalu penuh dengan suka duka yang mendewasakan. Dan sebelum pulang ke tanah air, Ayah Mama dan Abang Qarnain (abg sulung) telah datang berkunjung ke rumah mewah Nailofar saya di Jordan. Sempat juga saya bawa mereka mengunjungi Damascus. Alhamdulillah. Alfu syurkan buat kalian yang sudi menjejak kaki ke rumah mewah saya di sana, walaupun di sana tiada sofa, tiada TV dan tiada banyak keperluan hidup. Sekurang kurangnya kehadiran kalian lebih memewahkan kasih sayang kami ahli bayt Nailofar dan kita sekeluarga...

Disini ada beberapa keping gambar ketika di jordan,iaitu di Aqobah dan Ashabul Kahfi:








Dan kini, saya mula bergelar penggangur tetap, merangkap suri rumah kepada kedua insan yang paling bermakna buat saya. Kehidupan yang mengajar saya erti kematangan dan mungkin sebagai persediaan sebagai seorang isteri yang entah bila waktunya.
Berbicara soal rumah tangga, tak lama lagi, pak cik saya akan bernikah di rumah saya, kemeriahannya telah saya rasai bermula sekarang. Alangkah indahnya berkumpul beramai ramai. Hampir 3 kali hari keluarga telah saya ponteng, atas alasan berada dirantauan, kini, perhimpunan keluarga bakal berlangsung lagi. Semoga semuanya berjalan lancar, Ammeen..
Juga buat teman seperjuangan, Aiman, Akmal, Attiyah dan Lailatul Asma yang sudah pun mempuanyai keluarga sendiri, tahniah buat kalian dan semoga berkekalan selamanya. Juga yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tak lama lagi iaitu buat teman bernama Izzuddin dan adik Baiti, semoga jodoh kalian di berkati Ilahi. Seronok rasanya bila mendengar perihal teman sepermainan, sepergaduhan dan seperjuangan mula mengorak langkah menempuh kehidupan baru, namun jauh disudut hati, terasa sedih. Mungkin bila tanggungjawab kalian bertambah, makin sempitlah ruang yang diperuntukkan untuk teman. Apapun, inilah lumrah kehidupan insani. Ini masa mereka, masa saya belum tiba, kalau dah tiba, pasti ada juga yang akan merasa kehilangan seperti yang saya rasakan, namun biarlah antara kita sentiasa di ikat dengan doa yang tidak putus. Pernah saya di ajar, bahawa doa yang cepat makbul adalah JUGA dari teman yang mendoakan sahabatnya tanpa sahabatnya tahu bahawa namanya terselit dalam doa tersebut. Maka, biarlah semua tidak tahu samaada saya, anda atau kalian mendoakan teman atau tidak. Yang penting marilah sama sama kita mendoakan agar ada juga doa yang diperuntukkan buat kita... seperti mana yang termaktub dalam kalam suci "wa kafa billahi syahida"...yang membawa maksud, "cukuplah Allah yang menjadi saksi"..
Buat masa ini, saya masih runsing lagi. Bosan betul menganggur. Pelbagai borang telah cuba di isi, rezekinya dimana, Allahu a'lam. Semoga diberi ruang yang cerah untuk terus ke medan dakwah. Esok, 21hb 2, saya bakal menempuh 1 lagi ujian kelayakan untuk satu jawatan yang mama terlalu inginkan untuk saya. Namun jauh di sudut hati saya, saya tertanya tanya, "kenapalah saya isi borang tu dari awal?" Yerlah, saya tak berapa berminat, keluarga juga tak menyuruh saya isi, semuanya saya pohon atas kehendak diri. Bila dah dapat ujian kelayakan, tak berminat pula...kurniakanlah kekuatan mu ya Allah...

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP