Friday, November 21, 2008

KELEBIHAN SURAH YAASIN

TERLEBIH DAHULU, GAMBAR SURAH AL-ANFAL DI SEBELAH ADALAH SEKADAR HIASAN.TIADA KAITAN DENGAN SURAH YAASIN


Terdapat banyak khasiat dalam al-quran, kali ini saya nak khususkan tentang surah Yaasin dahulu, insyaallah surah yang lain, antum pula yang tolong bincangkan sebagai pedoman bersama. Ini bukanlah ramalan atau nujum dari sesiapa, sekadar kajian menurut makna ayat atau mungkin sabab nuzul ayat itu sendiri, apa pun, bersama kita baca untuk menambah minat kita untuk lebih intabih tentang ilmu yang tersembunyi di sebalik kalimah Rabbul Jalal...

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dan jangan lah pula digunakan untuk elak Kastam. Bergantung juga pada niat.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13-35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23: Untuk menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak

Ayat 29 : Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam.

Ayat 33-35: Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. (mesti ramai nak cuba kan,..dh berjaya bagitau key..)
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan tentang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Nuh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.


Ayat 45-48: Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 77-79: Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.


Wallahualam.

Sunday, November 16, 2008

MENYALAHKAN ATAU MENCARI???




Merenung ke bulan,tertanya tanya, kenapa aku jadi begini??? kenapa begitu sukar mendapat hidayah Mu ya Allah...aku sering bermalasan, Qiamullail entah ke mana, Zikir ku huru hara, sekilas pandang, ramai menduga kewarakan diri ni. Namun jika di selidik, betapa jauhnya jurang persamaan antara aku dengan umat di zaman Rasullullah... sehingga ada ayat yang bermafhumkan...
"jika kalian tahu bagaimana perjuangan kami (umat terdahulu), pasti kau sedar yang kau kini, sedang bermain main dengan amalan mu.."..nau'zubillah...
Terkadang melihat muallaf yang lebih cakna soal agama, aku merasai diri terlalu aib, terasa kerdil dalam bidang yang diceburi...kenapa orang yang langsung tidak mengenali ISLAM lebih menjaga perihal agama, sedangkan aku?? Aku merupakan pengkaji agama...apakah pula amalan ku?...ya ALLAH, hinanya aku disisi MU...Bagaimanakah aku di akhirat kelak???
Aku mencari hidayah Mu ya ALLAH, berilah aku kecerahan minda dan kebersihan hati...aku cemburu melihat umat terdahulu, yang tidak pernah mengenal gentar dan lelah menghunus senjata, menentang kezaliman. Kenapa aku kini, yang hanya melawan nafsu dan bisikan syaitan, sering tewas, letih dan jemu berhadapan dengan mu ya ALLAH????
Benarkah hidayah Mu hanya untuk 'saudara baru'??? atau hanya untuk umat terdahulu??? Jika tidak, kenapa aku tidak mendapatnya??? Terdengar pula khabar tentang pejuang agama sesat yang kini telah memeluk agama ISLAM ini, kisah berkaitan Paderi David Benjamin Keldani:

Beliau dilahirkan pada tahun 1867 di bandar Urmia di Parsi. Beliau menjadi tenaga pengajar kepada Archbishop of Canterburry Mission bagi membimbing penganut-penganut agama Kristian di Urmia pada tahun 1886 hingga 1889. Pada tahun 1892, Cardinal Vaughan menghantarnya melanjutkan pelajaran di Rome dan di sana beliau dididik dalam ilmu Falsafah dan Ketuhanan di Propaganda Fide College dan pada tahun 1895, beliau dilantik menjadi paderi. Tidak lama selepas itu beliau menjawat tugas besar paderi di Urmia.Beliau memberi sumbangan yang banyak kepada agama Kristian. Pada tahun 1892, beliau menyumbang beberapa artikel yang bertajuk Assyiria, Rome, and Canterburry untuk majalah The Tablet dan artikel Aunthenticity of the Pentateuch untuk Irish Record. Beliau menterjemahkan Ave Maria ke dalam beberapa bahasa dan diterbitkan di dalam Illustrated Chatolic Missions. Ketika berada di Constantinople, dalam perjalanan ke Parsi pada tahun 1895, beliau menulis beberapa siri artikel dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Tulisan-tulisan itu diterbitkan oleh The Levant Herald dibawah tajuk Eastern Churches. Pada tahun 1897, beliau dipilih mewakili Katolik Timur ke Kongres Kristian di Perancis dan isi ucapan beliau diterbitkan oleh majalah Eucharistic Congress.
Dalam perjalanan hidupnya, satu persoalan yang sentiasa berlegar dalam pemikirannya adalah adakah agama Kristian, dengan kepelbagaian falsafah dan kitabnya, adalah agama yang benar? Pada musim panas tahun 1900, beliau bertapa selama sebulan di Dagala. Di sana beliau membaca Bible berulang-ulang kali dalam Hebrew (bahasa asal Kitab Bible) dan memohon petunjuk daripada Tuhan. Akhirnya beliau meletakkan jawatannya sebagai paderi besar Urmia. Selepas pertemuan dengan ulama Islam, Syeikh Jemaluddin Effendi dan lain-lainnya, beliau terus memeluk agama Islam dengan nama Abdul Ahad Dawud.
Antara sumbangan beliau kepada Islam adalah penerbitan buku beliau yang bertajuk Muhammad in The Bible. Di Malaysia, ia diterebitkan pada tahun 1969 oleh Pustaka Antara dibawah naungan Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) di Sarawak. Antara isi-isinya adalah berkenaan Nabi Muhammad yang kedatangannya disebutkan di dalam Bible secara jelas dan terang.
Begitu sekali petunjuk yang KAU hulurkan buat mereka..dari jalan yang penuh kegelapan, diletakkan beliau di atas sekali. Merangkap pemimpin kepada kesesatan, dan kini, KAU suluhi mereka seterang terangnya...mereka telah diberi hidayah..mereka kini jauh lebih mulia dari aku yang sememangnya dilahirkan sebagai muslimah...kenapa aku yang berada di jalan MU, terlalu jauh dari petunjuk MU???
Sering timbul persoalan ni..menanti HIDAYAH datang menjenguk, mempersoalkan persoalan yang tidak sewajarnya kepada ILAHI...tetapi tanpa ku sedari, rupanya, diri terlupa mengundangnya...Aku terlupa menjemput HIDAYAH hadir dalam hidup ku...sekadar bermalasan dan hanya menunggu di tepi tembok kelikir, pastikah akan datang HIDAYAH itu?? Sepatutnya aku yang pergi mencari HIDAYAH....aku sewajarnya bertanya kenapa aku bermalasan... ??

Ya ALLAH, aku tersasar sekali lagi, terima kasih kerana menyedarkan aku dari terus terhanyut dalam lamunan bisikan durjana...Berilah aku petunjuk dan berilah aku kekuatan yang istiqomah..bantuilah aku untuk menjadi hamba yang sering KAU rindui.....Marilah sahabat, kita keluar dari kepompong kemaksiatan, kejahilan dan kealpaan...kita mencari cahaya kemuliaan, kebenaran dan cahaya kesedaran,

---sekadar peringatan bersama---

Saturday, November 15, 2008

SaNaH HeLwa Ya JaMiL..!!



Kek Yang Ziana dan Ahli baytnya hadiahkan...




Alhamdulillah pada tarikh 6 November baru ni, saya dah masuk umur 23 tahun. Bila tiba hari ulang tahun kelahiran, mesti semuanya gembira sangatkan?..Biasanya waktu ni, kita akan dapat hadiah, dapat ucapan...orang orang tersayang pasti akan teringatkan kita. Namun bagi saya, hari ulang tahun ni tak lain tak bukan adalah peringatan dari ILAHI bahawa ajal kita semakin hampir..semakin hampir rupanya dengan kematian. Takut pula rasanya...amalan macam tak bertambah,dosa pula yang semakin membiak...Hhhmmm, apalah amalan yang dibawa yer?? teringat pula ayat dari QURAN yang mafhumnya :
" bila datang maut pada seorang daripada kamu, maka tidak dilambatkan waktu, dan tidak juga dicepatkan"..ya allah, berilah keampuan mu..

Namun, tidak salah jika hari mulia ini kita raikan kan?? Tarikh lahir saya sama dengan tarikh lahir abang sulung. Abang dilahirkan pada 6 N0vember 1990, jarak kami cukup cukup 5tahun, selalu masa nak celebrate birthday, kami akan pergi makan malam beramai ramai di Parkeeza Ipoh...Yang bestnyer kat kedai tu ada pak cik yang boleh dendangkan makan malam kami dengan bermain piano...bila time birthday, best sangat pergi situ. Sebab kami boleh minta di mainkan lagu "happy birthday" guna piano...waktu tu,semua orang di kedai tu pun akan ucapkan selamat pada kami berdua bersama iringan mainan piano...wah, best sungguh masa tu...rasa bagai puteri...semua orang sayang!! Tapi itu zaman dulu...zaman kanak kanak. Kini dah besar, kami terbiasa dengan sekadar ucapan, pelukan dan kucupan mesra dari keluarga. Itulah yang paling bermakna dari segalanya. Namun kini, saya berjauhan dari keluarga...Tanpa kucupan dan pelukan mereka, terasa sunyi di hari bahagia...Kawan kawan ada di depan mata, namun mereka tidak mampu mengatasi kehangatan pelukan saudara sendiri. 2 tahun dirantauan, yang kebetulan membuatkan saya menyambut hari lahir 2kali tanpa mereka disisi.
Kini tiba lagi 6 November. Sambutan kali ketiga dirantauan. Apalah erti hari bahagia ini??? Tiba maghrib 5 Nov, saya mula duduk di jendela, merenung kegelapan malam, mencari kelibat bulan yang belum berhias untuk menjelmakan diri. Selepas solat, saya kembali ke jendela, terlihat sahaja sinar bulan, terdetik hati ini mengingati saat manis di Parkeeza dahulu. Jauh di sudut hati, saya mengucap kalimah alhamdulillah dan berdoa sepanjang lebar yang mampu sambil menadah tangan. kesunyian dan kesepian bilik ini (roommate keluar), membuatkan kekusyukan saya semakin asyik...setelah puas merayu doa, merintih dan menagih kemaafan Ilahi serta memohon apa yang patut, baru tersedar, pipi ini sudah lenjun, tudung juga sudah kebahasan...Ya allah, manisnya berbicara dengan Mu..airmata sendiri mengalir pun sudah tidak lagi disedari...


Tiba jam 12 malam- 6 Nov, ramai yang mula memberi mesej selamat, termasuk abang sulung...gembira hati ini. Abang turut menghadiahkan saya duit dalam akaun bank..banyak sangat yang diberi. Terkejut rasanya...katanya termasuk duit raya..Alhamdulillah..
Malam itu, saya sengaja stay up. Konon nak study, tapi baca apa pun tak masuk..mungkinkah rindu yang sedang bersarang di dada menggangu tumpuan ku? Tiba jam 1 pagi (6pagi Malaysia), telefon berdering, riangnya hati...tertera nama "Lovely Mama"...riang teramat riang, sebak mendengar suara mama dan ayah mendendangkan lagu "happy birthday" dari corong telefon...ceria sungguh kami berbual, hati yang gelojak gembira sudah dapat dikawal, namun senyuman masih tidak lekang dari bibir...Ya allah, terima kasih Allah, kerana Kau kurniakan aku ibubapa seperti mereka...Alhamdulillah..puas berbual, talian diputus hati ini mulai berbunga dan malam itu, saya boleh stay up sampai pagi. Maklumlah, sepanjang 2 tahun berjahuan, mama tak pernah call saya... mama pakai Celcom bil. Mana boleh call oversea kalau tak buat Roaming..? so, kalau ada apa apa, saya lah yang call. Kata mama, lagi 5hari mama nak ke Sweden dan mama baru sahaja aktifkan roaming.Kalau saya tahu mama nak call, pasti saya record...hehe..

Selepas isya' 6-Nov, saya mengikuti program perasmian TDI(Tour De Ilmi-lebih kurang macam USRAH). Perasmian merangkap TDI pertama kami dalam oranisasi pemerintahan baru. Kebetulan, kami 1 rumah(bayt Nailofar) dijadualkan membuat persembahan sajak...saya juga tak lepas peluang mengambil bahagian. Maklumlah, ini kali pertama kami berkumpul perempuan sahaja, bila lagi nak tunjuk bakat kan??Lawak sungguh rasanya, sehingga sekarang, nama, gaya dan cara penyampaian saya teru terusan menjadi buah mulut sahabat, TERUTAMA ahli bayt..hehe,malu sangat..namun semuanya terus berlalu. Biarlah jadi sejarah yang indah di hati ini selamanya...Tamat perasmian dan persembahan, kami di menonton 1 tayangan, sebelum bermula tayangan, tiba tiba pengerusi majlis bangun dan mengajak sahabat handai yang lain menyanyikan lagu selamat untuk saya...terharu rasanya...semua menyanyi sambil melihat saya dengan pandangan ceria, gamat suara mereka...terasa hangat di pipi menahan sebak bercampur gembira dan malu. Pertama kalinya di perlaku begini...Alhamdulillah Ya allah, kerana Kau kurniakan aku sahabat seperti mereka....

Dan hari ini, 15 Nov, saya meraikan ulang tahun kelahiran ini bersama teman sebilik, Nor Aishah Rais. Kebetulan hari lahirnya 4 hari selepas hari bahagia saya. Majlis simple teramat simple. Sekadar mee kari, agar agar, nasi kunyit dan kentang goreng. Ditambah teh panas...maklumlah, musim sejuk, tak kan nak minum ais..? Majlis sekadar mengabungkan rumah ini(bayt Nailofar) dan rumah depan (bayt Hambra'). Kek yang saya tempah dari Ziana menjadi hadiah darinya sempena hari lahir kami. dia tak nak di bayar pula... Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah..
Majlis berjalan lancar, kami makan, menyanyikan lagu selamat, bermain, bergurau,bergelak ketawa dan sembang bagai lama tak jumpa. Segalanya bersama..Indah sungguh malam ini...Terima kasih adik adik ku....terima kasih ahli bayt Hambra'- Ku Mawaddah, Ziana, Nana, Fifah, Neji, Odah, Pijah... terima kasih ahli bayt Nailofar- Cheng2, Dayah, Ida dan terutama teman sebilik- Nor Aishah Rais... kasih sayang kalian akan terus di ingati...


Thursday, November 13, 2008

Let's be an HONEST person..

Have you ever asked yourself the following questions:
What does "being honest" really mean?
Do I have to say everything I think to be considered an “honest” person?
Aren't certain truths better left unsaid?
Being an honest person is being able to think, do, say and feel the same thing. If you think or feel something and you don't act accordingly, you're not being true to yourself and/or to others.
Being honest doesn't necessarily mean having to say everything we think and feel. However, when we do decide to speak or act, our words and actions should always correspond to what we think and feel.
Let us have a look at some of the fears that prevent us from being honest.
The Fear of Displeasing
Has anyone ever asked your opinion about something you didn't like or which you thought was ugly? How did you answer? Did you act the same way most people do, finding reasons to avoid saying what you were really thinking so as not to displease the other person?
People frequently agree with their spouse because they are afraid to displease them. Others force themselves to do everything in their power to please another even to the point of sacrificing their own wishes.
The Fear of Another Person’s Reaction or Anger
This is one of the greatest fears preventing us from being honest.
Here are several examples:
¨ A mother who says to her child: “I'll give you permission but don't tell your father.”
¨ A child who hides his school marks from his parents.
¨ A wife who lies to her husband about the cost of her purchases.
¨ A man who invents excuses when he arrives home late.
¨ A wife who tells her husband that she was busy all day when in fact she saw a friend and didn't do much at all.
Alcoholics, smokers and people who judge their own weaknesses also secretly fear the reactions and opinions of others.
Fear of Not Portraying the Desired Image
Rigid people who are overly self-controlling often have this fear. The judgements and opinions of others are very important to them. These people try to look and be their best at all times.
They also have a tendency to lie to themselves. For instance, when they say: “I am no longer addicted to cigarettes”, they are very often only trying to control themselves and are secretly envious of those who still smoke.
They also tend to be overly controlling of their weight, what they eat, their outings, their friends, the way their houses look; anything that others could judge as being imperfect. They may also lie about their children or spouse if the lies support the image of the perfect parent (or spouse) that they are trying to maintain.
Fear of Not Being Good Enough:
Once committed to something, many people feel that they have to perform or carry out their commitments even if it exceeds their limits. They may find themselves stuck in situations that do not match their feelings or their desires. These people are often perfectionists who believe that they never do enough, or that what they do is never good enough.
Fear of Appearing Ungrateful
¨ Saying: "Thank you, I love your gift" when it is simply not the case.
¨ Inviting someone along whose company you don't really like just because they invited you before.
¨ Visiting your parents regularly even though you would prefer to see them less often.
¨ Choosing a career to make your parents happy even though you would be better suited to another job.
¨ Making love to your spouse even though you don't want to because he or she has just taken you out or given you a present.
¨ Feeling obligated to help someone even though you have plans just because they have helped you out in the past.
Fear of Losing or of Not Having Enough:
People who are frightened of not having enough are often the type to cheat on their income tax returns or on an insurance claim. Others will get a doctor to certify that they are unable to work so that they may receive sick benefits when in fact, they are capable of working. Others will take a day off, telling the boss that they are ill, when they are actually having fun or just lounging around.
The fear of losing one’s partner can also cause a person to be dishonest and remain silent about their true feelings.
They know that their relationship is superficial but the fear of being abandoned by their spouse or partner is stronger than their desire for an honest open relationship. The fear of abandonment can cause them to bury their heads in the sand instead of discussing their true feelings with their partners.
Some people will even act affectionately and attentively to their partners, only to turn around and unleash their pent-up criticisms behind their back to whoever is willing to listen.
These people will often say, “It doesn't bother me”, when in fact, what has just happened or been said really did upset them. In most cases, this behavior is motivated by the fear of losing someone or something.
As you can see, lies hide all sorts of fears! When you realize that you haven't been honest, try and find the fear which caused you to be untruthful. The good side of lying is that it helps you to become aware of the fears which stem from your childhood wounds. The most common wounds that we experience in childhood are: rejection, abandonment, humiliation, betrayal and injustice.
The previously mentioned examples of why we resort to lying are caused by one of these wounds. Lying is a form of human protection. People who lie may have a subconscious belief that by not being honest, they will no longer feel their wounds. This belief is false; it only creates an illusion of protection. The wound remains whole and the fears enliven and feed it.
Lying to yourself and others leads to harmful consequences:
¨ Lying creates unease in relationships.
¨ Lying blocks our ability to create in accordance with our real needs, therefore blocking our creativity.
¨ Continually blocking our real needs negatively affects our physical body, thus eventually leading to illness. Some most common illnesses related to an inability to live truthfully are throat, jaw, teeth and gum disorders; torticollis (wryneck) and laryngitis.
¨ Those who have a fear of moving forward often have problems with their legs, feet and sciatic nerve.
¨ The depth of the wounds experienced in childhood and the degree of the fears you have carried since then will determine the gravity of the illness. It is therefore urgent to make a decision to be honest even if it seems to be a difficult thing to do in the beginning.
How To Live Honestly
Forgive yourself for having been dishonest, understanding that you were simply afraid of suffering.
Decide to be true from now on, knowing that at the beginning you won't always be able to. It will become easier with practice.
Tell the people close to you about your decision to be honest. Explain that you don't know how this decision will affect the way you act or speak and that they should be prepared to see a difference. Allow yourself to be clumsy at the beginning.
When you're afraid to tell the truth, take a deep breath, admit your fear and dare to be honest. You will be very happy to see that your fear wasn’t real after all and that since it was based on a past experience, it does not necessarily reflect your reality today.
At the end of the day, reflect on and take note of those moments when you weren't true to yourself or true to another person. Try to pinpoint which fears are at the root of your lying. Allow yourself to have these fears and accept that being afraid is only human.
Whenever possible, admit it to the person concerned, the next day if necessary.
You will like the rewards of being honest so much that, after a time, it will become natural to be truthful all of the time.
Your relationships will improve and your creativity will develop to the same degree. You will discover your "true self" and you will stop cultivating the false personalities that rob you of your energy and individual potential. Instead, you will use your creative energy to open up the doors of abundance in all areas of your life.

KALKATU

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.
Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.
Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.
MORAL & IKTIBAR
Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu .
Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat .
Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.

Wednesday, November 12, 2008

Mana pergi kekuatn diri???

salam...kali saya membincangkan tentang diri saya sendiri...yang memiliki sikap yang xsepatutnya ada dalam diri ini...hm, saya jenis yang tidak yakin pada diri sendiri...walau pun sudah hampir 2 tahun berada dirantau orang, sikap ini tetap terus sebati dlm diri...entah mcm mana nak d ubah pun tak tahu...patutnya saya rasa confident...yakin dgn apa jua tindakan saya..xperlu menyesal dan xperlu hilang percaya pada diri...tapi lain plak jadinyer...yerlah..dh 2tahun belajar kehidupan dirantau...2 tahun rasa jerih payah belajar dalam bahasa asing sepenuhnyer..2tahun mula membasuh baju sendiri..masak sendiri...2 tahun xterus menginap di celah ketiak ayah dan mama...tapi mcm xamik pengajaran..confident tu ada sbnrnyer...tapi bila di sergah...terus ilang..mana tah perginyer...may be kalau kawan kawan yang ada tolong tegurkan boleh jerk... just mail me at humaira_izzah85@yahoo.com
untuk pengetahuan semua...sebelum ni blog ini xpernah disiarkan pada sesiapa pun...hanya sekali jer ada orang masuk..tu pun ahli bayt sendiri...kebetulan dia terampak saya buat blog ni..terkantoi...sorang jer pun...padahal kat rumah ni ada 5 orang..haha...xyakinkan...?
sarah baru ni ada tegur jugak...dia cakap...apa guna ada blog kalo nak rahsia kan??? bagi saya, saya xberahsia..sekadar xbgitau jerk...malu lah...dah lah blog ni xcomel...semuanya xup to date..kalau din tau ttg blog ni, mesti dia ckp dah bersarang...cerpen pun sekadar lakaran sepintas lalu..xmcm yang pernah di ajar oleh Paksu(muallim AzrulFazli)...nak buat karangan kena senarai isi tersurat, isi tersirat...ada pendahuluan...penutup...bukan dah melupakan ajaran beliau...tapi masa xde...internet plak...mcm chipsmore...hhmm, terpaksalah buat ala kadar...lebih kurang blog ni macam diary kot...hehe...
insyaallah.pasni kena lebih yakin...bila kita dah buat yang terbaik...semuanya akan jadi mudah...dalam MENDIKIT REDHO ILAHI...doa kalian amat diharapkan...

Saturday, November 8, 2008

ALFU MABRUK!!!!

Ni lah akmal...yang berdiri pakai baju pink...ini time kami outing d KFC....
Jun lalu...sekarang baru November...cam xpercayakan...aperpun, TAHNIAH.

Re-union memang satu majlis yang memupukkan semula ukhuwah bagi pencinta kasih sayang...baru baru ni,akhir bulan Jun, mungkin di tanggal 21 Jun, sekolah yang kami cintai, Al-Hidayah ada membuat Alumni...mulanya aku agak bersedih sebab xdapat join..tiba2, rezeki Allah, aku ditakdirkan pulang ke tanah air dan dapat meraikan bersama majlis ni..
Punyerlah sonok, kami berjumpa kawan2 yang lama dh tak jumpa, dah lama sangat, 6-7 atau mungkin 8-9 tahun xjumpa...masing2 dah membawa haluan sendiri...dah mencipta masa depan sendiri bersama lakaran hidup sendiri...
Kata mereka, Aiman dah kawin...aku pun xpernah tahu..maklumlah, aku jauh dari mereka... ramai yang dah berkeluarga rupanya...tapi batch aku, rasanya baru Aiman dan Huda saja yang dah mendirikan rumah tangga...Alhamdulillah..jodoh mereka dah sampai...moga sampai ke hujung hayat cinta dan kebahagiaan mereka...
Hari ini, aku sajer bukak internet...ternampak fs Akmal...wajahnya yang manis menarik minat aku untuk membuka profilenya...tiba2...Ya Allah, hanya KAU saja yang tahu, betapa terkejutnya aku membaca khabarannya tentang perkahwinannya.Sukar dipercaya...Akmal ni suka main2...mungkin nak bagi GEMPAK jer kot...aku pun terus capai phone n call Akmal. talian langsung tak dapat disambung, biasalah, panggilan antarabangsa, kadang2 memang suka buat hal...aku try call Din, Kimin, Zulfadhli dan Mohd...semua xdapat...aku call Sue.....hmm, dapat pun, tetiba, dia tak angkat..aku tengok jam, baru kul 11 .50 takkan dah tidor....ups, terlupa, di Malaysia sekarang ni pagi...Pukul 4.5o pagi...patutlah Sue tak angkat...ah, tak kira, aku call Tiyah, tak dapat juga...then aku try call Sarah...ha...dapat pun...
Sian sarah, aku kacau dia tidor...dia ckp memang betul Akmal dah kawen...hmm,..nak pengsan rasanya...tiba2 aku sebak...aku cakap kat Sarah, keciknyer ati, dia xgtau aku pun...Sarah cakap, tu baru akad jer...nikah bulan 2...sejuk jugaklah ati ni dengar pujukan Sarah. Then aku suh Sarah bangun tahjud...alang2 aku dh kacau dia pagi2 buta ni...hmm, ntah dia bangun ke idak budak tuh....hehe
Letak je phone, tiba2 aku nangis...sedihnyer...aku tulis status aku di YM yang aku sedih sbb kawan2 dh kawen...tetiba ada adik dpn umah aku, si Ku Mawaddah ni pujuk aku...dia ckp, rezeki masing2...jangan sedih dan Allah lebih tau yang terbaik untuk kita...pantang di pujuk, airmata aku cam makin laju jer turun...haha...biasalah tu kan..Ku terus bagi aku semangat dan kekuatan....Alhamdulillah aku dh okay...Thanks Ku...Actually, aku bukan sedih dorang kawen, best r kan dorg dah kawen, aku cam sedih sebab tengok perubahan kami...dulu hingusan lagi...dok berebut nak panjat tayar yang disusun di tepi pasu bunga kat tadika kami di Tadika Aiman...dan hari ni, dia dah bergelar Puan..tanggungjawab orang dh kawen ni berat ckitkan?...mesti dia dh xdapat nak giler2 ngan kami lagi....tapi, suami dia si Fauzi tu,leh tahan gak spottingnyer.harap dorg still spotting cam dulu...
Erm, lagi 1, aku rasa cam tak best bila xdapat tgok hari bahagia dorg...sedey giler...kenduri Akmal 28 feb..aku habis blajar akhir bulan Januari....nak buat urusan nak tamat blajar lagi..urusan dengan student department lagi...sempat ke nak balik?...final exam pun habis ujung Januari...ayahmama, abang2 dan adik pun nak datang lepak sni dlu...sempat ker?...erm, tahlah, aku akan usahakan gak...tak kira...!!
TO AKMAL DAN FAUZI : SEMOGA HUBUNGAN KORANG SAMPAI KE AKHIR HAYAT KORANG..JANGAN LUPAKAN AKU...SELAMAT MENJADI PASANGAN BAHAGIA DAN SAAAYANG KORANG...DOAKAN AKU JUGAK KEY...
ALFU MABRUK!!!

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP