Sunday, November 30, 2008

Hukum Gugur Janin

Hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurakn janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.

Sekadar itu dahulu, semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua, sebarang teguran membina amatlah dialu-alukan.

Sahabat yang hilang

Ku ukirkan bicara sekeping hati
Di sehelai lembaran tabir elektronik
Agar suatu masa
Kau bisa membacanya
Kau bisa menghayati bait-bait katanya

Sahabatku
Ingatkah dikau saat ukhuwah kita terpateri???
Tika itu
Di matamu terbit sinar keikhlasan
Di bibirmu terungkap suatu talian kemesraan
Di hatimu sering berbicara erti persahabatan
Masihkah kau ingat???

Sahabatku
Lamanya masa telah berlalu
Meninggalkan kita semua

Membawa haluan sendiri
Namun..
Hati ini sering merindu masa nan lalu
Masa kita bersama di waktu dulu
Tahukah dikau mengapa?

Mungkin kau kini lupa
Biarlah aku menggamit kembali memori itu

Supaya kau sedar semua itu Bagaikan tiada kini..

Sahabatku
Dulu kau selalu menemaniku

Bergurau, mengusik, bertikam lidah..

Aku rindu saat itu...
Dulu kau sentiasa mengambil berat perihal diri ini
Menjagaku, melindungiku, mengajarku

Aku rindu sahabat
..


Sahabatku
Saat aku merinduimu
Bayangmu akan menari-nari di tubir mata ini
Suaramu gemersik di telingaku
Membicarakan suatu kata semangat
Mengungkapkan suatu bicara indah
Sehingga rindu itu tenggelam bersama nafas keikhlasanmu

Tapi kini
Sedarkah kau sahabatku???
Semua itu bagaikan tiada
Kau kini sibuk mengejar cita citamu
Sehingga satu saat masa yang berlalu
Tiada dapat kau luangkan buatku

Sahabatku
Kehadiran insan bergelar kekasih dihati mu
Bagaikan merubah segala-galanya
Bukan niatku mempersoalkan kejujuranmu
Bukan niatku memperjudikan keikhlasanmu
Tapi
Semua itu adalah hakikat
Hakikat yang tiada mampu kau pertikaikan

Masihku ingat pada suatu hari
Katamu...
Insan itu kekasih mu

Biarpun kau miliki kekasih,
kau tetap perlukan aku..

Seperti termaktubnya ukhuwah persahabatan kita..
Tapi sedarkah dikau
Kini kau telah berubah,

Gurauan ku umpama pisau yang menoreh hati mu

Teguran ku umpama pedang yang menghunus


Sahabatku
Aku menginginkan kau sedar
Betapa takutnya hati ini
Betapa resahnya jiwa ku
Melihat perubahan mu…

Aku tidak berniat merampas kedudukannya..

Aku sekadar rindukan persahabatan dahulu..

Hanya persahabatan...sukarkah???


Sedar kah kau???


Aku perempuan
Punyai sifat yang lemah
Punyai hati dan perasaan yang lembut
Sejujurnya...aku terluka dengan kata manis mu

Berbunyi mesra namun bagai menyeksa
Dengarlah bicara hati ini
Tenunglah kata hati ini


Sahabatku...
Hatiku terguris dengan semua yang berlaku
Jiwa ku menangis
Tapi kau tiada pernah mendengarnya
Perasaanku kekadang terhiris
Sedikit teguran ku,

Banyak pula alasan mu,

Kenapa cepat kau berubah?

Aku sekadar bertanya....aku pelik

Bukannya aku mempertikaikan…

Kenapa niat ku di salah tafsirkan?

Kemana perginya kau yang dulu???


Sahabatku
Biarlah hatiku sahaja yang menangis buatmu
Biarlah hatiku jua yang terguris keranamu
Dan biarlah ku pendamkan semua perasaan ini
Ku hanya mengharapkan
Kau bahagia bersamanya
Kau bisa tertawa

Tanpa kau sedar bahawa sajak ini adalah untukmu..

Sahabatku
Di sini
Kutitipkan bersama sekeping hatiku
Agar kau bisa melihat parahnya luka itu
Agar kau bisa mengetahui
Betapa hatiku sentiasa mengenangmu...

Sahabatku
Pandanglah hati itu
Selamilah ia
Kerana di sebaliknya
Ada terukir suatu kata indah
Yang ku ukirkan buatmu
Dulu, kini, dan sepanjang hayatku
Aku merindu bersahabat dengan mu,
Seperti dahulu...

Saturday, November 29, 2008

DISEBALIK NAMA ITU....

AMIENAH

Ramai bertanya, kenapa Amienah?....bukankah nama itu sudah lapuk..?
Masa kecil dahulu, saya terlalu bangga dengan nama itu...ke mana pergi,nama itu yang saya berikan jika ditanya. Namun, bila melangkah ke darjah satu, terdengar nama kawan yang lebih menarik, timbul rasa cemburu di hati...teringin rasanya mempersoalkan kepada mama, kenapa nama itu yang dipilih...? Tetapi didiamkan sahaja kerana khuatir nanti akan terusik hati seorang ibu...bukankah itu satu pemberian..kenapa perlu dipersoalkan?
Masuk ke darjah 3, saya mula belajar tentang Sirah Nabawiah..kata Muallimah Azlina, Nama wanita agung yang telah melahirkan manusia agung iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah Aminah juga...Muallimah turut memuji nama saya di dalam kelas...berbunga rasanya di hati ini...pulang dari sekolah, saya ajukan persoalan yang sekian lama dipendamkan kepada mama..Namun soalan saya yang bernada gembira tidak melukai hati mama.

Jawab mama.."ayah suka sangat nama tu, sejak tahu mama mengandungkan anak perempuan lagi ayah telah menyimpan hasrat menamakan amienah dengan nama Siti Aminah." Oh, nama itu memang milik saya sejak dalam kandungan lagi...? Kata mama lagi, mama dah cakap nak tukar pada nama lain..namun ayah tetap berkeras mahukan nama tersebut. Sanak saudara juga turut berkumpul untuk membincangkan nama saya...antara nama yang telah ditapis oleh ayah adalah:
1- Wardah (diambil sempena nama kedua mama anugerah atuk ketika mama kecil)
2- Raudhah (hasil persepakatan keluarga kembangan, barangkali...)
3- Amalina (yang membawa maksud harta kami-memandangkan saya anak perempuan pertama, nama ini cadangan dari seorang ustaz)
Namun, nama ini adalah sekadar tapisan dari ayah, bila di suruh pilih, ayah tetap memilih Siti Aminah...
Tiba saat 6 November, saya dilahirkan dan saya mula dipanggil dengan nama Aminah. Kata makcik makcik, mama sampai merajuk dengan ketegasan ayah yang tidak mahu mengubah nama itu. Sejauh mana kebenarannya tidak pula mama khabarkan pada saya, malu mungkin. Melihat keadaan ayah yang selamba dengan ketegasannya, akhirnya mama mengalah. Mama mencadangkan nama baru iaitu Amienah. Bukan lagi Siti Aminah. Ayah tersenyum, katanya, "apa apa sahaja asalkan ada bunyi Aminah"... dan pagi esoknya nama saya didaftarkan dan di saman kerana kelewatan membuat mendaftar kelahiran. Sejak mengetahui begitu sekali 'perjuangan' ayah mempertahankan nama saya, saya mulai menyintai nama saya sepenuh hati...

Dan kini, saya sudah sampai ke Tanah Arab, di mana di bumi ini, terkenal dengan sejarah para Anbiya'...setiap kali kehadiran saya di ambil ketika di dalam kelas, bangga rasanya. Doktor2 jamiah mudah menyebut nama saya dan selalu pening membaca nama sahabat saya..berkawan dengan masyarakat arab pula, seronok rsangat. Mereka bukan sahaja memuji nama saya, malah mudah mengingatinya. Dan kebetulan, hanya seorang sahaja Amienah Malayzi yang ada di Mantiqah Mu'tah ni... maka nama saya agak popular dikalangan mereka...Alhamdulillah..


FaRauLaH

Baru baru ni, ada seorang kawan dari Malaysia email saya dan suruh saya explain, Kenapa FaRauLaH menjadi nama gelaran saya?...erm, pelik rasanya nak bagitahu pada umum, tapi bila ada yang bertanya, rasanya tak salah di jawab...
Faraulah bermaksud Strawberry...nak kata saya suka strawberry, tak juga..sebab saya belajar makannya secara acap pun di sejak sampai di Jordan. Di Malaysia dulu, kalau mama pergi Cameron beli tu, saya buat tak tahu jer...bila dah lembik saya buat shake jer...nak makan mentah macam tu, tak berminat pulak...Nak kata saya minat Pink tak juga, sebab warna kegemaran saya adalah Ungu, kedua Biru dan ketiga barulah Pink...Tapi kenapa yer saya pilih nama tu?..entahlah, saya pun tak tahu...Erm, mungkin kerana ianya adalah anugerah dari seorang sahabat kot dari Mesir (Mal-bukan nama sebenar..hehe)...dia memanggil saya dengan nama Faraulah _ _ _ _ _. Hehe...sekadar mengimbas kenangan kot. Dan sejak itu rasanya semakin serasi dengan nama tu..Namun itu sekadar nickname dalam internet...Nama yang istimewa tetap Amienah...hehe...


MENDIKIT REDHO

Apa ertinnya...? Kalau tengok kamus, maksud mendikit tu lebih pada berdikit iaitu sedikit...tapi kenapa pula "sedikit redho"kan? Sebenarnya mendikit tu juga boleh di ta'rifkan sebagai menggamit dan menggapai. Maksudnye " menggapai atau menggamit redho Allah"
Erm, sebenarnya nama itu sempena tema majlis perpisahan kami (pelajar Sekolah Menengah Al-Hidayah tingkatan 4 uthman)... di hujung tahun tu. Kalau tak silap, nama tu atas cadangan Paksu( Muallim Azrulfazli). Majlis tu berlangsung sebelum exam untuk menggamit redho allah dan menggapai restu guru2 kami ketika itu...Dan sejak keluar dari sekolah tu, kami semua membawa haluan masing2...dah susah nak berhubung, rindu juga dengan hubungan dahulu...sebab tu di letak nama tu. Lagi pun, jika ada kawan kawan 4Uthman dulu yang teringat nama tu, dan jika mereke terfikir untuk menaipnya dalam google mungkin atau yahoo ke, pasti akan tersambung semula ukhuwah yang pernah terpisah..hehe...begitulah ceritanya.. dan saya juga ada satu lagi nickname yang saya minati, berkaitan dengan benda. Bukan buah2 lagi dah..hehe... Setakat ini saya hanya akan guna nama itu jika saya tidak mahu dikenali secara cepat...contohnya apabila saya memasuki blog orang dan meninggalkan komen...nak guna nama tu di sini cam malu..mungkin bila dah sampai malaysia baru nama tu di komersialkan kot..hehe..

Oklah, tu saja cerita tentang nama...Opssss....sebelum tu, nak bagitau ckit...kalau anda perasan, dalam blog ini, terdapat 1 ruang disebalik nama..terjemahan untuk setiap huruf dalam ejaan nama saya...erm, itu bukan rekaan saya key..sebab baru ni ada syabab dari Mantiqoh Irbid sound saya...
Dia cakap.."apa lah, harumlah.., naiflah waraklah..hehe..."
di maklumkan di sini, itu sekadar rekaan dari satu laman web sahaja. Saya sekadar letak nama di situ dan di tafsirkan nama saya mengikut apa yang di tulis dalam blog tu...sesajer jer ...sekadar hiburan untuk diri sendiri, dan mungkin dari situ, jika ada yang membacanya, barangkali akan menjadi doa...so,tolong jangan salah faham... Kalau korang nak, korang leh test gak...tapi cari lah laman webnya sendiri..sebab saya pun xtau nak buat macam ner...kawan saya yang tolong buatkan...hehe..tapi kalau betul2 berminat leh tanya saya, nanti saya tolong tanya kawan saya tuh..hehe..

Friday, November 28, 2008

Hukum derma organ- FIQH MUA'SIROH

Category:Books
Genre: Reference
Author:Hukum Derma organ



Fatwa Muasyirah
Dr Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN

Bolehkah seorang muslim mendermakan sebahagian organ tubuhnya sewaktu dia hidup untuk digunakan pada tubuh orang lain? Kalau boleh,apakah kebolehannya itu bersifat mutlak ataukah terikat dengan syarat-syarat tertentu? Dan apa syarat-syaratnya itu?

Jika mendermakan organ tubuh itu diperbolehkan,maka untuk siapakah pendermaan itu? Hanya untuk orang muslim, ataukah boleh untuk sesiapa sahaja?

Apabila mendermakan organ tubuh itu dibolehkan, apakah boleh dijual beli oragan tersebut?


Bolehkah mendermakan organ tubuh setelah meninggal dunia? Adakah hal ini tidak bertentangan dengan keharusan menjaga kehormatan mayat?

Apakah mendermakan itu merupakan hak orang bersangkutan (pemilik tubuh itu) saja? Bolehkah keluarganya mendermakan organ tubuh si mati?

Bolehkah negara mengambil sebagian organ tubuh orang yang kemalangan misalnya, untuk menolong orang lain?

Bolehkah menggunakan organ yang didermakan oleh tubuh bukan muslim ke tubuh muslim?

Bolehkah menggunakan organ tubuh binatang --termasuk binatang itu najis, seperti babi misalnya-- ke tubuh seorang muslim?

Itulah sejumlah pertanyaan yang dihadapkan kepada faqih Islam dan tokoh-tokohnya beserta lembaga-lembaganya pada masa sekarang.

Semua itu memerlukan jawapan, apakah diperbolehkan secara mutlak, apakah dilarang secara mutlak, ataukah dengan perincian?


JAWAPAN

BOLEHKAH ORANG MUSLIM MENDERMAKAN ORGAN TUBUHNYA KETIKA DIA MASIH HIDUP?


Ada yang mengatakan bahwa boleh seseorang mendermakan sesuatu ialah apabila ianya adalah pemiliknya. Maka, apakah seseorang itu memiliki tubuhnya sendiri sehingga ia dapat mendermakannya? Atau, apakah tubuh itu merupakan pinjaman dari Allah dan tidak boleh untuk didermakan?

Seseorang tidak boleh membuat sesuka hati pada tubuhnya ketika hidup, samaada merosakkan atau membunuh diri sendiri, maka dia juga tidak boleh mempergunakan sebahagian tubuhnya jsesuka hati. Namun demikian, perlu diperhatikan disini bahawa meskipun tubuh merupakan pemberian dari Allah, tetapi manusia diberi kebebasan untuk memanfaatkan dan mempergunakannya, sebagaimana harta.

Harta pada hakikatnya milik Allah sebagaimana yang diisyaratkan oleh Al-Qur'an, dalam firman Allah:

"... dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakan-Nya kepadamu ..." (an-Nur: 33)

Akan tetapi, Allah memberi kebebasan kepada manusia untuk memilikinya dan membelanjakan harta itu. Maka manusia boleh mendermakan sebahagian hartanya untuk kepentingan orang lain yang memerlukannya, dan boleh juga seseorang mendermakan sebahagian tubuhnya untuk orang lain yang memerlukannya.

Apabila seorang muslim dibenarkan membahayakan dirinya ke laut untuk menyelamatkan orang yang kelemasan, atau masuk ke tengah-tengah nyalaan api untuk menyelamatkan mangsa kebakaran, maka mengapakah tidak dibolehkan seorang muslim mempertaruhkan sebahagian wujud material dirinya (organ tubuhnya) untuk kemaslahatan orang lain yang memerlukannya?

Pada zaman sekarang,ramai penderma darah, yang merupakan penderma pada sebahagian dari tubuhnya. Dan ianya telahpun meluas berlaku di negara Islam tanpa ada seorang ulama' pun yang melarang, bahkan mereka turut menyertainya dan menjadi penderma.

Maka ijma' sukuti (persepakatan ulama secara senyap) ini --menurut sebahagian fatwa yang muncul mengenai masalah ini-- menunjukkan bahwa derma darah dapat diterima syara'.

Didalam kaedah syar'iyah ditetapkan bahawa mudarat itu harus dihilangkan sehabis daya. Kerana itulah kita disyariatkan untuk menolong orang yang dalam kesusahan, menolong orang yang terluka, memberi makan orang yang kelaparan, melepaskan tawanan, mengubati orang yang sakit, dan menyelamatkan orang yang menghadapi bahaya, baik mengenai jiwanya atau lainnya.

Berusaha menghilangkan penderitaan seorang muslim yang tidak berfungsi ginjalnya, dengan mendermakan salah satu ginjalnya yang sihat diperkenankan syara', bahkan terpuji dan berpahala bagi orang yang melakukannya. Kerana dengan demikian bererti dia menyayangi orang yang di bumi, sehingga dia berhak mendapatkan kasih sayang dari yang di langit.

Islam tidak membatasi sedekah pada harta semata-mata, bahkan Islam menganggap semua kebaikan sebagai sedekah. Maka mendermakan sebahagian organ tubuh termasuk ruang lingkup sedekah. Ini merupakan sedekah yang paling tinggi kerana tubuh itu lebih utama daripada harta.

Kalau kita katakan orang hidup boleh mendermakan sebahagian organ tubuhnya, maka apakah kebolehan itu bersifat mutlak atau ada syarat tertentu?


Jawapannya,boleh itu bersifat muqayyad (bersyarat). Seseorang tidak boleh mendermakan sebagian organ tubuhnya sehingga memudaratkan dirinya.
Oleh sebab itu, tidak boleh seseorang mendermakan organ tubuh yang cuma satu-satunya dalam tubuhnya, misalnya hati atau jantung, kerana dia tidak mungkin dapat hidup tanpa adanya organ tersebut. Dan tidak boleh menghilangkan mudarat orang lain dengan menimbulkan mudarat pada dirinya.

Kaedah fiqh "Mudarat (bahaya, kemelaratan, kesengsaraan, nestapa) itu harus dihilangkan" namun bertepatan dengan kaedah lain yang berbunyi: "Mudarat itu tidak boleh dihilangkan dengan menimbulkan mudarat yang lain pula."

Karena itu tidak boleh mendermakan organ tubuh bahagian luar, seperti mata, tangan, dan kaki.Begitu pula halnya organ tubuh bahagian dalam yang berpasangan tetapi salah satu dari pasangan itu tidak berfungsi atau sakit, maka organ ini dianggap seperti satu organ.

Jika seorang wanita ingin mendermakan salah satu ginjalnya kepada saudara perempuannya, tetapi suaminya tidak mengizinkan, apakah memang ini termasuk hak suaminya?

Jawapannya suami punya hak atas isterinya. Apabila isteri mendermakan salah satu ginjalnya, sudah tentu ia harus dibedah dan masuk hospital dan memerlukan rawatan khusus. Semua itu dapat menghalangi sebagian hak suami terhadap isteri, belum lagi ditambah dengan beban-beban lainnya. Oleh karena itu, seharusnya hal itu dilakukan dengan izin dan kerelaan suami.

Disamping itu, mendermakan organ tubuh hanya boleh dilakukan oleh orang dewasa dan berakal sehat. Dengan demikian, tidak diperbolehkan anak kecil mendermakan organ tubuhnya, sebab ia tidak tahu akibah kepentingan dirinya, demikian pula halnya orang gila. Begitu juga seorang wali, ia tidak boleh mendermakan organ tubuh anak kecil dan orang gila yang dibawah perwaliannya, disebabkan keduanya tidak mengerti.

MEMBERIKAN DERMA ORGAN KEPADA ORANG BUKAN MUSLIM


Mendermakan organ tubuh itu seperti menyedekahkan harta. Hal ini boleh dilakukan terhadap orang muslim dan bukan muslim, tetapi tidak boleh diberikan kepada orang kafir harbi yang memerangi kaum muslim.
Juga tidak boleh mendermakan organ tubuh kepada orang murtad yang keluar dari Islam secara terang-terangan. Kerana menurut pandangan Islam, orang murtad bererti telah mengkhianati agama dan umatnya sehingga ia berhak dihukum bunuh. Maka layakkah kita akan menolong orang seperti ini untuk hidup?

Apabila ada dua orang yang memerlukan bantuan derma, yang satu muslim dan satunya lagi bukan muslim, maka yang muslim itulah yang harus diutamakan. Allah berfirman:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain ..." (atTaubah: 71)

Bahkan seorang muslim yang soleh dan memberi komitmen terhadap agamanya lebih utama untuk diberi derma daripada orang fasik yang mengabaikan kewajibannya kepada Allah.

Juga diperbolehkan seorang muslim mendermakan organ tubuhnya kepada orang tertentu, sebagaimana ia juga boleh mendermakannya kepada suatu yayasan seperti bank yang khusus menangani masalah ini (seperti bank mata dan sebagiannya), yang merawat dan memelihara organ tersebut dengan caranya sendiri, sehingga sewaktu-waktu dapat dipergunakan apabila diperlukan.

TIDAK DIPERBOLEHKAN MENJUAL ORGAN TUBUH


Perlu saya ingatkan disini bahwa pendapat yang memperbolehkan menderma organ tubuh itu tidak bererti memperbolehkan memperjualbelikannya.

Kaerana jual beli itu --sebagaimana dita'rifkan fuqaha-- adalah tukar-menukar harta secara suka rela, sedangkan tubuh manusia itu bukan harta yang dapat dipertukarkan dan ditawar-menawarkan sehingga organ tubuh manusia menjadi objek perdagangan dan jual beli.

Suatu peristiwa yang sangat disesalkan terjadi di beberapa daerah miskin, di sana terdapat pasar yang mirip dengan pasar perhambaan. Di situ diperjualbelikan organ tubuh orang-orang miskin dan orang-orang lemah --untuk keperluan orang-orang kaya-- yang tidak lepas dari campur tangan "mafia baru" yang bersaing dengan mafia dalam masalah minum-minuman keras, ganja, morfin, dan sebagainya.

Tetapi, apabila orang yang memanfaatkan organ itu memberi sejumlah wang kepada penderma --tanpa persyaratan dan tidak ditentukan sebelumnya, semata-mata hibah, hadiah, dan pertolongan-- maka yang demikian itu hukumnya jaiz (boleh), bahkan terpuji dan termasuk akhlak yang mulia.

Hal ini sama dengan pemberian orang yang berutang ketika mengembalikan pinjaman dengan memberikan tambahan yang tidak dipersyaratkan sebelumnya. Hal ini diperkenankan syara' dan terpuji, bahkan Rasulullah saw. pernah melakukannya ketika beliau mengembalikan pinjaman (hutang) dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang dipinjamnya seraya bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baik orang diantara kamu ialah yang lebih baik pembayaran hutangnya." (HR Ahmad, Bukhari, Nasa'i, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

BOLEHKAH MEWASIATKAN ORGAN TUBUH SETELAH MENINGGAL DUNIA?


Apabila seorang muslim diperbolehkan mendermakan sebagian organ tubuhnya yang bermanfaat untuk orang lain serta tidak menimbulkan mudarat pada dirinya sendiri, maka bolehkah dia berwasiat untuk mendermakan sebahagian organ tubuhnya itu setelah dia meninggal dunia nanti?

Apabila ia berwasiat untuk mendermakan organ tubuhnya itu dengan niat mendekatkan diri dan mencari keredhoan Allah, maka ia akan mendapatkan pahala sesuai dengan niat dan amalnya. Dalam hal ini tidak ada satu pun dalil syara' yang mengharamkannya, sedangkan hukum asal segala sesuatu adalah mubah, kecuali jika ada dalil yang sahih dan soreh (jelas) yang melarangnya. Dalam kes ini dalil tersebut tidak dijumpai.

Umar r.a. pernah berkata kepada sebahagian sahabat mengenai beberapa masalah, "Itu adalah sesuatu yang bermanfaat bagi saudaramu dan tidak memberikan mudarat kepada dirimu, mengapa engkau hendak melarangnya?" Demikianlah kiranya yang dapat dikatakan kepada orang yang melarang masalah mewasiatkan organ tubuh ini.

Ada yang mengatakan bahwa hal ini menghilangkan kehormatan mayat yang sangat dipelihara oleh syariat Islam, yang Rasulullah saw. sendiri pernah bersabda:

"Mematahkan tulang mayat itu seperti mematahkan tulang orang yang hidup." (
HR Ahmad, Abu Daud, dan Ibnu Majah dari Aisyah sebagaimana disebutkan dalam al-Jami' ash-Shaghir. Dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Ummu Salamah dengan lafaz: "Seperti memecahkan tulang orang yang hidup tentang dosanya." )


Ditekankan disini bahwa mengambil sebagian organ dari tubuh mayat tidaklah bertentangan dengan ketetapan syara' yang menyuruh menghormatinya. Sebab yang dimaksudkan dengan menghormati tubuh itu ialah menjaganya dan tidak merosaknya, sedangkan membedahnya(mengambil organ yang diperlukan ) itu dilakukan seperti membedah orang yang hidup dengan penuh perhatian dan penghormatan, bukan dengan merusak kehormatan tubuhnya.
Hadits tersebut hanya membicarakan masalah mematahkan tulang mayat, padahal pengambilan organ ini tidak mengenai tulang. Maksud hadits itu ialah larangan memotong-motong tubuh mayat, merosaknya, dan mengabaikannya sebagaimana yang dilakukan kaum jahiliah dalam peperangan-peperangan --bahkan sebagian dari mereka masih terus melakukannya hingga sekarang. Itulah yang diingkari dan tidak diredhoi oleh Islam.

Selain itu, janganlah seseorang menolak dengan alasan ulama salaf tidak pernah melakukannya, sedangkan kebaikan itu ialah dengan mengikuti jejak langkah mereka. Memang benar, andai kata mereka memerlukan hal itu dan mampu melakukannya, lantas mereka tidak mau melakukannya. Tetapi banyak sekali perkara yang kita lakukan sekarang ternyata belum pernah dilakukan oleh ulama salaf kerana memang belum ada pada zaman mereka.

Sedangkan fatwa itu sendiri dapat berubah sesuai dengan perubahan zaman, tempat, tradisi, dan keadaan, sebagaimana ditetapkan oleh para muhaqqiq.

BOLEHKAH WALI DAN AHLI WARIS MENDERMAKAN SEBAHAGIAN ORGAN TUBUH MAYAT?


Apabila seseorang sebelum meninggal mewasiat untuk mendermakan sebahagian organ tubuhnya adalah boleh hukumnya, apa pula hukumnya jika tidak berwasiat sebelumnya. Bolehkah bagi ahli waris dan walinya mendermakan sebagian organ tubuhnya?

Ada yang mengatakan bahwa tubuh si mayat adalah milik si mayat itu sendiri, wali atau ahli warisnya tidak diperbolehkan mempergunakan atau mendermakan nya. Namun begitu, sebenarnya seseorang apabila telah meninggal dunia maka dia tidak dianggap layak memiliki sesuatu. Sebagaimana pemilikan hartanya yang juga berpindah kepada ahli warisnya, maka mungkin dapat dikatakan bahawa tubuh si mayat menjadi hak wali atau ahli warisnya.

Disamping itu,Syara' telah memberikan hak kepada wali untuk menuntut hukum qisos atau memaafkan si pembunuh ketika terjadi pembunuhan dengan sengaja, sebagaimana difirmankan oleh Allah:
"... Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan." (al-Isra': 33)

Waris mempunyai hak melakukan hukum qisos jika mereka menghendaki, atau melakukan perdamaian dengan menuntut pembayaran diat, sedikit atau banyak. Atau memaafkannya secara mutlak kerana Allah, pemaafan yang bersifat menyeluruh atau sebagian, seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:
"... Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang dlben maaf) membayar (diat) kepada yang memben maaf dengan cara yang baik (pula) ..." (al-Baqarah: 178)

Maka mereka juga mempunyai hak mempergunakan sebagian organ tubuh mayat yang sekiranya dapat memberi manfaat kepada orang lain dan tidak memberi mudarat kepada si mayat. Bahkan mungkin dia mendapat pahala darinya.

Oleh karena itu, tidak terlarang bagi
waris mendermakan sebahagian organ tubuh mayat yang diperlukan oleh orang-orang sakit untuk mengubati mereka, seperti ginjal, jantung, dan sebagainya, dengan niat sebagai sedekah dari si mayat, suatu sedekah yang berkesinambungan pahalanya selama si sakit masih memanfaatkan organ yang didermakan itu.

Hanya saja, para ahli waris tidak boleh mendermakan organ tubuh si mayat jika si mayat sewaktu hidupnya berpesan agar organ tubuhnya tidak didermakan, kerana yang demikian itu merupakan haknya, dan wasiat atau pesannya itu wajib dilaksanakan selama ianya bukan maksiat.


MENGGUNAKAN ORGAN TUBUH ORANG KAFIR BAGI ORANG MUSLIM


Menggunakan organ tubuh bukan muslim kepada orang muslim tidak terlarang, kerana organ tubuh manusia tidak dilihat sebagai Islam atau kafir, ia hanya merupakan alat bagi manusia yang dipergunakannya sesuai dengan akidah dan pandangan hidupnya.

Apabila suatu organ tubuh dipindahkan dari orang kafir kepada orang muslim, maka ia menjadi bahagian dari wujud si muslim itu dan menjadi alat baginya untuk menjalankan misi hidupnya, sebagaimana yang diperintahkan Allah Ta'ala. Hal ini sama dengan orang muslim yang mengambil senjata orang kafir dan mempergunakannya untuk berperang fi sabilillah..

PENGGUNAAN ORGAN BINATANG YANG NAJIS KE TUBUH ORANG MUSLIM


Adapun penggunaan organ binatang yang dihukumi najis seperti babi misalnya, ke dalam tubuh muslim, maka pada dasarnya hal itu tidak perlu dilakukan kecuali dalam keadaan darurat. Sedangkan darurat itu bermacam-macam keadaan dan hukumnya dengan harus mematuhi kaedah bahwa "segala sesuatu yang diperbolehkan karena darurat itu harus diukur menurut kadar kedaruratannya," dan pemanfaatannya harus melalui ketetapan doktor2 muslim yang terpercaya.

Mungkin juga ada yang mengatakan disini bahwa yang diharamkan dari babi hanyalah memakan dagingnya, sebagaimana disebutkan Al-Qur'an dalam empat ayat, sedangkan menggunakan sebagian organnya ke dalam tubuh manusia bukan bererti memakannya, melainkan hanya memanfaatkannya.

Selain itu, Nabi saw. memperbolehkan memanfaatkan bangkai --yaitu kulitnya-- padahal bangkai itu diharamkan bersama-sama dengan pengharaman daging babi dalam Al-Qur'an. Maka apabila syara' mengharuskan memanfaat bangkai asal tidak dimakan, maka dalam kes ini boleh mdimanfaatkan babi asalkan tidak dimakan.

Permasalahannya sekarang, sesungguhnya babi itu najis, maka bagaimana akan diperbolehkan memasukkan benda najis ke dalam tubuh orang muslim?


Dilarang syara' ialah mengenakan benda najis dari tubuh bahagian luar,yang didalam tubuh maka tidak terdapat dalil yang melarangnya.

Sebab bahagian dalam tubuh manusia itu justru merupakan tempat benda-benda najis, seperti darah, kencing, najis dan semua kotoran; dan manusia tetap melakukan solat, membaca Al-Qur'an, thawaf di Baitul Haram, meskipun benda-benda najis itu ada di dalam perutnya dan tidak membatalkannya sedikit pun, sebab tidak ada hubungan antara hukum najis dengan apa yang ada didalam tubuh.

TIDAK BOLEH MENDERMAKAN BUAH ZAKAR


Akhirnya pembahasan ini menyentuh kepada perbicaraan sekitar masalah pendermaan buah zakar seseorang kepada orang lain.

Apakah hal itu diperbolehkan, dengan mengqiyaskannya kepada organ tubuh yang lain? Ataukah khusus untuk buah zakar ini tidak diperkenankan memindahkannya dari seseorang kepada orang lain?

Memindahkan buah zakar tidak diperbolehkan. Para ahli telah menetapkan bahwa buah zakar merupakan perbendaharaan yang memindahkan karakter khusus ( genetic code) seseorang kepada keturunannya, dan pendermaan zakar ke dalam tubuh seseorang, yakni anak keturunan --lewat hubungan kelamin-- akan mewariskan sifat-sifat orang yang mempunyai buah zakar itu, baik warna kulitnya, bentuk tubuhnya, tingkat inteligennya, atau sifat jasmaniah, pemikiran, dan mental yang lain.

Hal ini dianggap seperti percampuran nasab yang dilarang oleh syara' dengan jalan apa pun. Kerana itu diharamkannya perzinaan, anak angkat dan pengakuan kepada orang lain sebagai bapaknya, dan lainnya, yang menyebabkan terjadinya percampuran keluarga atau kaum yang tidak termasuk bahagian dari mereka.

Maka tidaklah dapat diterima pendapat yang mengatakan bahawa buah zakar bila dipindahkan kepada orang lain bererti telah menjadi bahagian dari badan orang tersebut dan mempunyai hukum seperti hukumnya dalam segala hal.
Begitu juga jika otak seseorang dapat dipindahkan kepada orang lain, maka hal itu tidak diperbolehkan, kerana akan menimbulkan percampuran dan kerosakan yang besar.

Wa billahit taufiq.




http://www.mediaindoo.com/

FaRauLaH : Ini adalah cebisan ilmu yang dipetik dari bahan ilmiah ilmuan indonesia yang telah saya edit mengikut pamahaman saya...jika ada kesilapan sila tegur.thanx...

Thursday, November 27, 2008

ZAWAJ MISYAR

Salam...erm, pada 3hb ni saya ada exam...Qodoya Mu'asiroh...ni subjek tentang Hukum Fiqh terbaru...sesuai dengan peredaran zaman...hehe..antara tajuknya adalah Zawaj Misyar...blank dh kepala ni nak faham kitab2 arab ni...dan lah ta'arud 2 exam...haha...terpaksa ta'jil salah satu kot..Well, di kesempatan ni, nak jugak rasanya kongsi dengan semua tentang apakah itu Zawaj Misyar..sebab, rasanya kes ni pun pernah timbul de mesia suatu ketika dahulu...mane tau kot2 korang pernah dengar ker...or if korang lebih tau ke...leh lah kongsi input or perbetulkan jika fahaman saya salah...tapi ni hanya cebisan jer...maaflah ye..xleh nak kaji dalam sangat...exam bertimbun.. Please pray 4 me.....thanx...

Perhimpunan Perundangan Islam berpusat
di Makkah benar lelaki amalkan nikah 'pengembara'

PERKAHWINAN misyar yang bertujuan sekadar
menghalalkan hubungan seksual tidak sesuai diamalkan
di negara ini kerana dianggap menghina wanita dan
boleh disamakan seperti 'pelacuran berbentuk halal'
yang hanya mempergunakan kesucian akad nikah.

Malah, ia dikatakan amalan perkahwinan terburuk
pernah diluluskan dalam sejarah perundangan Islam
selepas perkahwinan mutaah yang menimbulkan
kontroversi. Amalan ini tidak sesuai sama sekali,
terutama pada saat wanita hari ini terpaksa berdepan
pelbagai dilema suami yang mengabaikan tanggungjawab
dan meninggalkan anak isteri sesuka hati tanpa nafkah atau
selepas berlaku perceraian.

Beberapa tokoh agama yang dihubungi di negara ini
turut menolak dan tidak bersetuju sama sekali perkahwinan
misyar diamalkan di negara ini kerana konsepnya yang
hanya menguntungkan lelaki semata-mata.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menegaskan
kesucian ikatan perkahwinan tidak seharusnya
dipermain-mainkan kerana ia adalah satu perjanjian
yang dibuat antara wali dan si lelaki untuk mengambil
seseorang wanita sebagai isteri bersama tanggungjawab
ditentukan syarak.

"Perkahwinan misyar tidak boleh dihalalkan, mahupun
diterima masyarakat di negara ini. Sepanjang pengetahuan
saya, belum pernah lagi berjumpa dengan amalan perkahwinan
seumpama ini. Ia lebih teruk daripada mutaah.

"Malah, dalam al-Quran sendiri tiada disebutkan amalan misyar.
Mutaah diharamkan oleh kerajaan kerana ia menganiaya wanita.
Jadi perkahwinan misyar tidak seharusnya dibolehkan apatah
lagi matlamatnya hanya untuk menghalalkan persetubuhan.
Tiada sebab ia perlu dihalalkan," katanya.

Dalam hubungan ini, sungguh pun wanita itu sendiri reda
dengan perkahwinan berkenaan, soalnya di mana letak
maruah wanita apabila dinikahi lelaki semata-mata untuk
melepaskan nafsunya. Tidak dapat dibayangkan betapa
perkahwinan seumpama itu boleh mengucar-kacirkan
institusi kekeluargaan hari ini yang semakin menuju kehancuran.

Jika dibenarkan, maka mudahlah wanita dikahwini dan
ditinggalkan begitu saja apabila perkahwinan itu sendiri
mengizinkan lelaki untuk meninggalkan isteri berbulan-bulan
atau bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang nafkah.

Sememangnya amat wajar apabila aktivis hak asasi wanita
di rantau Arab membantah keras keputusan Perhimpunan
Perundangan Islam yang berpusat di Makkah meluluskan
ketetapan untuk membenarkan lelaki Islam sunnah mengamalkan
perkahwinan misyar, 12 April lalu.

Peguam Syariah dan Perunding Keluarga Islam,
Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata konsep
perkahwinan misyar tiada bezanya dengan pelacuran
apabila lelaki bebas menikahi mana-mana wanita yang
disukainya dan menceraikannya sesuka hati selepas
beberapa hari bernikah.

Begitu juga sebaliknya, wanita boleh menikahi
mana-mana lelaki yang disukainya.

"Misyar bertentangan sama sekali dengan konsep asal
perkahwinan yang bertujuan memelihara kesejahteraan
wanita dan anak yang dilahirkan. Masyarakat kita tidak
boleh menerima amalan ini sebab al-Quran sudah menetapkan
perkahwinan itu yang berlandaskan mawaddah warrahmah
(kasih sayang) yang tidak dapat diperoleh daripada misyar," katanya.

Beliau berkata, perkahwinan misyar mengetepikan hak wanita
sebagai isteri tidak terlaksana yang sudah pasti melanggar
hukum syarak.

Walaupun isteri reda, wanita harus sedar perkahwinan
berkenaan sekadar memberikan kepentingan kepada satu
pihak semata-mata iaitu suami.

Beliau turut berpendapat perkahwinan misyar hanya akan
memburukkan lagi keadaan yang dialami wanita hari ini yang
diabaikan suami dari segi pemberian nafkah dan tanggungjawab lain.

"Alasan mengamalkan misyar untuk mengelakkan perzinaan
tidak boleh diterima kerana Islam memberikan alternatif lebih
baik untuk tujuan berkenaan seperti poligami. Poligami sudah
cukup untuk membendung gejala zina, tetapi malangnya
masyarakat tidak mendapat maklumat tepat mengenainya
menyebabkan poligami dianggap sesuatu yang negatif
semata-mata.

"Kita tidak boleh samakan keadaan di sini dengan lelaki di Arab
Saudi kerana dari segi kewangan mereka lebih dominan dan
akur dengan undang-undang syariah," katanya.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
turut menolak amalan perkahwinan misyar yang
dianggap menzalimi wanita.

"Dalam keadaan perkahwinan yang mengikut hukum syarak
pun masih ramai yang sanggup mengabaikan tanggungjawab,
inikan pula dengan perkahwinan misyar. Ia tiada beza dengan
mutaah, tetapi lebih teruk kerana menganggap wanita sekadar
tempat memuaskan nafsu. Perkahwinan pada dasarnya untuk
memelihara wanita dan zuriat yang dilahirkan bukan untuk
dipermain-mainkan," katanya.

Beliau berkata, perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan
nafsu, tetapi banyak lagi tuntutan lain yang perlu dipenuhi.
Antaranya menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal,
makan, pakai dan perbelanjaan lain.

Persoalannya, apakah nasib yang bakal ditempuhi wanita selepas
diceraikan melalui perkahwinan misyar? Wanita tidak seharusnya
terus dibiarkan terabai dengan pemikiran radikal seperti ini yang
hanya merugikan wanita.

Perkahwinan yang ditetapkan oleh hukum syarak sudah sempurna
di mana pasangan hidup bersama dan memikul tanggungjawab
masing-masing sehingga ke akhir hayat.

Ironi sekali apabila kajian Arab News ke atas 60 lelaki yang
menyatakan persetujuan mengamalkan perkahwinan ini,
tetapi tidak akan membenarkan ia terjadi ke atas anak atau
adik perempuan mereka.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Keluarga/20060524083029/Article/

Tuesday, November 25, 2008

YA ALLAH.....

Ya ALLAh...tak tahu kenapa, sejak akhir akhir ni banyak sangat ujian...segalanya datang satu persatu..bagai dirancang..pelik betul...baru je selesai 1 masalah, datang pula 1 masalah...kadang kadang nampak remeh jer..tapi bila menanggungnya, ya Allah,...berat lah pulak..tak terpikul.. senyum jelah kan?...tak kan nak nangis depan umum...tak kan nak buat muka monyok plak...kawal jelah...dalam hati, hanya Allah yang tahu..

Di bilik, sebagai seorang gadis biasa, air mata jelah peneman...bukan nak nangis sangat pun..tapi bila dah nangis tu puas sangat...lepaskan je semuanya masa tu..dah penat,mesti tertidor...masa tu puas sangatlah...lega rasanya..Tapi yang peliknya, semua masalah ni smooth jer...selesai satu, datang lagi satu...hehe...hebatkan kuasa tuhan...sampai kadang kadang, tak nampak langsung hikmahnya...bila dah lama berlalu, baru nampak hikmah tu..

Kata Dr. Basri, "ALLAH tak kan uji hambanya kalau kita tak mampu"...maksudnya saya mampu...so, saya harus hadapi...Tapi ya Allah, berilah aku kekukatan...aku tak nak tersungkur.
Kata Ustaz Soffy, "Amie kuat...teruskan berdoa"... Ya Allah, aku mengharap kekuatan dari Mu...untuk membuktikan kekuatan ku berhadapan dengan ujian Mu...Kurangkanlah rintangan buat ku...Lancarkan lah langkah ku...Letakkan lah aku di kalangan orang orang yang KAU rindui...

Kata Ustaz Shahar pula "Allah mencipta segalanya...DIA cipta ujian dan DIA tak kan lupa untuk cipta jalan penyelesaian..dan di situ, DIA tak pernah lupa juga untuk selitkan pengajaran dan hikmah..bergantung pada kita untuk mencari semuanya dengan betul"...Ya Allah, aku seru kecerahan mata hati...pandulah aku bersama restu, rahmat dan redho MU...Jauhi aku dari segala kejahatan duniawi dan bawalah aku hanyut dalam cinta yang mendalam HANYA UNTUK MU...ameen ya Rabb...
Aku akan menunggu sinar pelangi yang akan mewarnai kembali hidup ku yang asyik dirundung malang ini, sambil mencari cinta ku pada Mu...aku tak kan mengalah, kerana aku yakin, ramai lagi yang lebih malang dari ku..dan seharusnya aku bersyukur....Ampuni dosa ku Ya Allah... aku teringin untuk menjadi hamba yang dirindui..berilah aku kedudukan yang istimewa di sisi mu Ya Allah...ameen...

Friday, November 21, 2008

KELEBIHAN SURAH YAASIN

TERLEBIH DAHULU, GAMBAR SURAH AL-ANFAL DI SEBELAH ADALAH SEKADAR HIASAN.TIADA KAITAN DENGAN SURAH YAASIN


Terdapat banyak khasiat dalam al-quran, kali ini saya nak khususkan tentang surah Yaasin dahulu, insyaallah surah yang lain, antum pula yang tolong bincangkan sebagai pedoman bersama. Ini bukanlah ramalan atau nujum dari sesiapa, sekadar kajian menurut makna ayat atau mungkin sabab nuzul ayat itu sendiri, apa pun, bersama kita baca untuk menambah minat kita untuk lebih intabih tentang ilmu yang tersembunyi di sebalik kalimah Rabbul Jalal...

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dan jangan lah pula digunakan untuk elak Kastam. Bergantung juga pada niat.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13-35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23: Untuk menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak

Ayat 29 : Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam.

Ayat 33-35: Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. (mesti ramai nak cuba kan,..dh berjaya bagitau key..)
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan tentang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Nuh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.


Ayat 45-48: Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 77-79: Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.


Wallahualam.

Sunday, November 16, 2008

MENYALAHKAN ATAU MENCARI???




Merenung ke bulan,tertanya tanya, kenapa aku jadi begini??? kenapa begitu sukar mendapat hidayah Mu ya Allah...aku sering bermalasan, Qiamullail entah ke mana, Zikir ku huru hara, sekilas pandang, ramai menduga kewarakan diri ni. Namun jika di selidik, betapa jauhnya jurang persamaan antara aku dengan umat di zaman Rasullullah... sehingga ada ayat yang bermafhumkan...
"jika kalian tahu bagaimana perjuangan kami (umat terdahulu), pasti kau sedar yang kau kini, sedang bermain main dengan amalan mu.."..nau'zubillah...
Terkadang melihat muallaf yang lebih cakna soal agama, aku merasai diri terlalu aib, terasa kerdil dalam bidang yang diceburi...kenapa orang yang langsung tidak mengenali ISLAM lebih menjaga perihal agama, sedangkan aku?? Aku merupakan pengkaji agama...apakah pula amalan ku?...ya ALLAH, hinanya aku disisi MU...Bagaimanakah aku di akhirat kelak???
Aku mencari hidayah Mu ya ALLAH, berilah aku kecerahan minda dan kebersihan hati...aku cemburu melihat umat terdahulu, yang tidak pernah mengenal gentar dan lelah menghunus senjata, menentang kezaliman. Kenapa aku kini, yang hanya melawan nafsu dan bisikan syaitan, sering tewas, letih dan jemu berhadapan dengan mu ya ALLAH????
Benarkah hidayah Mu hanya untuk 'saudara baru'??? atau hanya untuk umat terdahulu??? Jika tidak, kenapa aku tidak mendapatnya??? Terdengar pula khabar tentang pejuang agama sesat yang kini telah memeluk agama ISLAM ini, kisah berkaitan Paderi David Benjamin Keldani:

Beliau dilahirkan pada tahun 1867 di bandar Urmia di Parsi. Beliau menjadi tenaga pengajar kepada Archbishop of Canterburry Mission bagi membimbing penganut-penganut agama Kristian di Urmia pada tahun 1886 hingga 1889. Pada tahun 1892, Cardinal Vaughan menghantarnya melanjutkan pelajaran di Rome dan di sana beliau dididik dalam ilmu Falsafah dan Ketuhanan di Propaganda Fide College dan pada tahun 1895, beliau dilantik menjadi paderi. Tidak lama selepas itu beliau menjawat tugas besar paderi di Urmia.Beliau memberi sumbangan yang banyak kepada agama Kristian. Pada tahun 1892, beliau menyumbang beberapa artikel yang bertajuk Assyiria, Rome, and Canterburry untuk majalah The Tablet dan artikel Aunthenticity of the Pentateuch untuk Irish Record. Beliau menterjemahkan Ave Maria ke dalam beberapa bahasa dan diterbitkan di dalam Illustrated Chatolic Missions. Ketika berada di Constantinople, dalam perjalanan ke Parsi pada tahun 1895, beliau menulis beberapa siri artikel dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Tulisan-tulisan itu diterbitkan oleh The Levant Herald dibawah tajuk Eastern Churches. Pada tahun 1897, beliau dipilih mewakili Katolik Timur ke Kongres Kristian di Perancis dan isi ucapan beliau diterbitkan oleh majalah Eucharistic Congress.
Dalam perjalanan hidupnya, satu persoalan yang sentiasa berlegar dalam pemikirannya adalah adakah agama Kristian, dengan kepelbagaian falsafah dan kitabnya, adalah agama yang benar? Pada musim panas tahun 1900, beliau bertapa selama sebulan di Dagala. Di sana beliau membaca Bible berulang-ulang kali dalam Hebrew (bahasa asal Kitab Bible) dan memohon petunjuk daripada Tuhan. Akhirnya beliau meletakkan jawatannya sebagai paderi besar Urmia. Selepas pertemuan dengan ulama Islam, Syeikh Jemaluddin Effendi dan lain-lainnya, beliau terus memeluk agama Islam dengan nama Abdul Ahad Dawud.
Antara sumbangan beliau kepada Islam adalah penerbitan buku beliau yang bertajuk Muhammad in The Bible. Di Malaysia, ia diterebitkan pada tahun 1969 oleh Pustaka Antara dibawah naungan Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) di Sarawak. Antara isi-isinya adalah berkenaan Nabi Muhammad yang kedatangannya disebutkan di dalam Bible secara jelas dan terang.
Begitu sekali petunjuk yang KAU hulurkan buat mereka..dari jalan yang penuh kegelapan, diletakkan beliau di atas sekali. Merangkap pemimpin kepada kesesatan, dan kini, KAU suluhi mereka seterang terangnya...mereka telah diberi hidayah..mereka kini jauh lebih mulia dari aku yang sememangnya dilahirkan sebagai muslimah...kenapa aku yang berada di jalan MU, terlalu jauh dari petunjuk MU???
Sering timbul persoalan ni..menanti HIDAYAH datang menjenguk, mempersoalkan persoalan yang tidak sewajarnya kepada ILAHI...tetapi tanpa ku sedari, rupanya, diri terlupa mengundangnya...Aku terlupa menjemput HIDAYAH hadir dalam hidup ku...sekadar bermalasan dan hanya menunggu di tepi tembok kelikir, pastikah akan datang HIDAYAH itu?? Sepatutnya aku yang pergi mencari HIDAYAH....aku sewajarnya bertanya kenapa aku bermalasan... ??

Ya ALLAH, aku tersasar sekali lagi, terima kasih kerana menyedarkan aku dari terus terhanyut dalam lamunan bisikan durjana...Berilah aku petunjuk dan berilah aku kekuatan yang istiqomah..bantuilah aku untuk menjadi hamba yang sering KAU rindui.....Marilah sahabat, kita keluar dari kepompong kemaksiatan, kejahilan dan kealpaan...kita mencari cahaya kemuliaan, kebenaran dan cahaya kesedaran,

---sekadar peringatan bersama---

Saturday, November 15, 2008

SaNaH HeLwa Ya JaMiL..!!



Kek Yang Ziana dan Ahli baytnya hadiahkan...




Alhamdulillah pada tarikh 6 November baru ni, saya dah masuk umur 23 tahun. Bila tiba hari ulang tahun kelahiran, mesti semuanya gembira sangatkan?..Biasanya waktu ni, kita akan dapat hadiah, dapat ucapan...orang orang tersayang pasti akan teringatkan kita. Namun bagi saya, hari ulang tahun ni tak lain tak bukan adalah peringatan dari ILAHI bahawa ajal kita semakin hampir..semakin hampir rupanya dengan kematian. Takut pula rasanya...amalan macam tak bertambah,dosa pula yang semakin membiak...Hhhmmm, apalah amalan yang dibawa yer?? teringat pula ayat dari QURAN yang mafhumnya :
" bila datang maut pada seorang daripada kamu, maka tidak dilambatkan waktu, dan tidak juga dicepatkan"..ya allah, berilah keampuan mu..

Namun, tidak salah jika hari mulia ini kita raikan kan?? Tarikh lahir saya sama dengan tarikh lahir abang sulung. Abang dilahirkan pada 6 N0vember 1990, jarak kami cukup cukup 5tahun, selalu masa nak celebrate birthday, kami akan pergi makan malam beramai ramai di Parkeeza Ipoh...Yang bestnyer kat kedai tu ada pak cik yang boleh dendangkan makan malam kami dengan bermain piano...bila time birthday, best sangat pergi situ. Sebab kami boleh minta di mainkan lagu "happy birthday" guna piano...waktu tu,semua orang di kedai tu pun akan ucapkan selamat pada kami berdua bersama iringan mainan piano...wah, best sungguh masa tu...rasa bagai puteri...semua orang sayang!! Tapi itu zaman dulu...zaman kanak kanak. Kini dah besar, kami terbiasa dengan sekadar ucapan, pelukan dan kucupan mesra dari keluarga. Itulah yang paling bermakna dari segalanya. Namun kini, saya berjauhan dari keluarga...Tanpa kucupan dan pelukan mereka, terasa sunyi di hari bahagia...Kawan kawan ada di depan mata, namun mereka tidak mampu mengatasi kehangatan pelukan saudara sendiri. 2 tahun dirantauan, yang kebetulan membuatkan saya menyambut hari lahir 2kali tanpa mereka disisi.
Kini tiba lagi 6 November. Sambutan kali ketiga dirantauan. Apalah erti hari bahagia ini??? Tiba maghrib 5 Nov, saya mula duduk di jendela, merenung kegelapan malam, mencari kelibat bulan yang belum berhias untuk menjelmakan diri. Selepas solat, saya kembali ke jendela, terlihat sahaja sinar bulan, terdetik hati ini mengingati saat manis di Parkeeza dahulu. Jauh di sudut hati, saya mengucap kalimah alhamdulillah dan berdoa sepanjang lebar yang mampu sambil menadah tangan. kesunyian dan kesepian bilik ini (roommate keluar), membuatkan kekusyukan saya semakin asyik...setelah puas merayu doa, merintih dan menagih kemaafan Ilahi serta memohon apa yang patut, baru tersedar, pipi ini sudah lenjun, tudung juga sudah kebahasan...Ya allah, manisnya berbicara dengan Mu..airmata sendiri mengalir pun sudah tidak lagi disedari...


Tiba jam 12 malam- 6 Nov, ramai yang mula memberi mesej selamat, termasuk abang sulung...gembira hati ini. Abang turut menghadiahkan saya duit dalam akaun bank..banyak sangat yang diberi. Terkejut rasanya...katanya termasuk duit raya..Alhamdulillah..
Malam itu, saya sengaja stay up. Konon nak study, tapi baca apa pun tak masuk..mungkinkah rindu yang sedang bersarang di dada menggangu tumpuan ku? Tiba jam 1 pagi (6pagi Malaysia), telefon berdering, riangnya hati...tertera nama "Lovely Mama"...riang teramat riang, sebak mendengar suara mama dan ayah mendendangkan lagu "happy birthday" dari corong telefon...ceria sungguh kami berbual, hati yang gelojak gembira sudah dapat dikawal, namun senyuman masih tidak lekang dari bibir...Ya allah, terima kasih Allah, kerana Kau kurniakan aku ibubapa seperti mereka...Alhamdulillah..puas berbual, talian diputus hati ini mulai berbunga dan malam itu, saya boleh stay up sampai pagi. Maklumlah, sepanjang 2 tahun berjahuan, mama tak pernah call saya... mama pakai Celcom bil. Mana boleh call oversea kalau tak buat Roaming..? so, kalau ada apa apa, saya lah yang call. Kata mama, lagi 5hari mama nak ke Sweden dan mama baru sahaja aktifkan roaming.Kalau saya tahu mama nak call, pasti saya record...hehe..

Selepas isya' 6-Nov, saya mengikuti program perasmian TDI(Tour De Ilmi-lebih kurang macam USRAH). Perasmian merangkap TDI pertama kami dalam oranisasi pemerintahan baru. Kebetulan, kami 1 rumah(bayt Nailofar) dijadualkan membuat persembahan sajak...saya juga tak lepas peluang mengambil bahagian. Maklumlah, ini kali pertama kami berkumpul perempuan sahaja, bila lagi nak tunjuk bakat kan??Lawak sungguh rasanya, sehingga sekarang, nama, gaya dan cara penyampaian saya teru terusan menjadi buah mulut sahabat, TERUTAMA ahli bayt..hehe,malu sangat..namun semuanya terus berlalu. Biarlah jadi sejarah yang indah di hati ini selamanya...Tamat perasmian dan persembahan, kami di menonton 1 tayangan, sebelum bermula tayangan, tiba tiba pengerusi majlis bangun dan mengajak sahabat handai yang lain menyanyikan lagu selamat untuk saya...terharu rasanya...semua menyanyi sambil melihat saya dengan pandangan ceria, gamat suara mereka...terasa hangat di pipi menahan sebak bercampur gembira dan malu. Pertama kalinya di perlaku begini...Alhamdulillah Ya allah, kerana Kau kurniakan aku sahabat seperti mereka....

Dan hari ini, 15 Nov, saya meraikan ulang tahun kelahiran ini bersama teman sebilik, Nor Aishah Rais. Kebetulan hari lahirnya 4 hari selepas hari bahagia saya. Majlis simple teramat simple. Sekadar mee kari, agar agar, nasi kunyit dan kentang goreng. Ditambah teh panas...maklumlah, musim sejuk, tak kan nak minum ais..? Majlis sekadar mengabungkan rumah ini(bayt Nailofar) dan rumah depan (bayt Hambra'). Kek yang saya tempah dari Ziana menjadi hadiah darinya sempena hari lahir kami. dia tak nak di bayar pula... Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah..
Majlis berjalan lancar, kami makan, menyanyikan lagu selamat, bermain, bergurau,bergelak ketawa dan sembang bagai lama tak jumpa. Segalanya bersama..Indah sungguh malam ini...Terima kasih adik adik ku....terima kasih ahli bayt Hambra'- Ku Mawaddah, Ziana, Nana, Fifah, Neji, Odah, Pijah... terima kasih ahli bayt Nailofar- Cheng2, Dayah, Ida dan terutama teman sebilik- Nor Aishah Rais... kasih sayang kalian akan terus di ingati...


Thursday, November 13, 2008

Let's be an HONEST person..

Have you ever asked yourself the following questions:
What does "being honest" really mean?
Do I have to say everything I think to be considered an “honest” person?
Aren't certain truths better left unsaid?
Being an honest person is being able to think, do, say and feel the same thing. If you think or feel something and you don't act accordingly, you're not being true to yourself and/or to others.
Being honest doesn't necessarily mean having to say everything we think and feel. However, when we do decide to speak or act, our words and actions should always correspond to what we think and feel.
Let us have a look at some of the fears that prevent us from being honest.
The Fear of Displeasing
Has anyone ever asked your opinion about something you didn't like or which you thought was ugly? How did you answer? Did you act the same way most people do, finding reasons to avoid saying what you were really thinking so as not to displease the other person?
People frequently agree with their spouse because they are afraid to displease them. Others force themselves to do everything in their power to please another even to the point of sacrificing their own wishes.
The Fear of Another Person’s Reaction or Anger
This is one of the greatest fears preventing us from being honest.
Here are several examples:
¨ A mother who says to her child: “I'll give you permission but don't tell your father.”
¨ A child who hides his school marks from his parents.
¨ A wife who lies to her husband about the cost of her purchases.
¨ A man who invents excuses when he arrives home late.
¨ A wife who tells her husband that she was busy all day when in fact she saw a friend and didn't do much at all.
Alcoholics, smokers and people who judge their own weaknesses also secretly fear the reactions and opinions of others.
Fear of Not Portraying the Desired Image
Rigid people who are overly self-controlling often have this fear. The judgements and opinions of others are very important to them. These people try to look and be their best at all times.
They also have a tendency to lie to themselves. For instance, when they say: “I am no longer addicted to cigarettes”, they are very often only trying to control themselves and are secretly envious of those who still smoke.
They also tend to be overly controlling of their weight, what they eat, their outings, their friends, the way their houses look; anything that others could judge as being imperfect. They may also lie about their children or spouse if the lies support the image of the perfect parent (or spouse) that they are trying to maintain.
Fear of Not Being Good Enough:
Once committed to something, many people feel that they have to perform or carry out their commitments even if it exceeds their limits. They may find themselves stuck in situations that do not match their feelings or their desires. These people are often perfectionists who believe that they never do enough, or that what they do is never good enough.
Fear of Appearing Ungrateful
¨ Saying: "Thank you, I love your gift" when it is simply not the case.
¨ Inviting someone along whose company you don't really like just because they invited you before.
¨ Visiting your parents regularly even though you would prefer to see them less often.
¨ Choosing a career to make your parents happy even though you would be better suited to another job.
¨ Making love to your spouse even though you don't want to because he or she has just taken you out or given you a present.
¨ Feeling obligated to help someone even though you have plans just because they have helped you out in the past.
Fear of Losing or of Not Having Enough:
People who are frightened of not having enough are often the type to cheat on their income tax returns or on an insurance claim. Others will get a doctor to certify that they are unable to work so that they may receive sick benefits when in fact, they are capable of working. Others will take a day off, telling the boss that they are ill, when they are actually having fun or just lounging around.
The fear of losing one’s partner can also cause a person to be dishonest and remain silent about their true feelings.
They know that their relationship is superficial but the fear of being abandoned by their spouse or partner is stronger than their desire for an honest open relationship. The fear of abandonment can cause them to bury their heads in the sand instead of discussing their true feelings with their partners.
Some people will even act affectionately and attentively to their partners, only to turn around and unleash their pent-up criticisms behind their back to whoever is willing to listen.
These people will often say, “It doesn't bother me”, when in fact, what has just happened or been said really did upset them. In most cases, this behavior is motivated by the fear of losing someone or something.
As you can see, lies hide all sorts of fears! When you realize that you haven't been honest, try and find the fear which caused you to be untruthful. The good side of lying is that it helps you to become aware of the fears which stem from your childhood wounds. The most common wounds that we experience in childhood are: rejection, abandonment, humiliation, betrayal and injustice.
The previously mentioned examples of why we resort to lying are caused by one of these wounds. Lying is a form of human protection. People who lie may have a subconscious belief that by not being honest, they will no longer feel their wounds. This belief is false; it only creates an illusion of protection. The wound remains whole and the fears enliven and feed it.
Lying to yourself and others leads to harmful consequences:
¨ Lying creates unease in relationships.
¨ Lying blocks our ability to create in accordance with our real needs, therefore blocking our creativity.
¨ Continually blocking our real needs negatively affects our physical body, thus eventually leading to illness. Some most common illnesses related to an inability to live truthfully are throat, jaw, teeth and gum disorders; torticollis (wryneck) and laryngitis.
¨ Those who have a fear of moving forward often have problems with their legs, feet and sciatic nerve.
¨ The depth of the wounds experienced in childhood and the degree of the fears you have carried since then will determine the gravity of the illness. It is therefore urgent to make a decision to be honest even if it seems to be a difficult thing to do in the beginning.
How To Live Honestly
Forgive yourself for having been dishonest, understanding that you were simply afraid of suffering.
Decide to be true from now on, knowing that at the beginning you won't always be able to. It will become easier with practice.
Tell the people close to you about your decision to be honest. Explain that you don't know how this decision will affect the way you act or speak and that they should be prepared to see a difference. Allow yourself to be clumsy at the beginning.
When you're afraid to tell the truth, take a deep breath, admit your fear and dare to be honest. You will be very happy to see that your fear wasn’t real after all and that since it was based on a past experience, it does not necessarily reflect your reality today.
At the end of the day, reflect on and take note of those moments when you weren't true to yourself or true to another person. Try to pinpoint which fears are at the root of your lying. Allow yourself to have these fears and accept that being afraid is only human.
Whenever possible, admit it to the person concerned, the next day if necessary.
You will like the rewards of being honest so much that, after a time, it will become natural to be truthful all of the time.
Your relationships will improve and your creativity will develop to the same degree. You will discover your "true self" and you will stop cultivating the false personalities that rob you of your energy and individual potential. Instead, you will use your creative energy to open up the doors of abundance in all areas of your life.

KALKATU

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.
Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.
Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.
MORAL & IKTIBAR
Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu .
Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat .
Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP