Wednesday, November 12, 2008

Mana pergi kekuatn diri???

salam...kali saya membincangkan tentang diri saya sendiri...yang memiliki sikap yang xsepatutnya ada dalam diri ini...hm, saya jenis yang tidak yakin pada diri sendiri...walau pun sudah hampir 2 tahun berada dirantau orang, sikap ini tetap terus sebati dlm diri...entah mcm mana nak d ubah pun tak tahu...patutnya saya rasa confident...yakin dgn apa jua tindakan saya..xperlu menyesal dan xperlu hilang percaya pada diri...tapi lain plak jadinyer...yerlah..dh 2tahun belajar kehidupan dirantau...2 tahun rasa jerih payah belajar dalam bahasa asing sepenuhnyer..2tahun mula membasuh baju sendiri..masak sendiri...2 tahun xterus menginap di celah ketiak ayah dan mama...tapi mcm xamik pengajaran..confident tu ada sbnrnyer...tapi bila di sergah...terus ilang..mana tah perginyer...may be kalau kawan kawan yang ada tolong tegurkan boleh jerk... just mail me at humaira_izzah85@yahoo.com
untuk pengetahuan semua...sebelum ni blog ini xpernah disiarkan pada sesiapa pun...hanya sekali jer ada orang masuk..tu pun ahli bayt sendiri...kebetulan dia terampak saya buat blog ni..terkantoi...sorang jer pun...padahal kat rumah ni ada 5 orang..haha...xyakinkan...?
sarah baru ni ada tegur jugak...dia cakap...apa guna ada blog kalo nak rahsia kan??? bagi saya, saya xberahsia..sekadar xbgitau jerk...malu lah...dah lah blog ni xcomel...semuanya xup to date..kalau din tau ttg blog ni, mesti dia ckp dah bersarang...cerpen pun sekadar lakaran sepintas lalu..xmcm yang pernah di ajar oleh Paksu(muallim AzrulFazli)...nak buat karangan kena senarai isi tersurat, isi tersirat...ada pendahuluan...penutup...bukan dah melupakan ajaran beliau...tapi masa xde...internet plak...mcm chipsmore...hhmm, terpaksalah buat ala kadar...lebih kurang blog ni macam diary kot...hehe...
insyaallah.pasni kena lebih yakin...bila kita dah buat yang terbaik...semuanya akan jadi mudah...dalam MENDIKIT REDHO ILAHI...doa kalian amat diharapkan...

Saturday, November 8, 2008

ALFU MABRUK!!!!

Ni lah akmal...yang berdiri pakai baju pink...ini time kami outing d KFC....
Jun lalu...sekarang baru November...cam xpercayakan...aperpun, TAHNIAH.

Re-union memang satu majlis yang memupukkan semula ukhuwah bagi pencinta kasih sayang...baru baru ni,akhir bulan Jun, mungkin di tanggal 21 Jun, sekolah yang kami cintai, Al-Hidayah ada membuat Alumni...mulanya aku agak bersedih sebab xdapat join..tiba2, rezeki Allah, aku ditakdirkan pulang ke tanah air dan dapat meraikan bersama majlis ni..
Punyerlah sonok, kami berjumpa kawan2 yang lama dh tak jumpa, dah lama sangat, 6-7 atau mungkin 8-9 tahun xjumpa...masing2 dah membawa haluan sendiri...dah mencipta masa depan sendiri bersama lakaran hidup sendiri...
Kata mereka, Aiman dah kawin...aku pun xpernah tahu..maklumlah, aku jauh dari mereka... ramai yang dah berkeluarga rupanya...tapi batch aku, rasanya baru Aiman dan Huda saja yang dah mendirikan rumah tangga...Alhamdulillah..jodoh mereka dah sampai...moga sampai ke hujung hayat cinta dan kebahagiaan mereka...
Hari ini, aku sajer bukak internet...ternampak fs Akmal...wajahnya yang manis menarik minat aku untuk membuka profilenya...tiba2...Ya Allah, hanya KAU saja yang tahu, betapa terkejutnya aku membaca khabarannya tentang perkahwinannya.Sukar dipercaya...Akmal ni suka main2...mungkin nak bagi GEMPAK jer kot...aku pun terus capai phone n call Akmal. talian langsung tak dapat disambung, biasalah, panggilan antarabangsa, kadang2 memang suka buat hal...aku try call Din, Kimin, Zulfadhli dan Mohd...semua xdapat...aku call Sue.....hmm, dapat pun, tetiba, dia tak angkat..aku tengok jam, baru kul 11 .50 takkan dah tidor....ups, terlupa, di Malaysia sekarang ni pagi...Pukul 4.5o pagi...patutlah Sue tak angkat...ah, tak kira, aku call Tiyah, tak dapat juga...then aku try call Sarah...ha...dapat pun...
Sian sarah, aku kacau dia tidor...dia ckp memang betul Akmal dah kawen...hmm,..nak pengsan rasanya...tiba2 aku sebak...aku cakap kat Sarah, keciknyer ati, dia xgtau aku pun...Sarah cakap, tu baru akad jer...nikah bulan 2...sejuk jugaklah ati ni dengar pujukan Sarah. Then aku suh Sarah bangun tahjud...alang2 aku dh kacau dia pagi2 buta ni...hmm, ntah dia bangun ke idak budak tuh....hehe
Letak je phone, tiba2 aku nangis...sedihnyer...aku tulis status aku di YM yang aku sedih sbb kawan2 dh kawen...tetiba ada adik dpn umah aku, si Ku Mawaddah ni pujuk aku...dia ckp, rezeki masing2...jangan sedih dan Allah lebih tau yang terbaik untuk kita...pantang di pujuk, airmata aku cam makin laju jer turun...haha...biasalah tu kan..Ku terus bagi aku semangat dan kekuatan....Alhamdulillah aku dh okay...Thanks Ku...Actually, aku bukan sedih dorang kawen, best r kan dorg dah kawen, aku cam sedih sebab tengok perubahan kami...dulu hingusan lagi...dok berebut nak panjat tayar yang disusun di tepi pasu bunga kat tadika kami di Tadika Aiman...dan hari ni, dia dah bergelar Puan..tanggungjawab orang dh kawen ni berat ckitkan?...mesti dia dh xdapat nak giler2 ngan kami lagi....tapi, suami dia si Fauzi tu,leh tahan gak spottingnyer.harap dorg still spotting cam dulu...
Erm, lagi 1, aku rasa cam tak best bila xdapat tgok hari bahagia dorg...sedey giler...kenduri Akmal 28 feb..aku habis blajar akhir bulan Januari....nak buat urusan nak tamat blajar lagi..urusan dengan student department lagi...sempat ke nak balik?...final exam pun habis ujung Januari...ayahmama, abang2 dan adik pun nak datang lepak sni dlu...sempat ker?...erm, tahlah, aku akan usahakan gak...tak kira...!!
TO AKMAL DAN FAUZI : SEMOGA HUBUNGAN KORANG SAMPAI KE AKHIR HAYAT KORANG..JANGAN LUPAKAN AKU...SELAMAT MENJADI PASANGAN BAHAGIA DAN SAAAYANG KORANG...DOAKAN AKU JUGAK KEY...
ALFU MABRUK!!!

Saturday, March 1, 2008

Ciri ciri wanita solehah



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja yaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ? - Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya. - Wajib menutup aurat - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa - Berbuat baik kepada ibu & bapa - Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa - Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami - Memelihara kewajipan terhadap suami - Sentiasa menyenangkan suami - Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah. - Tidak cemberut di hadapan suami. - Tidak menolak ajakan suami untuk tidur - Tidak keluar tanpa izin suami. - Tidak meninggikan suara melebihi suara suami - Tidak membantah suaminya dalam kebenaran - Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya. - Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA --------------------------------------Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalam. Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemborkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak heran jika banyak wanita yang tidak menyadari bahwa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syetan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: artinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya." Sabda Rasulullah s.a.w.: artinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi) Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syetan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelimang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: artinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat
4) Lemah iman
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk. Ad-dunya mata' , khoirul mata' al mar'atus sholich Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah Wanita sholihah.

KELEBIHAN WANITA SOLEHAH



Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
Seor
ang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP